Sabar, jujur dalam urusan seharian akhlak Muslim dipelopori Rasulullah
KESABARAN merujuk kepada kemampuan untuk menanggung kesukaran tanpa gelisah dan menunggu hasilnya, biar berapa lambat sekalipun di samping sanggup menghadapi bebanan biar betapa berat dengan hati tenang dan pemikiran jitu.
Ini adalah berasaskan prinsip dalam al-Quran yang menekankan manusia pasti diuji sehingga mereka mengaturkan persediaan untuk menghadapi bencana yang akan menimpa supaya tidak kehilangan punca apabila bencana menimpa secara mendadak.
Firman Allah yang bermaksud: "Dan demi sesungguhnya kami tetap menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat mengesahkan berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad, ayat 3)
Konsep sabar diasaskan kepada dua hakikat penting iaitu pertama, tabiat kehidupan di dunia ini, Allah tidak menjadikan dunia sebagai tempat balasan dan persemadian. Dunia dijadikan tempat ujian dan percubaan.
Kedua, ia dikaitkan dengan hakikat 'iman' iaitu ikatan antara manusia dengan Allah. Manusia harus tunduk kepada ujian Allah untuk membuktikan mana yang tulen dan palsu.
Firman Allah yang bermaksud: "Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru pada serba-serbinya; Allah akan memperlihatkan kepada kamu tanda kekuasaannya; maka janganlah kamu meminta disegerakan kedatangannya." (Surah al-Anbiya', ayat 37)
Sifat sabar adalah ciri keagungan dan lambang kesempurnaan serta petanda penguasaan diri terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Dalam tamadun Barat pun, sifat ini diterima dengan baik.
Seorang tokoh terkenal Amerika Syarikat pernah berkata: "Jangan memohon untuk meringankan bebanmu tetapi mohonlah supaya ditegapkan badanmu." Pokoknya, sabar akan memupuk sikap keagungan dan percaya kepada diri sendiri.
Sabar boleh dibahagikan kepada tiga kelas. Pertama, sabar atas ketaatan. Ini adalah berasaskan kewajipan untuk melakukan sesuatu secara berterusan atau istiqamah. Contohnya, sabar dalam melaksanakan ibadah dan tuntutan agama.
Kedua, sabar daripada maksiat yang menjadi unsur penentangan terhadap godaan tersebar terhadap manusia yang menggerakkan mereka melakukan dosa dilarang.
Sabar adalah cetusan daripada keyakinan yang kuat dan tumpuan tegas terhadap apa yang diredai Allah SWT. Ini adalah semangat yang melindungi diri daripada melakukan perkara keji serta keburukan.
Ketiga, kesabaran menghadapi bencana yang menimpa seorang Muslim sama ada diri, keluarga, harta atau kedudukannya.
Konsep kesabaran bertambah kompleks apabila ia dipikul kumpulan kepemimpinan mewakili sekelompok pengikut, lebih-lebih lagi pemimpin yang mewakili kumpulan lebih besar, meliputi pelbagai bangsa, agama dan budaya.
Pemimpin akan sentiasa diuji dengan pelbagai isu dan akan dirakamkan dalam sejarah kepemimpinannya, sama ada dia lulus atau gagal menangani pelbagai perkara yang mewarnai eranya.
Pokoknya, pemimpin sejati bukan sekadar popular pada eranya sebaliknya dikenang sepanjang masa. Begitu juga dalam perniagaan, sikap sabar menghadapi kerenah pelanggan dan pekerja adalah sifat terpuji kerana ia menjadi asas kepada kejayaan perniagaan jangka panjang.
Kesabaran menghadapi dugaan ekonomi dan perniagaan yang meleset dan kesabaran menghadapi peraturan, tekanan serta pesaing di pasaran juga penting untuk memastikan perniagaan terus hidup pada jangka masa panjang.
Kesabaran juga akan memberikan kesan besar kepada pertimbangan terhadap kesaksamaan dan keadilan. Bersikap adil bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya berdasarkan ketentuan akidah, syariah dan akhlak serta bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah.
Adil meliputi keadilan kepada orang lain dan diri sendiri. Banyak contoh bagaimana Rasulullah SAW menunjukkan sikap adilnya. Dalam sebuah hadis, dikatakan: "Kaum Bani Israel sudah menemui kehancuran disebabkan mereka mengadakan undang-undang (hukuman) ke atas orang miskin dan memaafkan orang kaya."
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, berdiri tegaklah untuk Allah sebagai saksi kepada keadilan dan jangan biarkan permusuhan orang lain menghasut kamu supaya bertindak berlawanan daripada keadilan, sentiasa berlaku adil kerana ia sangat dekat dengan ketaatan. Bertanggungjawablah terhadap tugas kamu kepada Allah."
Dalam al-Quran juga seruan begini jelas seperti firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa atau kaum kerabatmu sama ada mereka kaya atau miskin." (Surah an-Nisa', ayat 135)
Bagaimanakah sifat adil diamalkan dalam perniagaan? Adil penting dalam urusan jual beli. Timbangan yang tepat adalah satu aspek keadilan yang penting.
Memberikan maklumat sepenuhnya kepada pelanggan bagi membolehkan mereka membuat keputusan rasional adalah satu lagi sikap keadilan dalam perniagaan.
Bersikap adil ketika tawar-menawar bagi mengelakkan elemen eksploitasi disebabkan tekanan atau maklumat tidak sempurna dimiliki rakan kongsi adalah perlu.
Pengiklanan dan promosi serta bentuk pembungkusan yang boleh mengaburi mata bertentangan sikap keadilan dalam perniagaan.
Syarat perniagaan dan urusan jual beli yang memberikan faedah kepada kedua belah pihak secara seimbang juga satu contoh amalan perniagaan adil.
Perkongsian keuntungan dengan pekerja atau pemodal berasaskan pada kadar sesuai adalah satu lagi sikap adil yang perlu diamalkan. Ada banyak lagi elemen peribadi Muslim boleh diambil sebagai akhlak yang menjadi asas etika kehidupan sejagat. Ini termasuk baik hati, rahmat dan kasih sayang, kemaafan, murah hati, layanan baik, pengorbanan, rendah hati, kesopanan, tabah, tekun, gagah, dedikasi, bertanggungjawab, berdisiplin, bekerjasama, ketepatan masa, berjimat cermat dan bersyukur.
Jika diperhatikan, sifat dan sikap berkenaan hampir semua boleh dikaitkan atau berpunca daripada prinsip akhlak Islam yang dipelopori Rasulullah SAW. Ia adalah ciri pecahan kepada prinsip asas akhlak Islam.
Prinsip kehidupan seorang Muslim berteraskan kepada konsep mengamalkan Islam sebagai cara hidup.
Ia berteraskan kepada nilai hidup setiap individu Muslim di alam semesta yang menekankan konsep pengabdian kepada Allah.
Cabaran yang yang tidak boleh diketepikan juga ialah mengukuhkan nilai murni individu supaya sentiasa menonjolkan kepentingan masyarakat umum dalam keputusan yang dibuat. Ini memerlukan nilai diasaskan pada akhlak berasaskan ajaran Islam yang murni.
Prinsip mengutamakan kepentingan ummah dengan matlamat mendapat keredaan Allah berbanding diri sendiri dan segelintir kecil kumpulan akan menjadi tonggak utama penyelesaian isu dalam apa bidang sekalipun.
Memaparkan catatan dengan label Sabar. Papar semua catatan

Jumaat, April 23, 2010
Sifat sabar bentuk jiwa sentiasa tenang
Oleh Khairunneezam Mohd Noor
SESUNGGUHNYA tiada sesiapapun di dunia ini yang suka berhadapan dengan musibah atau malapetaka. Sebagai manusia yang beriman, segala kecelakaan yang berlaku perlu dihadapi dengan sabar dan bertakwa. Ujian yang diberikan Allah ini datang dalam pelbagai cara. Kehilangan atau kematian ahli keluarga tersayang, gagal dalam pelajaran, kesukaran dalam bekerja, kemusnahan harta benda, menghidap pelbagai penyakit kronik, terbabit dalam kemalangan, kerugian dalam perniagaan dan sebagainya adalah sesuatu yang cukup pedih untuk dihadapi.
Jika hati seseorang itu goyah dan tidak rasional, musibah yang melanda tidak akan dianggap sebagai cubaan dan petunjuk yang berupaya meneguhkan keimanan dan kekuatan diri. Kehidupan dianggap sebagai tidak bermakna. Jiwa tidak tenteram dan perasaan menjadi kusut apabila kesenangan dan kebahagiaan dinikmati sebelum ini hilang sekelip mata. Ada di antara kita yang menganggap Allah tidak adil kerana menurunkan musibah demi musibah, umpama 'sudah jatuh ditimpa tangga'. Ditambah lagi hasutan syaitan akan menyemarakkan lagi rasa putus asa, sesal, sedih dan marah. Kesannya, mulalah seseorang itu mencari penyelesaian secara negatif dengan melakukan kemungkaran . Ia sebenarnya adalah tanda protes terhadap nasib buruk dialami mereka.
Sebenarnya jika sifat sabar dipupuk sebaiknya dalam diri, seseorang itu akan terus diberi petunjuk oleh Allah dalam menghadapi cabaran kehidupan di dunia yang fana ini. Firman Allah, maksudnya: Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang beroleh petunjuk, dan sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka merekalah orang yang rugi (Surah al-A`raf ayat 178).
Bagi orang yang bersabar, dia akan reda dan tabah menerima segala ketentuan Allah. Bahkan sifat berserah (tawakal) dan bersyukur akan tumbuh subur di dalam sanubari di samping percaya segala sesuatu yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Individu seperti ini sedar bahawa Allah menunjukkan contoh kesabaran rasul yang bergelar `Ululazmi' yang menerima pelbagai cabaran lebih hebat dalam menyebarkan dakwah Islamiah pada zaman mereka. Sifat sabar dapat membentuk keperibadian seseorang supaya sentiasa tenang. Ketenangan ini yang akan memandu dirinya untuk memuhasabah diri. Daripada perspektif Islam, orang yang bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Allah adalah orang yang terpelihara kehidupannya di dunia dan di akhirat dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Ini selaras dengan firman Allah: "Sesungguhnya orang yang sabar sajalah yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira? (Surah al-Zumar, ayat 10).
Sebagai masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap satu sama lain, adalah wajar untuk kita membimbing dan membantu sebaiknya orang yang dilanda kesusahan. Bukannya mencemuh, menghina atau menjauhkan diri daripada mereka ini yang masih trauma dan tercari-cari pedoman menghadapi saat-saat sukar dalam hidup.
Bantuan boleh dihulurkan dalam pelbagai bentuk sama ada wang ringgit, kudrat tulang empat kerat, nasihat, kaunseling dan doa. Sokongan masyarakat dari segi fizikal, psikologi dan emosi sangat terkesan dalam membentuk sifat kesabaran dan ketakwaan dalam diri mereka yang dilanda musibah. Ia sekali gus menunjukkan betapa tingginya nilai tamadun masyarakat yang mengambil berat hal ehwal dan kebajikan setiap ahlinya.
Khairunneezam Mohd Noor adalah pensyarah yang sedang melanjutkan pengajian Doktor Falsafah di Universiti La Trobe, Melbourne, Australia

Isnin, Mei 25, 2009
Kesabaran saya ada batasnya!
MASALAH rumah tangga yang berlaku dalam hidup pasangan suami isteri tidak akan selesai sampai bila-bila selagi tidak wujud kata sepakat dan tolak ansur di kalangan kedua-dua pihak.
Ada ketikanya timbulnya masalah bukan kerana sikap pasangan itu tetapi disebabkan orang ketiga yang menjadi penghalang kepada kebahagiaan yang diingini.
Ia juga boleh terjadi kerana perangai pasangan yang seolah tidak menghargai kesetiaan yang telah termenterai antara kedua-dua pihak semasa memilih untuk hidup bersama.
Apa pun alasan dan sebabnya, masalah tersebut boleh diselesaikan jika pasangan mempunyai kesedaran, rasa insaf dan bertanggungjawab terhadap komitmen masing-masing.
Kisah Ira (bukan nama sebenar) merupakan pengakuan ikhlas seorang isteri terhadap perangai suami yang amat dicintainya. Namun setakat cinta dan kasih saja tidak mencukupi untuk menjerat hati suami, kata Ira.
Ira berdepan dengan pelbagai masalah dan ujian termasuk membabitkan keluarga mertua. Demi anak yang bakal lahir, dia beralah dan berdoa agar satu hari suaminya akan berubah.
Kepada saya, Ira meluahkan perasaannya untuk dikongsi bersama pembaca dengan harapan mereka yang senasib dengannya akan terus tabah menghadapi ujian Allah SWT
Alhamdulillah kehadiran cahaya mata ini memberi sinar baru kepada saya, malahan mengubah sikap suami yang dulunya seorang kaki perempuan. Bukan tujuan saya menceritakan keburukan suami tersayang tetapi sekadar meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman ini agar semua kaum wanita di luar sana mendapat iktibar daripada apa yang saya alami.
Saya berkahwin dengan suami atas dasar suka sama suka. Percintaan kami terlalu singkat sehinggakan saya tidak pernah fikir bahawa kami akan bernikah begitu cepat. Sebelum berkahwin, saya tahu suami seorang yang Romeo, kaki perempuan. Malah beberapa hari sebelum kami diijabkabul, dia masih berjumpa seorang janda dan berlaku sumbang dengan perempuan itu. Bukan dengan janda ini sahaja tetapi ramai lagi perempuan yang dia tidur di luar pengetahuan saya.
Setelah empat bulan menjadi suami isteri, saya disahkan mengandung tiga bulan. Ketika ini bermacam-macam ujian yang saya terima. Masuk enam bulan usia perkahwinan, perang besar berlaku. Saya terpaksa membuat laporan polis kerana dipukul oleh suami dan terpaksa bertindak lari meninggalkan rumah.
Sayangnya tidak ada respons daripada suami. Dia seperti tidak kisah dengan rayuan dan tangisan saya. Malah saya dimalukan di hadapan keluarganya dan dipaksa meminta maaf kepada mereka. Apa yang membuatkan saya kesal di sini, keluarga suami seolah-olah menyalahkan saya seorang dalam masalah kami ini tanpa mengetahui perangai buruk anak mereka.
Bagaimanapun, tidak berapa lama, kami berbaik seketika. Ketika saya menunggu dalam hari untuk bersalin, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita suami saya pernah mengadakan hubungan sulit bersama seorang teman baik saya. Sekali lagi saya tersentak dan makan hati. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya, antara sedar dengan tidak, air mata saya bercucuran ke pipi.
Saya meminta suami memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Katanya, kejadian itu berlaku ketika kami sedang bercinta. Apa lagi yang hendak saya kata, menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan dapat diputar kembali.
Saya harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai lelaki, suami dan bapa. Jangan ambil mudah masalah rumah tangga. Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Jangan hanya pandai bernikah tetapi tanggungjawab dan fungsi sebagai suami dan bapa tidak dilaksanakan. Ingat di dunia mungkin anda semua terlepas, tapi di akhirat….ganjaran Allah pasti menanti!'' Ira menutup ceritanya.
Syabas dan tahniah saya kepada Ira yang berani memperjuangkan hak dan mempertahankan kedudukannya sebagai isteri. Kekuatan dan semangat inilah yang harus ada pada semua wanita yang bergelar isteri.
Jangan mengalah pada keadaan. Negara ini ada undang-undang dan kaum wanita dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang yang memastikan hak dan masa depan mereka terbela.
Doa saya agar rumah tangga Ira akan terus berkekalan dan semoga kehadiran cahaya mata bakal membawa sinar bahagia buat Ira dan suami.
Menutup kata istimewa buat Ira, perubahan daripada lemah kepada kuat adalah pertarungan yang panjang, tapi itulah perjuangan sejati.
Bagi meredakan ketenangan, sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyum yang indah. Sambutlah malam yang sunyi dan tenang. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Kerana di antara waktu-waktu itu ada bahagia yang menunggumu!
Salam

Ikuti kisah Ira:
"Ini kali pertama saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman bersama anda semua terutama wanita yang senasib dengan saya. Biarkan saya perkenalkan diri, nama saya Ira, baru setahun lebih berkahwin dan sudah dikurniakan seorang anak lelaki berusia lima bulan.

Bayangkan sepanjang saya keluar dari rumah tidak pernah sekalipun suami datang memujuk atau menghubungi saya, malahan duit belanja pun tidak diberi, padahal ketika itu saya sedang mengandung.
Mujurlah keluarga memberi sokongan kuat kepada saya agar terus bersabar. Seperti yang saya bimbangkan, suami kembali ke perangai asalnya dan berlaku curang kepada saya. Tuhan saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Sakitnya hati, hancur luluh mengenangkan dia melayan perempuan lain sedangkan saya terabai dengan anak dalam perut yang sedang membesar.
Pada masa sama, saya harapkan perkahwinan kami tidak akan berakhir dan saya berdoa agar suami akan kembali ke pangkal jalan. Saya tidak mahu anak saya lahir tanpa melihat ayahnya. Saya mahu menyelamatkan rumah tangga saya.

Sokongan keluarga terus menjadi kekuatan saya. Saya melakukan solat hajat dan beramal ibadat sepenuh hati untuk mendapatkan ketenangan. Akhirnya saya mendapat petunjuk daripada Allah SWT. Saya merendah diri dengan pergi melutut kepada suami untuk mencari penyelesaian. Semuanya kerana kasih dan cinta saya kepadanya.
Saat itu saya merasakan maruah saya terlalu rendah seperti dipijak-pijak tetapi apakan daya, atas nama isteri dan demi masa depan anak di dalam perut, saya reda. Saya tidak sanggup memikul gelaran janda dalam usia yang muda dan mengambil keputusan mengalah kerana saya yakin, rumah tangga kami masih boleh diselamatkan.
Sayangnya tidak ada respons daripada suami. Dia seperti tidak kisah dengan rayuan dan tangisan saya. Malah saya dimalukan di hadapan keluarganya dan dipaksa meminta maaf kepada mereka. Apa yang membuatkan saya kesal di sini, keluarga suami seolah-olah menyalahkan saya seorang dalam masalah kami ini tanpa mengetahui perangai buruk anak mereka.
Bagaimanapun, tidak berapa lama, kami berbaik seketika. Ketika saya menunggu dalam hari untuk bersalin, sekali lagi saya dikejutkan dengan berita suami saya pernah mengadakan hubungan sulit bersama seorang teman baik saya. Sekali lagi saya tersentak dan makan hati. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaan saya, antara sedar dengan tidak, air mata saya bercucuran ke pipi.
Saya meminta suami memberi penjelasan tentang perkara tersebut. Katanya, kejadian itu berlaku ketika kami sedang bercinta. Apa lagi yang hendak saya kata, menangis air mata darah sekalipun masa tidak akan dapat diputar kembali.
Sejak itu saya tidak pernah mempercayai suami saya walaupun hanya satu peratus, malahan alasannya yang mengatakan sudah ada anak, tidak mahu mengulangi perkara yang sama sudah basi bagi saya. Saya hanya tersenyum setiap kali dia ucapkan kata-kata tersebut.
Sebabnya saya tahu, bila-bila masa dia boleh melakukan apa yang dia mahu terutama bab perempuan. Apa pun saya sudah bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan suami saya lakukan selepas ini.

Sebagai manusia biasa tahap kesabaran seseorang itu ada hadnya. Begitu juga dengan saya. Sebenarnya banyak lagi peristiwa pahit yang saya alami tapi cukuplah sekadar ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Yang lain biar saya simpan di hati sebab pada saya setiap masalah rumah tangga perlu diselesaikan oleh tuan empunya diri sahaja. Orang lain tidak boleh campur.
Tapi macam saya katakan, tahap kesabaran saya sebagai manusia khasnya isteri juga ada batasnya, kalau sudah meletup tidak ada gunanya lagi. Saya harap suami saya akan benar-benar berubah.
Kepada mertua, jangan lihat kebaikan anak sahaja dan menyalahkan menantu. Dengar suara anak menantu dan buat pertimbangan.
Saya harap para suami dapat berfikir dengan matang sebagai lelaki, suami dan bapa. Jangan ambil mudah masalah rumah tangga. Belajar untuk menjadi suami dan bapa yang bertanggungjawab. Jangan hanya pandai bernikah tetapi tanggungjawab dan fungsi sebagai suami dan bapa tidak dilaksanakan. Ingat di dunia mungkin anda semua terlepas, tapi di akhirat….ganjaran Allah pasti menanti!'' Ira menutup ceritanya.
Syabas dan tahniah saya kepada Ira yang berani memperjuangkan hak dan mempertahankan kedudukannya sebagai isteri. Kekuatan dan semangat inilah yang harus ada pada semua wanita yang bergelar isteri.
Jangan mengalah pada keadaan. Negara ini ada undang-undang dan kaum wanita dilindungi sepenuhnya di bawah undang-undang yang memastikan hak dan masa depan mereka terbela.
Doa saya agar rumah tangga Ira akan terus berkekalan dan semoga kehadiran cahaya mata bakal membawa sinar bahagia buat Ira dan suami.
Menutup kata istimewa buat Ira, perubahan daripada lemah kepada kuat adalah pertarungan yang panjang, tapi itulah perjuangan sejati.
Bagi meredakan ketenangan, sambutlah waktu pagi yang cerah dengan senyum yang indah. Sambutlah malam yang sunyi dan tenang. Sambutlah siang yang bercahaya dan bersinar. Kerana di antara waktu-waktu itu ada bahagia yang menunggumu!
Salam
Langgan:
Catatan (Atom)