#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Julai 06, 2009

Bertemu janji selepas bercerai

PERHUBUNGAN yang telah lama terjalin tidak akan berakhir dalam sekelip mata. Memang, ada perkahwinan yang dibina lebih 20 tahun akhirnya musnah begitu sahaja. Tetapi bila diimbas kembali, perhubungan suami isteri itu mungkin telah retak selama beberapa tahun sebelum perkahwinan itu berkecai.

Mungkin ia berlaku kerana si dia sebenarnya bukanlah pasangan yang tepat. Siapa tahu? Apapun, apabila pasangan anda telah tiada, diri pasti akan rasa kehilangan ditambah pula rasa dikhianati dan timbul kebingungan.

Apabila sebuah perkahwinan menemui kegagalan, ramai wanita mungkin bertindak menjalin hubungan dengan lelaki lain.

Sejujurnya, boleh dikatakan kasih sayang secara fizikal selalunya akan hilang lebih awal sebelum berakhirnya perkahwinan tersebut. Jadi, apabila diri berasa terluka, perkara lumrah yang dilakukan manusia termasuk wanita adalah cuba menjalinkan hubungan dengan lelaki lain untuk menyakinkan diri bahawa mereka masih mempunyai daya tarikan.

Sebenarnya pengajaran pertama untuk memulih dan membina semula kehidupan adalah dengan bertindak - jangan mencari cinta.

Sebaliknya carilah persahabatan, keseronokan atau apa sahaja asalkan ia bukan cinta. Sebabnya, apabila harga diri sedang terumbang-ambing dan anda ketika itu juga 'terdesak', ia hanya akan mendorong anda kepada lelaki 'jahat'. Pastinya, kita tidak mahu keadaan itu berlaku pada diri masing-masing.

Jadi apa yang perlu dilakukan dahulu? Ketika ini, anda telahpun bersedih dan berkurung di rumah selama beberapa minggu.

Kini, tibalah masa untuk anda bangkit, bersihkan diri dan beri kekuatan kepada diri untuk keluar seketika tidak kira berjalan-jalan atau berseronok. Mungkin kata-kata ini dapat membantu. Senyumlah dan dunia akan tersenyum kembali kepada anda.

Jangan biarkan diri menyendiri. Luahkan kesedihan dan kekecewaan pada teman-teman. Mereka boleh menemani anda secara bergilir-gilir. Suruh mereka membawa anda keluar bersiar-siar.

Ingat! Anda tidak perlu menangis selamanya. Namun ia akan berlarutan jika anda tidak bangkit berusaha melawannya. Tiada apa yang paling teruk selain daripada menangisi dan memberi simpati kepada individu yang sudahpun menjadi sejarah.

Rancang untuk sentiasa sibukkan diri. Jika anda tidak mempunyai ramai teman, langkah terbaik adalah dengan mendaftarkan diri ke gimnasium.

Dengan cara itu anda bukan sahaja dapat bertemu dengan ramai orang, tetapi turut membantu meningkatkan lagi semangat diri.

Apa yang dilihat, ramai yang memasuki gimnasium bukan sahaja beroleh tubuh yang pejal tetapi ia juga membantu mengubah kehidupan mereka menjadi bertambah gembira, bertenaga, positif dan lebih tenang.

Bagi sesetengah wanita, teman-teman yang ditemui di gimnasium memberi kekuatan dan penting dalam melalui proses pemulihan.

Kehadiran mereka membuatkan kenalan bertambah dan sebaiknya rakan baru itu langsung tidak mengenali bekas suami anda. Jadi tidak perlu anda bercerita mengenai kegagalan rumah tangga yang telah berlalu.

Pastikan juga gimnasium yang anda masuki itu adalah sebuah gimnasium yang besar dan sentiasa sibuk. Dengan itu, anda akan bertemu dengan bermacam-macam perangai manusia.
Manalah tahu, anda juga mungkin menemui seseorang yang nyata berbeza berbanding bekas suami anda.


Kala mencari teman, anda sebenarnya akan temui ramai wanita lain yang juga sedang mencari seseorang yang sesuai buat mereka. Jadi, cara terbaik, pastikan anda berkenalan terlebih dahulu dan cuba keluar makan beberapa kali untuk lebih mengenalinya. Jika dirasakan tidak sesuai, jangan paksa diri menerimanya.

Bagi mereka yang tinggal berjauhan daripada teman-teman, keluarga dan tidak mempunyai kemudahan seperti gimnasium, anda mungkin boleh melayari laman web yang khusus untuk mencari teman.

Mungkin melaluinya anda bertemu pilihan hati apatah lagi jika matlamat anda hanya untuk bersahabat, tidak lebih daripada itu.

Andai Internet pilihan anda, pastikan diri tidak terpesong daripada matlamat asal. Perlu diingat, jangan sewenang-wenangnya meruntuhkan harga diri sendiri kerana ada sesetengah lelaki yang dikenali di Internet akan menyuruh anda melakukan perkara yang bukan-bukan dan sebenarnya langsung tidak berminat untuk menjalinkan persahabatan dengan anda.

Lelaki yang melayari laman web mencari teman ini hakikatnya terdiri daripada empat kategori.

Pertama, mereka yang melakukannya kerana ingin menebus kekecewaan.

Kumpulan kedua adalah mereka yang sudah terlalu kerap atau sering melayari laman web berkenaan. Lelaki dalam kategori kedua ini adalah mereka yang tidak pernah kenal erti puas dan selalu menunggu e-mail daripada sesiapapun.

Ketiga adalah mereka yang tidak mempunyai keyakinan dan beranggapan dirinya sudah hilang kelebihan untuk memikat wanita.

Manakala kumpulan keempat merupakan lelaki yang jarang ditemui. Mereka masih berkawan baik dengan bekas isteri, berfikiran terbuka, positif dan berupaya untuk memikat wanita. Cuma, mereka masih belum lagi menemui seseorang yang bersesuaian.

Jika anda ingin menjalinkan hubungan melalui internet, carilah lelaki dalam kategori keempat ini.

Sebolehnya, anda jadilah seorang yang terlalu memilih pasangan agar anda tidak kecewa pada kemudian hari. Jangan cepat membuat temu janji untuk makan malam. Tetapi, jika akhirnya anda membuat keputusan untuk bertemu, carilah tempat yang sibuk.

Jangan mudah terpengaruh atau tergoda dengan gambar-gambar yang ditunjukkan apatah lagi jika ia jelas menggambarkan bahawa dia lelaki yang baik tetapi dikecewakan bekas isterinya.
Akhir sekali, perlu diingat mencari kegembiraan memang mudah, tetapi untuk menemui semula cinta akan mengambil masa yang lama.


Mungkin, anda perlu mencari ramai kenalan untuk mengembalikan keyakinan diri khususnya kepada lelaki. Pentingnya, anda perlu belajar untuk bergembira dan menjadi diri anda yang sebenarnya.

2 ulasan:

  1. Ya betul. Slps bercerai isi rasa kecewa dgn perkara yg menggembirakan seperti melancong , ziarah adik beradik - berhimpun bersama2. Pergi ke majlis ilmu agama utk dpt kekuatan dekatkan diri dgn Allah. Sesungguhnya Kasih sayang Allah lebih bermakna. Alhamdulillah rasa hati berkecai remuk dulu dapat diubati. Hidup lebih tenang kerana hidup bergantung dgn Allah dan sentiasa merasa Allah sentiasa rapat dgn kita. Itulah serba sedikit pengalaman yg saya lalui.

    BalasPadam
  2. Sy baru je diceraikan talak 3. Dgn niat kata bekas suami. Padahal sebelum itu dia memang x nk berpisah. Sebb hati x sabar dengn alasan tak munasabah menceraikan saya, dia menuduh dan memburukkn saya phnca dia mentalak sy aebnyk 3 kali. Didepan hakim dia berdusta fakta sebb dia lafazkan talak utk menunjukkn dia tidak bersalah. Sy justify satu persatu. Hakim terdiam. Spnjng perkhwinan sy bnyk mkn hati dengan tingkah lakunya yang tidak matang. Sy bersbr. Sy x pernh abaikan tanggungjwb saya, sy pun x permh peningkan dia hal2 kewgn, yg jadi masalah, kami berselisih fhm, dia suka mengugut talak dan kluar rumah. Sehinggalah 3 kali talak. Semoga Allah mengadili segalanya. Seaungguhnya sy benar2 cinta, iklhas dan sabar ....sy yakin keadilan akan berpihak pada saya yg dianiaya ditalak sesuka hati dan diperlakukan spt musuh dia.

    BalasPadam