#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Julai 27, 2009

Isteri lumpuh, cucu pula berhenti sekolah

GUA MUSANG: “Menitis air mata pak cik apabila mengenangkan nasib diri dan keluarga. Sudahlah isteri lumpuh, pak cik pula tidak dapat menyekolahkan dua cucu hingga mereka terpaksa berhenti.

“Pak cik mengharapkan semua cucu ini belajar hingga ke peringkat tertinggi dan mengubah nasib keluarga tetapi apakan daya keadaan kemiskinan menyebabkan hasrat itu terkubur,” kata warga emas paling tua di daerah ini, Puteh Kassim, 95.

Menurutnya, disebabkan kemelaratan hidup, seorang lagi cucunya yang bersekolah dalam tahun satu sebuah sekolah rendah mungkin berhenti kerana dia tidak mampu menanggung perbelanjaannya.

Katanya, kemiskinan hidupnya bermula selepas anak lelakinya bercerai dengan bekas isteri hingga memaksanya memikul tanggungjawab membesarkan empat cucu .

Menurutnya, perceraian itu menyebabkan anaknya menghilangkan diri dan mengabaikan tanggungjawab menjaga empat anak kandung sebelum dua daripada mereka terpaksa berhenti sekolah.

“Mahu atau tidak pak cik terpaksa membesarkan semua mereka meskipun tidak mampu. Sekarang cucu berusia 14 dan 15 tahun tidak mempunyai pekerjaan dan menganggur.

“Selain itu, pak cik juga menanggung perbelanjaan dua lagi cucu berusia tujuh dan lima tahun. Pada masa sama, pak cik terpaksa menjaga isteri, Lijah Mat, 77, yang lumpuh selepas diserang angin ahmar sejak empat tahun lalu,” katanya.

Puteh berkata, Asrol Bahari dan abangnya, Hafizul terpaksa berhenti sekolah ketika masing-masing melangkah ke tingkatan satu dan dua, awal tahun ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan