#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Khamis, Mei 28, 2009

'Saya terpaksa buang rahim'

Oleh Halina Mohd Noorhalina@bharian.com.my

Bekas pesakit barah pangkal rahim akui kini nikmati kehidupan bermutu bersama keluarga

SEUMUR hidupnya, Teri Choong tidak pernah menyangka akan mengalami barah pangkal rahim (barah serviks). Ibu beranak empat yang ketika itu berusia sekitar 30-an, mengakui tidak mengetahui apa-apapun mengenai barah pangkal rahim dibandingkan dengan barah payu dara.

"Saya lebih berhati-hati dengan barah payu dara dan sering berjaga-jaga. Apabila disahkan mengidap barah pangkal rahim, saya buntu dan cukup terkejut kerana ia cukup berbeza dengan barah payu dara. Memang saya terfikir yang hidup saya akan berakhir, tetapi ia hanya sebentar. Selepas 10 minit, saya mula terfikir apa yang harus dilakukan selepas ini," katanya.

Tanpa memikirkan mengapa ia berlaku kepada dirinya, Teri sedar beliau tidak boleh menafikan apa yang sedang berlaku kepada dirinya ketika itu. Sebaliknya, beliau lebih ingin tahu mengenai cara untuk memulihkan dirinya dan siapa yang perlu ditemuinya. Baginya, barah tidak boleh dipandang rendah dan menafikannya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Episod mengerikan itu bermula apabila Teri mendapati ada bintik darah pada seluarnya, tetapi cukup yakin itu bukan haid. Beliau sedar ada sesuatu yang tidak kena dan memastikan dirinya menjalani pemeriksaan doktor, namun ujian pap smear tidak dapat mengesan barah berkenaan.

"Saya tidak menyalahkan doktor walaupun pada mulanya ia tidak dapat dikesan kerana kedudukan barah di pangkal rahim memang sukar dikesan. Apabila dikesan, ia masih pada peringkat awal iaitu di tahap kedua. Bagi mengelakkan ia daripada merebak, doktor terpaksa membuang keseluruhan rahim saya. Saya tidak keberatan kerana memikirkan sudah mempunyai empat anak. Saya juga bersyukur kerana suami dapat menerima hakikat ini," katanya.

Biarpun hidup tanpa rahim, Teri yang juga Pengarah Eksekutif PJ Live Arts Sdn Bhd, tidak pernah merasakan kekurangan diri. Malah beliau berasa menjadi insan lebih baik berbanding sebelumnya. Belajar menerima hakikat, Teri menjalani kehidupan lebih tenang. Melihat keadaan dirinya itu, tiada sesiapa menyangka Teri pernah terselamat daripada barah.

"Saya tidak akan berputus asa kerana banyak perkara lagi yang belum saya lakukan. Saya mempunyai anak-anak dan kalau fikirkan soal mati, semua orang pasti mengalaminya juga suatu hari nanti. Itulah sebabnya saya buat keputusan untuk membuang seluruh rahim kerana kemungkinan sel barah boleh merebak ke tempat lain.

"Bagi saya, sama ada wanita sudah mempunyai anak atau sebaliknya tidak penting. Keputusan tepat harus diambil demi keselamatan diri. Walaupun belum mempunyai anak, mengapa tidak boleh membuang seluruh rahim kalau ia hanya akan mengancam keselamatan diri," katanya.

Kini Teri menjalani kehidupan bahagia seperti biasa tanpa bergantung kepada ubat. Senaman menjadi rutin hidupnya bagi mengekalkan stamina seperti berbasikal dan menyelam. Beliau menasihatkan wanita untuk menjaga kesihatan diri dan paling penting membuat saringan kesihatan khususnya barah.

Teri ditemui pada majlis pelancaran Passionately YOU Campaign 2009 di Hospital Assunta, Petaling Jaya baru-baru ini. Kempen kesedaran mengenai barah payu dara dan pangkal rahim itu dirasmikan Datin Paduka Marina Mahathir. Turut hadir, Ketua Eksekutif, Choy Wah Wei dan Amber Chia yang bertindak sebagai duta kempen berkenaan yang berlangsung 16 Mei hingga 11 Oktober tahun ini. Choy berkata kempen berkenaan bermatlamat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pengesanan awal barah melalu pemeriksaan sendiri dan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Bertemakan 'Tahu. Cegah. Sembuh' dan 'Jangan Elakkan Pemeriksaan Pangkal Rahim dan Payu Dara', ia dianjurkan dengan kerjasama beberapa organisasi lain seperti Asia Assistance, PJ Live Arts dan Jaya One serta syarikat farmaseutikal gergasi, MSD Malaysia.

"Kempen ini mengandungi pelbagai aktiviti termasuk pameran bergerak di Subang Parade. Pek pendidikan mengandungi maklumat mengenai barah pangkal rahim dan payu dara akan diedarkan kepada pengunjung. Orang ramai boleh menjalani pemeriksaan klinikal payu dara dan satu ruang tertutup khas diperuntukkan bagi keselesaan mereka yang ingin menjalani pemeriksaan.

"Pengunjung juga berpeluang menerima subsidi vaksin HPV oleh hospital Assunta yang berharga RM260 untuk suntikan pertama. Suntikan kedua dan ketiga pada harga sama juga boleh didapati di hospital Assunta, tetapi perlu mendaftar terlebih dulu. Suntikan ini boleh mencegah barah pangkal rahim dan lebih mahal berbanding harga subsidi iaitu sekitar RM300 ke atas untuk satu suntikan," katanya.

Hospital Assunta mensasarkan RM200 ribu dapat dikutip sepanjang kempen ini berlangsung melalui penjualan patung itik, kemeja-T, jualan pakaian oleh pereka fesyen tempatan pada Oktober, acara muzik, maraton dan sukan khusus untuk wanita dan hasil jualan tiket untuk program pertunjukan belia oleh PJ Live Arts. Hasil kutipan disalurkan kepada Yayasan Assunta yang memberikan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan.

"Yayasan ini ditubuhkan sebagai khidmat sosial kepada orang ramai. Tahun lalu, kempen seumpama ini berjaya meraih RM100 ribu dan dana itu digunakan untuk merawat 20 pesakit kurang berkemampuan. Pesakit dipilih berdasarkan kedudukan ekonomi mereka melalui perjumpaan oleh kakitangan hospital," katanya.

Sementara itu, Marina berkata, pengetahuan adalah kuasa untuk melawan barah. Bagaimanapun perubahan perlu dilakukan bagi menarik lebih ramai wanita menjalani pemeriksaan lebih awal.

"Barah tiada bezanya dengan HIV kerana hanya kesedaran dapat mencegahnya. Ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman barah seperti ujian awal. Wanita juga berhak mengetahui apa yang boleh dilakukan. Kalau tahu sekalipun, mereka mungkin tidak yakin bagaimana cara yang betul. Misalnya membuat pemeriksaan sendiri payu dara dan kebanyakan wanita juga rasa tidak selesa dengan spatula yang digunakan semasa ujian pap smear. Kekeliruan ini harus diperbetulkan agar wanita dapat menjalani pemeriksaan dengan tetap," katanya.

INFO: Barah pangkal rahim

Gejala:
Perubahan prabarah dan peringkat awal barah pangkal rahim biasanya tidak rasa sakit atau menampakkan gejala lain. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap dengan kerap untuk mengesan prabarah serviks pada peringkat awal untuk rawatan yang paling berkesan.

Apabila penyakit barah serviks berkembang, wanita boleh memerhatikan satu atau beberapa gejala yang berikut :

1. Pendarahan yang abnormal daripada vagina:
Pendarahan yang berlaku antara haid.
Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan douche atau pemeriksaan pelvis.
Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu.
Pendarahan selepas menopaus.

2. Lelehan yang banyak daripada vagina.

3. Rasa sakit pada bahagian pelvis.

4. Rasa sakit ketika bersetubuh.

Antara yang boleh dilakukan bagi mencegah barah pangkal rahim
Mempraktikkan tabiat seks yang sihat.
Berhenti merokok.
Menjalani ujian pemeriksaan Pap Smear.

Mengenai Ujian Pap Smear:

Berapa kerapkah ujian Pap Smear perlu diulang?

Sekiranya ujian pertama didapati normal, ulangi Pap Smear pada tahun berikutnya.
Jika ujian kedua juga didapati normal, anda bolehlah mengulanginya setiap tiga tahun sekali.

Siapakah yang harus menjalani ujian Pap Smear?
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini.

Siapakah wanita yang tidak perlu menjalani ujian Pap Smear?
~ Wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks tidak perlu menjalani ujian ini.
~ Wanita yang telah menjalani pembedahan membuang rahim (histerekomi) yang
disebabkan oleh masalah bukan barah contohnya, fibroid, endometriosis, DUB dan lain-lain kecual CIN.
~Usia lebih 65 tahun dengan syarat ujian Pap Smear sebelumnya adalah normal.

1 ulasan:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser . pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm180 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...sebenarnya herba banyak jenis dan gred gred..kami menguna kan kualiti gred gred yg tbaik ssuai dgn rsepi kluarga utk merawat kanser..insya allah
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh

    Saya juga akan membantu anda memberi nasihat dan motivasi..ramai pesakit sy sudah sembuh.anda bila lagi....hubungi atau wasup kan saya dengan segera.0174687570 mohd zuhairi untuk berbincang...bgaimna nk brubt..apa plu anda lakukan..pemakanan n mcm2 lg...dan testimoni2 tbaik dri psakit2 sy

    BalasPadam