#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Julai 27, 2009

Demam selagi tak bayar zakat

SEBERANG JAYA: Seorang ibu tunggal berasakan dirinya selalu tidak senang hati dan demam panas setiap kali dia tidak membayar zakat simpanan dalam tempoh setahun kepada Pusat Urus Zakat (PUZ) Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Keresahan itu menyebabkan Sopiah Hashim (gambar), 59, yang tinggal di Kampung Kubang Semang, dekat sini, bergegas ke Pejabat PUZ Maipp cawangan Bukit Mertajam di Kompleks Bukit Mertajam dengan ditemani keempat-empat anaknya itu.

Sopiah berkata, dia menunaikan tanggungjawab membayar zakat tahunan berjumlah RM46,230 sejak 15 tahun lalu, hasil jualan langsung pinggan mangkok Akojaya termasuk kain cadar dan beg tangan secara kecil-kecilan sekitar Bukit Mertajam dan jiran terdekat, untuk menyara keluarga.

“Mak cik berasa lega selepas membayar zakat simpanan dan ia diibaratkan seperti selesai menunaikan solat lima waktu,” katanya selepas Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas menyampaikan Anugerah Pembayar Zakat Prihatin (kategori perseorangan) kepadanya, di Hotel Sunway, di sini semalam.

Katanya, selepas dia membayar zakat, rezekinya bertambah dan meningkat tanpa menimbulkan masalah keluarga dan perniagaannya itu hingga menyebabkan dia mengamalkan membayar zakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan