#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Memaparkan catatan dengan label Kata-kata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kata-kata. Papar semua catatan

Selasa, Mei 18, 2010

Madah-madah Cinta - Teratak Anna Abadi

Saya pernah menyertai, mengikuti malah ada mengadu masalah saya suatu ketika dahulu di Teratak Anna Abadi. Setelah sekian lama mencari maklumat untuk menjejak kembali tentang Teratak ini, baru hari ini saya mengetahui bahawa ianya telah ditutup kerana pemiliknya telah kembali menemui Penciptanya.. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT. Sayu kerana tiada lagi Teratak seumpama itu yang saya temui setakat ini.. Abadinya Teratak Ana mengabadikan juga sebahagian kisah hidup saya di dalamnya.

Antara madah-madah yang saya temui di http://sukns.blogspot.com/2009/03/teratak-anna-abadi.html

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.

Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Sungguh menyakitkan mencintai seseorangyang tidak mencintaimu,tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidakbererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata "Hai" darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hatitersebut.

Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata. Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.

Kadangkala kamutidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Jangan kerana cinta, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana cinta juga, prinsip kita menjadi larut dan cair. Cinta tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan. Kesetiaan akan mengikatcinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan cinta. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.

Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa diasebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.


Khamis, September 10, 2009

Cinta & Kawan

inta & Kawan

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta...
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa??
Kerana... KAWAN akan buat apa saja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari
apa lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ??
so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....

Walau kita punya couple, teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Rabu, Jun 17, 2009

Tempoh Perkahwinan Mempengaruhi Kemesraan?

Sebelum Tido:
6 minggu: selamat tido sayaaang, mimpi indah2 ya, mmmuach.
6 bulan: tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun : Sana sikit lah... tido kalau tak mengepit tak boleker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: tak apa, u masuk ler dulu, i tak kisaaahhhh
6 bulan: masih lama lagi ke nih?
6 tahun: brug! brug! brug!(suara pintu digegar), kalau nakbertapa pi lah gunung ledang sana !!

Balas SMS:
6 minggu: iye sayang, jap lagi i sampai rumah, sayang, i belikan murtabak favourite u ye sayang..
6 bulan:trafik jam aah
6 tahun:k..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun : Iyalah!! kalau i tak cintakan u, buat apa i nikah ngan u??

Pulang Keje:
6 minggu: Sayaaang, i dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun:Oi...tak dengar orang balik ker??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu : Sayang, i harap u suka cincin yang i beli untuk u ni
6 bulan :I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tamu, takpun kt tangga pun ok
6 tahun : Nih duit, u beli sendiri lah apa yg u nak, nanti kalau i belikan u tak berkenan lak

Telefon:
6 minggu : Baby, ada yang ingin berbual ngan u di telefon nih
6 bulan : Eh...your call...
6 tahun : WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!! takder dengar ker?

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka i, pandai u masak. rasa pun sedapppppp.. ...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! lauk aper lak ari ni, cam lauk kemarin jer!!

Memaafkan:
6 minggu : Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,ye
6 bulan : Hati-hati! Nanti jatuh tuh.
6 tahun : Nak pecahkan lagi ler tu, tak paham2 betul!!

Baju baru:
6 minggu : Aduh sayang, u seperti bidadari dengan dress tu
6 bulan : Lah.. beli baju baru lagi?
6 tahun : AH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU, tula yang lama dah tak muat ler tu???

Merancangkan Holiday:
6 minggu : Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg u nak, honey?
6 bulan : Kita ke Bukit Bintang aje ler ....senang sikit nak parking...
6 tahun : JALAN- JALAN?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JER!

Tonton TV:
6 minggu : Baby, kita nak tengok cite apa malam ini ?
6 bulan : Saya nak tengok bola live kol 9.00 karang
6 tahun : JANGAN TUKAR2 CHANNEL BOLE TAK!!

Moralnye.. Terpulang pada setiap pasangan yg berkahwin bagaimana utk menjadikan perkahwinan mereka sentiasa harmoni dan tak hambar.. Suami & isteri masing-masing perlu memainkan peranan utk memastikan perkahwinan itu sesuatu pengalaman yg terindah dalam hidup mereka.. Bak kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan suami isteri.. Tepuk dada tanya iman di hati!

Selasa, Jun 16, 2009

Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan


Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....


Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar KEPERLUANmu...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa. ..
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu..
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan......
Yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.

MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yang akan MENYESAL....