#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Jumaat, Mei 29, 2009




Islam lindungi hak isteri

Hosted by Cute Icons.NET


Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

TIADA lafaz paling keramat dari lidah seorang lelaki yang bergelar suami, kecuali talak, bahkan dilihat dari satu sudut ia adalah hak eksklusif kaum Adam terhadap kaum Hawa.

Ada benarnya, kerana dalam Islam lafaz talak atau cerai yang keluar dari bibir si isteri tidak diambil kira, walaupun dia melafazkannya berulang kali dengan bersungguh-sungguh, sekali gus menunjukkan kuasa talak hak suami.

Firman Allah bermaksud: "Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu) hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya dan hitunglah masa idah itu (dengan betul) serta bertakwalah kepada Allah, Tuhan kamu..." (al-Quran, surah al-Talaq-65: 1)

Walaupun begitu, seorang suami harus berwaspada.

Sabda Nabi bermaksud: "Allah tidak menjadi sesuatu yang halal, yang lebih dibenci oleh-Nya dari talak."

Dan lagi: "Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah ialah talak." (Riwayat Abu Dawud)

Seorang suami tidak wajar mempermainkan perkataan cerai kerana sekali ia terlepas dari mulut, mereka mungkin menyesal seumur hidup.

Rasulullah bersabda: "Tiga perkara menjadi serius walaupun dalam keadaan main-main atau serius iaitu nikah, cerai dan membebaskan hamba.

"Tetapi, sejauh mana lafaz cerai menjadi hak eksklusif suami? Apakah hak untuk berpisah bagi si isteri terkunci rapat? Jika benar, bukankah ia menzalimi isteri dan tidakkah undang-undang Islam ini menganiayai wanita!

Pensyarah Kanan Institut Islam Toronto, Kanada, Sheikh Ahmad Kutty, berkata dalam Islam, lelaki dan wanita mempunyai hak.

Menurutnya, ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Dan isteri-isteri itu ada hak yang sama seperti kewajibannya secara yang sepatutnya..." (al-Quran, surah al- Baqarah: 228)

"Hak ini termasuk hak untuk dilayan secara adil dan baik dalam semua keadaan, kedua-duanya dalam kes perkahwinan dan perpisahan," katanya, dalam satu ruangan soal jawab hukum di laman sesawang.

Sebagaimana lelaki mempunyai hak untuk membubarkan perkahwinan, wanita juga ada hak berbuat demikian, lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan konflik yang mengakibatkan kekecewaan dan kesengsaraan.

Katanya, Allah memerintahkan lelaki berbuat baik terhadap wanita sepanjang waktu dan sebarang perlakuan tidak adil, menjadikan isteri tahanan penjara dalam perkahwinan.

"...maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan baik, atau lepaskan mereka dengan baik..." (al-Quran, surah al-Baqarah: 231)

"Dengan penjelasan penting al-Quran ini, Islam mengajar kita apabila seorang suami melanggar prinsip terbabit, isteri mempunyai hak mengambil apa-apa tindakan undang-undang bagi membubarkan perkahwinan.

"Ia adalah hak yang diberikan Islam kepadanya dan keputusan mahkamah dalam kes ini benar-benar berdasarkan Islam, bagi dirinya hanya bertindak dalam usaha untuk menghindari penganiayaan dan kecederaan dirinya," katanya.

Beliau berkata, prinsip perundangan Islam menjelaskan, perlindungan mesti diambil bagi mengelak kecederaan dan kerosakan.

"Justeru, katanya, jika seorang isteri itu tidak mendapat keselesaan daripada suaminya, dia berhak meminta cerai.

Ulama terkemuka, Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam bukunya, Halal dan Haram dalam Islam, berkata wanita yang tidak tahan tinggal dengan suaminya ada hak untuk membebaskan dirinya daripada ikatan perkahwinan, dengan mengembalikan mas kahwin (mahar) kepada suaminya.

Pemberian dari isteri itu katanya, sama ada lebih atau kurang nilainya bergantung kepada persetujuan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, katanya, seorang suami itu sepatutnya tidak meminta lebih daripada yang diberikannya kepada isteri.

"Dan tidak halal bagi kamu mengambil balik sesuatu yang telah kamu berikan kepada mereka, kecuali jika keduanya (suami isteri) takut tidak dapat menegakkan hukum Allah. Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan hukum Allah, maka tidaklah berdosa (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya. Itulah hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar hukum Allah, maka mereka itulah orang yang zalim." (al-Quran, surah al-Baqarah: 229)

Bagaimanapun, menurut al-Qaradhawi, adalah tidak dibenarkan bagi wanita untuk mendapat cerai dari suami kecuali dia diberikan layanan yang teruk atau dalam keadaan itu dia mempunyai sebab munasabah.

Katanya, Nabi bersabda, maksudnya: "Sekiranya mana-mana wanita meminta cerai dari suaminya tanpa sebab yang kukuh, terhalang haruman syurga darinya."(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari penjelasan ini, nyata sekali nasib seorang isteri masih terbela di dalam Islam dan dia mempunyai hak untuk bercerai apabila dirasakan perkahwinan sudah tidak memberikan nikmat kepadanya.

Perceraian itu boleh dituntut di Mahkamah Syariah, sama ada dengan cara fasakh (pembubaran perkahwinan) atau tebus talak (cerai yang diucapkan oleh suami dengan pembayaran dari pihak isteri kepada suaminya).

Dalam undang-undang keluarga Islam, perceraian boleh juga berlaku melalui talak taklik, pertukaran agama dan li'an.

Ibu lebih layak bela anak


Soalan

SUAMI saya baru meninggal dunia. Kini keluarga sebelah suami ingin mendapatkan hak penjagaan anak dengan alasan pendapatan bulanan saya tidak cukup untuk menampung perbelanjaan anak saya, apatah lagi dia merupakan cucu tunggal. Apakah yang boleh menyebabkan seorang ibu hilang hak penjagaan anaknya? Saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya yang kini berusia dua tahun.
Zara Sofea,
Damansara Perdana.

Jawapan

Kasih sayang ibu terhadap anaknya memang tidak dapat dinafikan. Seorang ibu sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anaknya. Perundangan keluarga Islam telah menetapkan bahawa ibu adalah yang paling berhak berbanding segala orang bagi menjaga anak kecilnya dalam masa ibu itu masih dalam perkahwinan dan juga selepas perkahwinannya dibubarkan. Ini terkandung dalam seksyen 81 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Walaupun ibu dianggap sebagai yang paling berkelayakan, namun seksyen 82 menyatakan bahawa seorang ibu itu haruslah:
*Seorang Islam;
*Sempurna akal;
*Dia berkelayakan untuk memberi kanak-kanak tersebut kasih sayang yang diperlukan oleh kanak-kanak tersebut;
*Berkelakuan baik; dan
*Mempunyai kediaman yang tidak akan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Sekiranya ibu gagal memenuhi syarat tersebut, maka hak penjagaan berkemungkinan beralih kepada orang lain. Seksyen 83 Akta pula telah menggariskan situasi di mana hak seorang ibu terhadap hak penjagaan anaknya boleh hilang.

Menurut seksyen tersebut, hak seseorang perempuan terhadap hadanah hilang sekiranya:
*Perempuan itu berkahwin dengan seorang lelaki yang menjadi bukan muhrim kepada kanak-kanak itu.
*Perempuan itu berkelakuan buruk secara keterlaluan dan terbuka.
*Perempuan itu berpindah dengan tujuan untuk mencegah bapa kanak-kanak itu dari menjalankan pengawasan yang perlu ke atas kanak-kanak itu, kecuali bahawa seseorang isteri yang bercerai boleh mengambil anaknya sendiri ke tempat lahir isteri itu.
*Perempuan itu murtad.
*Perempuan itu mencuaikan atau menganiaya kanak-kanak itu.

Perlu dinyatakan bahawa walaupun (a) berlaku, situasi di mana ibu telah berkahwin lain tidak boleh dijadikan alasan semata-mata. Ia haruslah dibuktikan bahwa perkahwinan tersebut akan mengganggu anak tersebut.

Berkenaan dengan perebutan hak penjagaan anak antara puan dan keluarga mertua, Seksyen 81(2) menyatakan bahawa apabila ibu telah hilang kelayakannya atau tidak mampu untuk menjaga anak itu, maka hak hadanah akan berpindah kepada salah seorang yang berikut, mengikut susunan keutamaan yang berikut, iaitu:

*Nenek sebelah ibu hingga ke atas peringkatnya;
*Bapa;
*Nenek sebelah bapa hingga ke atas peringkatnya;
*Kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
*Kakak atau adik perempuan seibu;
*Kakak atau adik perempuan sebapa;
*Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan seibu sebapa;
*Anak perempuan dari kakak atau adik seibu;
*Anak perempuan dari kakak atau adik perempuan sebapa;
*Emak saudara sebelah ibu;
*Emak saudara sebelah bapa;
*Waris lelaki yang boleh menjadi warisnya sebagai asabah atau residuari.

Di sini jelas menunjukkan bahawa hak puan dan ibu puan terhadap cucunya adalah lebih kuat berbanding dengan keluarga sebelah arwah suami puan. Memandangkan anak puan adalah cucu tunggal dalam keluarga arwah suami, perbincangan antara kedua belah pihak adalah jalan yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini. Hak penjagaan tetap jatuh kepada puan tetapi keluarga mertua boleh datang melawat cucu mereka pada bila-bila masa.

Manakala dari segi pembayaran nafkah anak pula, seksyen 72 (2) menyatakan adalah menjadi kewajipan seseorang yang bertanggungan di bawah hukum syarak, supaya menanggung nafkah atau memberi sumbangan kepada nafkah kanak-kanak jika bapa kanak-kanak itu telah mati.

Ini bermaksud keluarga sebelah arwah suami puan mempunyai tanggungjawab untuk memberi nafkah kepada anak dan membantu meringankan beban setelah kematian suami.
Jadi puan boleh menuntut hak-hak anak puan dari keluarga arwah suami seperti perbelanjaan harian dan perbelanjaan persekolahan sehingga anak tersebut boleh menanggung dirinya sendiri.

Sentuhan luahan kasih sayang


Pesona
Oleh NOOR HASLIZA NUSI
hasliza.nusi@kosmo.com.my

Bayi yang kerap mendapat sentuhan ibunya, lebih mahir berinteraksi berbanding bayi yang kurang mendapat belaian.

BENAR apa yang diungkap, sentuhan seorang ibu banyak mempengaruhi perkembangan seseorang bayi. Perubahan ini boleh dilihat sewaktu bayi mula berkomunikasi dan bersosial dengan orang di sekeliling melalui senyuman, lirik mata, gerakan tangan, tindak balas mahu dipeluk dan gelak ketawa.
"Sentuhan memberi perlindungan dan menjadi pengikat kasih sayang antara seorang bayi dengan ibunya.

"Ini adalah waktu terbaik bagi seorang ibu untuk menyentuh dan membelai bayinya memandangkan ketika itu jugalah mereka mula belajar mengenali ibunya," ujar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Anna Padmavathy Soosai pada majlis pelancaran Johnson's BabyMost Loving Moments, di Delicious @ Dua Residency, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut beliau, sentuhan manja seorang ibu merupakan pengikat kasih sayang dalam perkembangan sosial seorang bayi.

Salah satu cara paling berkesan bagi seorang ibu dan bayinya meluahkan kasih sayang adalah menerusi sentuhan. Sentuhan berlaku sama ada pada waktu makan, bermain, mandi atau menukar lampin. Sentuhan juga menghasilkan perasaan yang lebih mendalam buat si manja kepada ibu mereka.

"Adalah satu kerugian sekiranya si ibu menyerahkan sentuhan itu kepada pembantu rumah. Anda akan kehilangan peluang berkasih sayang dengan bayi anda," jelasnya

Menurut Anna, kebanyakan ibu kini sibuk dengan tugasan seharian sehingga tiada masa merangsang kasih sayang melalui sentuhan dan belaian jari-jemari.

"Walau sibuk sekali pun, seorang ibu seharusnya membina rangsangan dan perkembangan si bayi menerusi komunikasi, sentuhan, belaian dan urutan.

"Salah satu perkara yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang baru memperoleh anak ialah membeli pelbagai jenis permainan berwarna-warni. Sebenarnya ia tidak perlu terutama bayi yang berumur kurang empat bulan. Ini kerana, bayi hanya boleh melihat pelbagai warna selepas mereka berumur empat bulan.

"Bagi si bayi, sentuhan ibu memberi makna yang mendalam pada mindanya. Melalui wajah riang ibu, mereka juga dapat mewarnai kehidupan," kata Anna bahawa seorang ibu perlu meluangkan masa bersama anaknya selepas beberapa bulan mereka dilahirkan.

Terdapat empat tanda jalinan kasih sayang yang sering dilihat pada bayi yang mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada seorang ibu. Ia boleh dilihat mengikut peringkat umur.

"Pada umur sebulan, bayi mula tersenyum, dua bulan kemudian mereka mula bersuara, usia empat bulan mereka cuba mencapai ibunya, menatap mata si ibu lebih lama dan gelak ketawa," tambahnya.

Kenali empat tanda jalinan kasih sayang iaitu:
Bayi lebih kerap tersenyum
Menyentuh bayi anda boleh membuatnya tersenyum dengan lebih kerap, yang membuktikan keeratan anda berdua.
Ketika bayi sedang membesar, dia akan mengukir senyuman setiap kali anda berada di sampingnya atau ketika dia menjangka kehadiran anda. Senyuman-senyuman ini menandakan bahawa dia berasa selamat dan bersedia mempelajari tentang dunia di sekelilingnya.

Bayi cuba mencapai ibunya
Apabila bayi cuba mencapai si ibu, bayi mahu memberitahu bahawa ibu supaya memeluk, membelai dan merapatinya. Ia juga membawa maksud bayi gembira dengan kehadiran ibunya.
Tindak balas positif anda tiap kali si manja mencapai ke arah anda akan membantu bayi lebih sedar pergerakannya dan akan membuat pergerakan yang bermakna.

Bayi bergelak ketawa
Bayi ketawa untuk menunjukkan perasaannya. Selain menunjukkan rasa teruja dan gembira, gelak pertama bayi menandakan perkembangan sosialnya. Ini merupakan satu tindak balas yang berlaku apabila dia berkongsi dunianya dengan orang tersayang.

Apabila bayi gelak, ia menunjukkan salah satu cara untuk bertindak balas dengan anda dan ingin memberitahu anda betapa seronoknya dia meluangkan masa dengan anda.

Dengan berbunyi-bunyi manja sewaktu kehadiran anda, bayi menunjukkan bahawa mereka mengenali si ibu dan sedang berhubung dengan anda.

Bunyi-bunyi tersebut menandakan kegembiraannya dan juga sebagai tindak balas kasih sayang, sentuhan dan perhatian yang anda berikan.

Bayi menatap mata
Bayi juga menggunakan isyarat mata untuk berhubung. Apabila bayi menatap mata anda, satu mesej berbaur kasih sayang sedang mengalir antara bayi kepada anda.

Ia merupakan salah satu kebolehan bayi yang dapat dikenal pasti. Pada hari-hari awalnya, bayi akan memberi sepenuh perhatian kepada anda dan lirikan matanya akan mengekori anda apabila anda hampir dengannya.

Bagi si manja, melihat wajah ibu mampu menenangkan dirinya. Adakalanya si manja seolah-olah sedang menenung anda. Mengapa? Bayi sedang cuba mengingat wajah anda dan mengenal pasti sebuah kasih sayang dan keselesaan.


Wajib bergaul baik dengan isteri




Soalan:

Adakah dikira sudah menunaikan tanggungjawab kalau suami hanya memberikan wang kepada isterinya sedangkan tidak bergaul dengan baik dan tiada kemesraan dan asyik mencari kesalahan dan keburukan isteri semata-mata?

Jawapan:

Islam sentiasa menyuruh umatnya berbuat kebaikan. Ini termasuklah dalam perhubungan dan pergaulan suami dan isteri.

Maksud bergaul baik dalam syariah Islam adalah diambil daripada perintah Allah SWT di dalam al-Quran, firman yang bermaksud: … dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…(al-Nisa': 19).

Al-Quran melalui perintah mahukan setiap suami bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan cara yang baik atau makruf.

Di dalam meneladani kehendak ayat ini ahli tafsir mengemukakan beberapa pandangan melalui pengamatan masing-masing.

~ Di antara mereka ialah Ibn Kathir. Beliau berpendapat bahawa ayat ini, "… dan hendaklah kamu bergaul baik dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang baik…" bermaksud: para suami hendaklah memperelokkan bicara mereka bersama isteri, hendaklah memperelokkan tingkah laku kepada mereka serta menjaga penampilan yang baik mengikut kemampuan kamu seperti mana yang kamu harapkan daripada mereka iaitu isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu melakukan yang baik-baik itu terhadap mereka seperti yang kamu mahukan daripada mereka. (Ibn Kathir, jld:1, hlm: 466).

~ Al-Zamakhsyariy dan Fakhruddin al-Raziy berpendapat: "bermalam dengan isteri (memenuhi hak-hak batin bagi si isteri) melangsaikan nafkah dan bercakap baik dengan mereka". (al-Zamakhsyariy, jld:1,hlm:490, Fakhruddin al-Raziy, jld:10,hlm:12).

~ Al-Jashsas dalam tafsirnya berpendapat: "Sesungguhnya Allah SWT memerintahkan para suami supaya bergaul baik dengan isteri-isteri mereka dengan baik, perkara yang baik itu ialah menunaikan hak-hak seorang isteri dengan membayar mas kahwinnya serta nafkah dan pemberian antara isteri-isteri (jika lebih dari seorang), juga tidak menyakiti isteri dengan bahasa yang kesat dan kasar serta ditegah dari memalingkan wajah dari si isteri". (al-jashsas, Ahkam al-Quran, jld: 2, hlm: 109).

~ Tafsir Muhammad Rasyid Reda menarik dalam huraian ayat ini, beliau menjelaskan bahawa: "Wajib ke atas kamu wahai orang-orang yang beriman supaya berbuat baik dengan isteri-isteri kamu dalam pergaulan, dengan menjadikan persahabatan kamu serta pergaulan kamu dengan mereka dengan cara yang baik sesuai dengan dengan tabiat mereka sebagai wanita.

"Pergaulan itu mestilah yang tidak ditegah oleh syarak dan adat dan tidak bertentangan dengan maruah seseorang. Adapun menyempitkan pemberian nafkah (bersikap kedekut/ berkira dalam nafkah) serta menyakiti mereka dengan perkataan dan perbuatan, semua itu adalah bertentangan dengan bergaul baik dengan isteri dan bertentangan dengan al-Quran.

"Sesungguhnya setiap seorang dari pasangan suami isteri ialah membawa kegembiraan dan kebahagiaan". (Muhammad Rasyid Reda, Tafsir al-Manar, jld:4,hlm:456).

Maka jelas lagi terang bahawa hukum bergaul baik dengan isteri adalah wajib. Bagi suami yang gagal menggauli isterinya dengan baik sedangkan dia taat kepada suaminya adalah berdosa.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Lelaki yang paling sempurna imannya ialah lelaki yang paling sempurna akhlaknya, dan sebaik-baik kamu (baik akhlak) ialah mereka yang baik dengan isteri-isterinya". (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:326 ).

Dalam hadis yang lain daripada ibn Abbas r.a baginda bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang baik dengan isterinya, dan aku adalah orang paling baik dengan isteri-isteriku". (riwayat al-Tarmidzi, Tuhfatu al-Ahwaziy, jld:4,hlm:325).

Di dalam kedua-dua hadis di atas baginda SAW menegaskan bahawa sebaik-baik manusia di kalangan bani Adam ialah orang baik dengan isterinya, ini kerana isteri adalah lebih utama dijaga haknya sebelum orang lain.

Berperangai buruk

Jika seorang suami dengan isterinya baik maka dia juga baik dengan orang lain, dan sekiranya dia berperangai buruk dengan isterinya maka dia juga akan bersikap hodoh dengan orang lain.

Di antara perkara yang dapat membantu suami menjadi baik dengan isterinya mesti memiliki kemahiran-kemahiran berikut.

Pertama: Mengenal tabiat wanita; ini kerana Allah SWT menjadi Adam dan hawa dengan tabiat fizikal yang berbeza. Berbeza dari sudut perasaan dan emosinya. Orang lelaki tabiatnya kasar, orang perempuan tabiatnya lembut.

Baginda SAW telah banyak berpesan kepada kaum lelaki supaya berlemah-lembut dan berhemah dalam mendidik dan menjaga mereka.

Kedua, mengenang kebaikannya. Kalau diadili dengan penuh kewarasan setiap orang suami akan mendapati insan yang paling banyak berkorban untuk suami ialah isteri.

Walaupun isteri mempunyai kesilapan dan kesalahan itu kerana emosinya dan hormonnya yang kadang-kadang tidak stabil, ini tidak memberi gambaran keseluruhan tabiat isteri.

Saya yakin bahawa isteri banyak sumbangannya kepada suami oleh itu fikir-fikirkan ketika mereka melakukan kesalahan atau kesilapan.

Sesungguhnya manusia tidak ada yang sempurna dan tidak ada yang tidak melakukan kesilapan. Tutuplah kesalahannya dengan kebaikannya.

Ketiga, menutup keaibannya; tiada yang sempurna. Allah SWT menjadikan manusia sering memerlukan antara satu sama yang lain.

Mengaibkan

Jangan diaibkan isteri kepada sesiapa pun, walaupun kepada saudara dan sahabat handainya. Keaiban isteri juga cermin bagi suami, apabila suami mengaibkan isteri maksudnya dia mengaibkan dirinya sendiri.

Keempat, kemungkinan kebaikan ada pada isteri yang dibencinya; jangan dibenci atau dicaci mungkin isteri yang dibenci oleh si suami itu ada kebaikan padanya, yang lambat laun pasti akan zahir.

Kelima, mengenal kedudukan isteri di rumah. Dalam banyak keadaan si isteri tinggal di rumah, adakalanya selepas berumahtangga ada di kalangan isteri yang tiada lagi baginya kehidupan bersosial, kerana suami dan anak-anaklah segala-galanya.

Berlaku adillah kepada isteri-isteri yang berada di bawah jagaan anda supaya amanah Allah SWT tidak terabai.

Khamis, Mei 28, 2009

'Saya terpaksa buang rahim'

Oleh Halina Mohd Noorhalina@bharian.com.my

Bekas pesakit barah pangkal rahim akui kini nikmati kehidupan bermutu bersama keluarga

SEUMUR hidupnya, Teri Choong tidak pernah menyangka akan mengalami barah pangkal rahim (barah serviks). Ibu beranak empat yang ketika itu berusia sekitar 30-an, mengakui tidak mengetahui apa-apapun mengenai barah pangkal rahim dibandingkan dengan barah payu dara.

"Saya lebih berhati-hati dengan barah payu dara dan sering berjaga-jaga. Apabila disahkan mengidap barah pangkal rahim, saya buntu dan cukup terkejut kerana ia cukup berbeza dengan barah payu dara. Memang saya terfikir yang hidup saya akan berakhir, tetapi ia hanya sebentar. Selepas 10 minit, saya mula terfikir apa yang harus dilakukan selepas ini," katanya.

Tanpa memikirkan mengapa ia berlaku kepada dirinya, Teri sedar beliau tidak boleh menafikan apa yang sedang berlaku kepada dirinya ketika itu. Sebaliknya, beliau lebih ingin tahu mengenai cara untuk memulihkan dirinya dan siapa yang perlu ditemuinya. Baginya, barah tidak boleh dipandang rendah dan menafikannya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Episod mengerikan itu bermula apabila Teri mendapati ada bintik darah pada seluarnya, tetapi cukup yakin itu bukan haid. Beliau sedar ada sesuatu yang tidak kena dan memastikan dirinya menjalani pemeriksaan doktor, namun ujian pap smear tidak dapat mengesan barah berkenaan.

"Saya tidak menyalahkan doktor walaupun pada mulanya ia tidak dapat dikesan kerana kedudukan barah di pangkal rahim memang sukar dikesan. Apabila dikesan, ia masih pada peringkat awal iaitu di tahap kedua. Bagi mengelakkan ia daripada merebak, doktor terpaksa membuang keseluruhan rahim saya. Saya tidak keberatan kerana memikirkan sudah mempunyai empat anak. Saya juga bersyukur kerana suami dapat menerima hakikat ini," katanya.

Biarpun hidup tanpa rahim, Teri yang juga Pengarah Eksekutif PJ Live Arts Sdn Bhd, tidak pernah merasakan kekurangan diri. Malah beliau berasa menjadi insan lebih baik berbanding sebelumnya. Belajar menerima hakikat, Teri menjalani kehidupan lebih tenang. Melihat keadaan dirinya itu, tiada sesiapa menyangka Teri pernah terselamat daripada barah.

"Saya tidak akan berputus asa kerana banyak perkara lagi yang belum saya lakukan. Saya mempunyai anak-anak dan kalau fikirkan soal mati, semua orang pasti mengalaminya juga suatu hari nanti. Itulah sebabnya saya buat keputusan untuk membuang seluruh rahim kerana kemungkinan sel barah boleh merebak ke tempat lain.

"Bagi saya, sama ada wanita sudah mempunyai anak atau sebaliknya tidak penting. Keputusan tepat harus diambil demi keselamatan diri. Walaupun belum mempunyai anak, mengapa tidak boleh membuang seluruh rahim kalau ia hanya akan mengancam keselamatan diri," katanya.

Kini Teri menjalani kehidupan bahagia seperti biasa tanpa bergantung kepada ubat. Senaman menjadi rutin hidupnya bagi mengekalkan stamina seperti berbasikal dan menyelam. Beliau menasihatkan wanita untuk menjaga kesihatan diri dan paling penting membuat saringan kesihatan khususnya barah.

Teri ditemui pada majlis pelancaran Passionately YOU Campaign 2009 di Hospital Assunta, Petaling Jaya baru-baru ini. Kempen kesedaran mengenai barah payu dara dan pangkal rahim itu dirasmikan Datin Paduka Marina Mahathir. Turut hadir, Ketua Eksekutif, Choy Wah Wei dan Amber Chia yang bertindak sebagai duta kempen berkenaan yang berlangsung 16 Mei hingga 11 Oktober tahun ini. Choy berkata kempen berkenaan bermatlamat meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pengesanan awal barah melalu pemeriksaan sendiri dan pemeriksaan kesihatan secara berkala. Bertemakan 'Tahu. Cegah. Sembuh' dan 'Jangan Elakkan Pemeriksaan Pangkal Rahim dan Payu Dara', ia dianjurkan dengan kerjasama beberapa organisasi lain seperti Asia Assistance, PJ Live Arts dan Jaya One serta syarikat farmaseutikal gergasi, MSD Malaysia.

"Kempen ini mengandungi pelbagai aktiviti termasuk pameran bergerak di Subang Parade. Pek pendidikan mengandungi maklumat mengenai barah pangkal rahim dan payu dara akan diedarkan kepada pengunjung. Orang ramai boleh menjalani pemeriksaan klinikal payu dara dan satu ruang tertutup khas diperuntukkan bagi keselesaan mereka yang ingin menjalani pemeriksaan.

"Pengunjung juga berpeluang menerima subsidi vaksin HPV oleh hospital Assunta yang berharga RM260 untuk suntikan pertama. Suntikan kedua dan ketiga pada harga sama juga boleh didapati di hospital Assunta, tetapi perlu mendaftar terlebih dulu. Suntikan ini boleh mencegah barah pangkal rahim dan lebih mahal berbanding harga subsidi iaitu sekitar RM300 ke atas untuk satu suntikan," katanya.

Hospital Assunta mensasarkan RM200 ribu dapat dikutip sepanjang kempen ini berlangsung melalui penjualan patung itik, kemeja-T, jualan pakaian oleh pereka fesyen tempatan pada Oktober, acara muzik, maraton dan sukan khusus untuk wanita dan hasil jualan tiket untuk program pertunjukan belia oleh PJ Live Arts. Hasil kutipan disalurkan kepada Yayasan Assunta yang memberikan rawatan percuma kepada pesakit kurang berkemampuan.

"Yayasan ini ditubuhkan sebagai khidmat sosial kepada orang ramai. Tahun lalu, kempen seumpama ini berjaya meraih RM100 ribu dan dana itu digunakan untuk merawat 20 pesakit kurang berkemampuan. Pesakit dipilih berdasarkan kedudukan ekonomi mereka melalui perjumpaan oleh kakitangan hospital," katanya.

Sementara itu, Marina berkata, pengetahuan adalah kuasa untuk melawan barah. Bagaimanapun perubahan perlu dilakukan bagi menarik lebih ramai wanita menjalani pemeriksaan lebih awal.

"Barah tiada bezanya dengan HIV kerana hanya kesedaran dapat mencegahnya. Ada sesuatu yang boleh dilakukan untuk menyelamatkan mereka daripada ancaman barah seperti ujian awal. Wanita juga berhak mengetahui apa yang boleh dilakukan. Kalau tahu sekalipun, mereka mungkin tidak yakin bagaimana cara yang betul. Misalnya membuat pemeriksaan sendiri payu dara dan kebanyakan wanita juga rasa tidak selesa dengan spatula yang digunakan semasa ujian pap smear. Kekeliruan ini harus diperbetulkan agar wanita dapat menjalani pemeriksaan dengan tetap," katanya.

INFO: Barah pangkal rahim

Gejala:
Perubahan prabarah dan peringkat awal barah pangkal rahim biasanya tidak rasa sakit atau menampakkan gejala lain. Oleh itu, penting untuk menjalani ujian Pap dengan kerap untuk mengesan prabarah serviks pada peringkat awal untuk rawatan yang paling berkesan.

Apabila penyakit barah serviks berkembang, wanita boleh memerhatikan satu atau beberapa gejala yang berikut :

1. Pendarahan yang abnormal daripada vagina:
Pendarahan yang berlaku antara haid.
Pendarahan selepas bersetubuh, menggunakan douche atau pemeriksaan pelvis.
Haid yang lebih lama dan lebih banyak daripada selalu.
Pendarahan selepas menopaus.

2. Lelehan yang banyak daripada vagina.

3. Rasa sakit pada bahagian pelvis.

4. Rasa sakit ketika bersetubuh.

Antara yang boleh dilakukan bagi mencegah barah pangkal rahim
Mempraktikkan tabiat seks yang sihat.
Berhenti merokok.
Menjalani ujian pemeriksaan Pap Smear.

Mengenai Ujian Pap Smear:

Berapa kerapkah ujian Pap Smear perlu diulang?

Sekiranya ujian pertama didapati normal, ulangi Pap Smear pada tahun berikutnya.
Jika ujian kedua juga didapati normal, anda bolehlah mengulanginya setiap tiga tahun sekali.

Siapakah yang harus menjalani ujian Pap Smear?
Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian ini.

Siapakah wanita yang tidak perlu menjalani ujian Pap Smear?
~ Wanita yang tidak pernah mengadakan hubungan seks tidak perlu menjalani ujian ini.
~ Wanita yang telah menjalani pembedahan membuang rahim (histerekomi) yang
disebabkan oleh masalah bukan barah contohnya, fibroid, endometriosis, DUB dan lain-lain kecual CIN.
~Usia lebih 65 tahun dengan syarat ujian Pap Smear sebelumnya adalah normal.

Suami belum jelaskan nafkah tertunggak RM45,000

Soalan:

SUAMI berhutang dengan saya sebanyak RM45,000 iaitu tunggakan perintah nafkah anak. Saya sudah memfailkan saman penghutang penghakiman terhadap beliau di Mahkamah Syariah. Adakah ia suatu tindakan tepat atau ada permohonan lain lebih sesuai. Boleh atau tidak saya membuat permohonan perisytiharan muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia sebagai cara mendapatkan semula hutang itu. Selain permohonan muflis dengan Jabatan Insolvensi Malaysia, apa alternatif lain boleh diambil. Ingin tahu, Selangor.

Jawapan:

Pertamanya, tindakan puan memfailkan saman penghutang penghakiman adalah satu tindakan yang tepat. Jika suami mengaku berhutang seperti jumlah dinyatakan tadi, maka Mahkamah Syariah boleh mensabitkan terhadap tuntutan itu. Bagaimanapun, jika suami menafikan dakwaan atau tuntutan puan, Mahkamah Syariah akan membuat siasatan terhadap suami. Mahkamah juga mengambil kira kemampuan suami membuat bayaran sama ada secara sekali gus atau ansuran jika tuntutan atau dakwaan puan berjaya disabitkan.

Bagi isu sama ada puan boleh membuat permohonan perisytiharan muflis, secara dasarnya perintah Mahkamah Syariah tidak disebut dalam akta muflis. Akta itu hanya menyebut perkataan 'mahkamah' saja. Ini bermakna bagi isu permohonan muflis puan harus membuat permohonan melalui Mahkamah Tinggi Sivil melalui seksyen 88 Akta Kebankrapan 1967.

Sementara itu , bagi permohonan kepada Jabatan Insolvensi Malaysia, puan boleh memohon sendiri memandangkan puan adalah pihak yang memberi hutang kepada suami. Secara umumnya, jumlah hutang kepada pemiutang hendaklah sekurang-kurangnya RM30,000.

Syarat bagi jumlah itu sudah dipenuhi. Tambahan pula, hutang yang dituntut hendaklah untuk satu jumlah yang boleh ditentukan yang perlu dibayar segera atau kemudian dengan syarat terakhir suami puan adalah pemastautin di Malaysia dalam tempoh setahun sebelum petisyen difailkan.

Untuk pengetahuan puan, ada juga syarat lain yang perlu dipenuhi dalam seksyen 5 Akta Kebankrapan 1967. Bagi prosiding dan perintah atas petisyen pemiutang, seksyen 6 akta yang sama menggariskan panduan bagaimana mahkamah ingin mengisytiharkan seseorang itu dikategorikan sebagai muflis.

Mengikut seksyen itu, perkara penting yang perlu ada sepanjang prosiding mahkamah berlaku ialah bukti hutang pemiutang.

Namun, adalah lebih baik puan membuat aduan melalui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) melalui Bahagian Sokongan Keluarga (BSK). Bahagian itu akan membantu puan melaksanakan perintah dikeluarkan mahkamah. Pihak BSK akan membuat pemantauan terhadap suami untuk memastikan nafkah yang tertangguh dan diputuskan mahkamah diselesaikan.

Jawapan disediakan ahli Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Nor Azmi Mohd Arif

Berita Harian, 28 Mei 2009

Islam garis langkah terbaik selesai konflik perkahwinan

Oleh Nik Salida Suhaila
Berita Harian, AGAMA
28 Mei 2009

Pasangan harus mengetahui punca krisis, urus perdamaian sebelum memilih untuk bercerai

HARI ini, kegetiran rumah tangga bukan saja berlaku kepada pasangan baru berkahwin, tetapi juga yang hampir melewati setengah abad. Puncanya, tiada persefahaman, akibat masalah yang mungkin remeh-temeh atau tiada masalah langsung, tetapi itulah berlaku apabila jodoh tidak berpanjangan.

Ada yang mengadu suami jatuh cinta lagi dan tidak mampu membahagi kasih, lalu isteri terpaksa memberi laluan kepada cinta baru suami, dan anak pula tiada pilihan melainkan reda dengan kehilangan seorang ayah yang mereka dambakan kasih sayangnya sehingga dewasa.

Keluarga adalah institusi paling kecil, tetapi utama dalam pembinaan tamadun. Asas kukuh menjadi tunjang kepada peradaban yang sihat dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu, keutuhan dan kerukunan perlu dicapai setiap unit keluarga bagi membolehkan membina tamadun manusia. Pincang institusi itu bermakna akan ada pelbagai bentuk kerosakan di muka bumi.

Permulaan untuk membina unit asas institusi kekeluargaan adalah perkahwinan. Antara objektif perkahwinan, menghalalkan perhubungan antara lelaki dan wanita, memenuhi fitrah kehidupan manusia mengingini kasih sayang serta ketenangan terhasil daripada ikatan yang suci. Ia juga untuk memanjangkan generasi sedia ada dengan pertambahan zuriat keturunan sebagai penyambung tugas dan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di bumi di samping mengelakkan masalah sosial yang semakin meruncing akibat hubungan terlarang antara manusia.

Asas kepada perkahwinan ialah rasa cinta, kasih sayang, melaksanakan tanggungjawab, saling mempercayai, hormat menghormati, belas kasihan dan bertolak ansur. Persoalan mengenai penganiayaan dan kezaliman terhadap wanita rentetan daripada perkahwinan tidak timbul langsung dalam Islam kerana isteri mempunyai hak mendapat kebahagiaan. Jika hak itu dinafikan oleh suami, isteri berhak menuntut perceraian.

Antara penyebab berlakunya konflik dalam rumah tangga adalah tekanan ekonomi, masalah komunikasi, memberi ruang kepada kehadiran orang ketiga, penyakit atau kematian, kesunyian dan tidak menyandarkan hubungan suci itu kepada tiang agama.

Konflik sebegini tidak seharusnya diakhiri dengan perceraian. Lagi pun, talak perkara paling dibenci Allah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah ialah perceraian." (Hadis riwayat Abu Dawud)

Langkah mengembalikan hubungan yang tegang seperti sedia kala adalah dengan memulakan sebuah kehidupan baru. Pasangan harus mengetahui penyebab kepada krisis berlanjutan. Jalan penyelesaian juga mesti dibincangkan bersama dan jangan melengahkan masa untuk memulakan sistem pembinaan semula perkahwinan yang bahagia.

Islam menganjurkan setiap individu Muslim hidup bahagia dan jika ada masalah yang mengganggu keharmonian, ia hendaklah diselesaikan seberapa upaya. Untuk menguruskan perdamaian akibat perbalahan antara pasangan, pelbagai cara boleh digunakan seperti mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih dihormati.

Pasangan juga perlu berbincang dari hati ke hati dengan meluahkan apa terbuku bagi mengelakkan sebarang salah faham yang boleh berlarutan. Tetapi, ini hanya boleh berlaku jika masih wujud perasaan hormat antara suami isteri, jika sebaliknya, maka tiada perdamaian 'hati' yang boleh diusahakan lagi.

Selain itu, suami boleh memulihkan keadaan dengan tujuan memberi pengajaran mungkin dalam bentuk teguran, amaran atau pukulan yang tidak menyakitkan. Jika salah satu pihak cuai menjalankan tanggungjawab menyebabkan konflik dalam perkahwinan, suami atau isteri boleh membuat aduan dan tindakan mahkamah. Jika mahkamah menjatuhkan hukuman, maka hukuman ini bolehlah juga dikatakan sebagai amaran.

Tiada perhatian daripada ibu bapa yang bermasalah mengakibatkan anak mencari kebahagiaan lain, jurang komunikasi pula menidakkan ajaran dan bimbingan dalam sebuah keluarga, akhirnya wujudlah anak menagih perhatian di jalanan.

Asalnya, dulu mereka melepak untuk menghabiskan masa terluang dan ia sangat menyeronokkan, tetapi hari ini mereka menjadi samseng jalanan untuk membina 'jati diri' menghadapi kemungkinan kemudian hari. Akhirnya rumah tangga bermasalah menjadi semakin punah kerana ibu bapa tidak tegar menghadapi kerenah anak yang lebih mengusutkan.

Akhir-akhir ini juga banyak konflik perkahwinan membawa kepada krisis yang besar sehingga pasangan bertindak untuk tinggal berasingan. Ia berlaku mungkin disebabkan pasangan tidak langsung cuba menyelesaikan masalah. Pasangan juga mungkin boleh meredakan kemarahan dengan berjauhan antara satu sama lain dalam tempoh tertentu. Ia tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan masalah lain yang timbul seperti nusyuz, pengabaian nafkah zahir dan batin.

Islam membenarkan pengasingan sementara jika ia adalah jalan terbaik untuk meredakan keadaan dan melindungi mana-mana pihak daripada kemudaratan lebih besar. Apabila seseorang lelaki bersumpah untuk menjauhkan diri daripada isterinya, al-Quran menjelaskan bahawa mereka perlu diberi tempoh untuk bertenang dan dapat berfikir semula secara waras.

Firman Allah bermaksud: "Kepada orang yang bersumpah tidak akan mencampuri isteri mereka diberikan tempoh empat bulan. Setelah itu jika mereka kembali (mencampurinya), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengetahui." (Surah al-Baqarah, ayat 226)

Bukan tiada caranya untuk menangani konflik rumah tangga, tetapi jika tidak kembali kepada ajaran-Nya, tentulah masalah menjadi semakin runcing, suami mesti sentiasa menjadi pemimpin, isteri setia dibimbing, anak pula jangan dikesamping.

Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)

Rabu, Mei 27, 2009

CINTA DUNIA

http://www.iluvislam.com/
karya: Salma Ahsanan Yunus
Editor: deynarashid


Cinta dunia ini..
Betapa mempesonanya dunia ini dengan tamiznya,
Seringkali ku tergoda dengan alwaninya yang sementara,
Lantas membuatkanku sering terleka akan Ya Mushawwir.

Cinta dunia ini..
Betapa nikmatnya hidup penuh kesenangan,
Seringkaliku mengejar mencari alaa’ duniawi tak berkesudahan,
Lantas melalaikan ubaidah syukurku kepada Pemberi nikmatku.

Cinta dunia ini..
Betapa ku asyik dibuai cinta duniawi,
Seringkaliku tertewas akan kasih insani yang penuh janji,
Lantas aku lupa akan kasih mauhibah ar-Rahmanku,

Cinta dunia ini,
Betapa manisnya hidup di dunia ini penuh sa’diah,
Seringkaliku terdeperdaya mengikut syaitan yang beraja di hati,
Lantas aku terlupa akan azab akhirat ciptaan Ya Muntaqim.

Ya Baaqy..
Hanya kepada-Mu jua cinta abadi,
Kini aku mengerti tiada sudahnya dunia yang ku cari,
Syaitan sentiasa menggodaku sedangkan imanlah penyelamat hakiki.

Ya Raqibb..
Jangan biarkan aku tanpa pimpinan-Mu,
Lindungilah aku daripada syaitan dan nafsu,
Musuh utamaku yang tersembunyi dalam hidup penuh berliku.

Ya Ghafuur..
Ampunilah kelekaan dan dosa-dosaku,
Ku tahu dosaku tidak melayakkan aku ke Jannah-Mu,
Namun aku tidak berdaya menahan seksa Jahim-Mu.

Ya Haadiy..
Kurniakan aku hidayah,
Agar dikuatkan imanku yg sentiasa lemah,
Moga ku dapat merasai nikmat kemanisan iman..

Ya ALLAH..
Hasbiyaalllah, cukuplah hanya Engkau cintaku,
Ku takut untuk menyintai dunia ini,
Kerana ku tahu cinta dunia ini membuatkanku jauh dari rahmat-Mu.


“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi “ (QS. Ali Imran:8)

Jawablah! 'Berani dia semuka saya?'

Oleh Farihad Shalla Mahmudfarihad@bharian.com.my
Berita Harian, HIP
27 Mei 2009

Waheeda pinta sarang tebuan jangan dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, sesuatu yang buruk akan berlaku DRAMA yang tercetus antara penyanyi Waheeda, pengacara dan penceramah bebas, Ustaz Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal kini sudah sampai ke kemuncaknya apabila wanita itu mendedahkan skandal suaminya dengan Waheeda menerusi akhbar, Harian Metro, kelmarin.

Dalam laporan yang disiarkan di muka depan akhbar harian itu, Maizawati berkata Akhil pernah membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan penyanyi yang terkenal dengan lagu Wassini itu serta kesanggupannya menerima penyanyi itu sebagai madu walaupun sebelum ini kedua mereka sering menafikan yang mereka tidak mempunyai hubungan selain terikat soal kerja.

Ekoran kenyataan berbentuk luahan rasa itu, nama Waheeda dan Akhil kembali panas dan menjadi buruan media yang inginkan komen balas daripada mereka.Namun, usaha itu terbantut apabila kedua-duanya seperti bersepakat untuk tidak mahu mahu mengangkat telefon atau membalas SMS.

Puas berusaha, doa akhirnya dijawab tuhan apabila Waheeda sudi mengangkat panggilan sekali gus berkongsi perasaan mengenai luahan isteri Akhil serta mengulas beberapa kenyataan yang disifatkan penyanyi itu sebagai tidak benar serta mengelirukan.

Tanpa ada perasaan terkilan atau kecewa, Waheeda berkata dia sabar serta redha menerima segala-galanya. Cuma pinta gadis ini, sarang tebuan janganlah dijolok kerana dia bimbang andai kesabarannya hilang, pasti sesuatu yang buruk akan berlaku dan itulah yang cuba dielakkannya demi menjaga hati banyak pihak.

Hip: Waheeda sudah baca kenyataan yang dikeluarkan isteri Akhil dan apa reaksi Waheeda mengenainya?
Waheeda: Saya tak baca, tapi kawan saya yang bacakan untuk saya. Bagi saya, biarlah dia hendak kata apapun kerana dia sendiri yang menjadi membuka mulut untuk bercerita perkara ini kepada media. Kalau diikutkan, saya sendiri sebenarnya malas hendak mengulas perkara ini kerana kalau saya nafikan pun tuduhannya, pasti orang akan anggap saya yang salah. Dalam pada menafikan itu, ada juga yang mengatakan kami sudah berkahwin. Jadi lantaklah kalau dia hendak kata apa pun.

Hip: Tapi kalau Waheeda enggan memberikan sebarang komen, mungkin orang akan menganggap yang Waheeda memang menjadi penyebab keretakan rumah tangga Akhil dan Maizawati?
Waheeda: Terpulang orang hendak kata apa pada saya. Saya tak kisah jika dikatakan perampas atau menjadi punca perceraian mereka. Lagipun saya sudah lali dengan tohmahan orang. Saya juga bersyukur kerana keluarga saya amat memahami keadaan saya dan tahu saya berada di pihak yang benar. Cuma saya harap jangan sampai kesabaran saya hilang kerana jika itu berlaku bimbang pula dia akan malu untuk keluar rumah.

Hip: Apakah yang Waheeda mahu lakukan?
Waheeda: Saya mahu tengok sejauh mana dia berani bertindak. Saya bagi dia peluang. Tapi nanti kalau saya hilang sabar, saya akan dedahkan segala-galanya. Tunggulah.

Hip: Dalam luahannya itu, dia ada mengatakan yang dia sanggup untuk bermadu cuma Waheeda saja yang tidak boleh menerimanya. Benarkah apa yang dikatakannya itu?
Waheeda: Itu semua tidak benar. Kalau kita baca kembali apa yang dikatakannya itu, itu semua adalah andaian dia semata-mata. Sebenarnya soalan itu tidak sepatutnya ditanyakan pada saya, tanyalah pada orang yang rapat dengannya.

Hip: Untuk kesekian kalinya, apakah Waheeda sudah berkahwin dengan Akhill seperti yang didakwa? Dan kalau perceraiannya sah apakah Waheeda sanggup berkahwin dengan Akhil?
Waheeda: Saya tidak berkahwin dengannya. Tapi pada masa akan datang, saya tidak berani untuk berkata apa-apa. Soal jodoh semuanya adalah ketentuan Tuhan. Namun, pada saat sukar seperti ini, takkanlah saya hendak bertanyakan Akhil soal kahwin. Biarlah dia selesaikan dulu masalah rumah tangganya dan saya tidak mahu masuk campur dalam soal itu.

Hip: Waheeda ada tak bertanyakan pada Akhil mengenai masalah rumah tangganya itu? Waheeda: Tidak, kerana itu bukan urusan saya. Biarlah dia selesaikannya sendiri tanpa ada campur tangan sesiapa.

Hip: Apakah Akhil ada berbincang apa-apa dengan Waheeda di atas apa yang berlaku dan bagaimana reaksinya menghadapi situasi ini?
Waheeda: Saya akui cukup kagum dengan cara Akhil menghadapi situasi ini. Dia juga menyuruh saya bertenang dan tidak terlalu memikirkan sangat soal itu.Saya sendiri kagum melihat ketabahannya kerana walaupun terpaksa berdepan dengan masalah rumah tangga, dia masih lagi mampu bekerja. Macam sekarang ini pun dia sibuk di studio untuk merakamkan album terbaru.

Hip:Waheeda tak mahu bersemuka dengan isteri Akhil bagi meleraikan kekusutan yang berlaku?
Waheeda: Untuk apa? Saya rasa tak perlu kerana biarlah dia dengan dunianya. Lagipun masalah itu timbul antara dia dengan suaminya.Dan kalau ia benar berlaku, beranikah dia untuk bersemuka dengan saya?

Rasa teraniaya

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
Berina Harian, HIP
27 Mei 2009

Maizawati akui Akhil Hayy suami yang romantik dan bapa penyayang "WALAUPUN tidak menyalahkan sepenuhnya, saya berasakan Waheeda patut juga berasa bertanggungjawab dalam hal ini. Perkara ini tidak akan berlaku jika lelaki tidak digoda. Kalau lelaki itu yang memulakan, sebagai wanita, dia ada hak untuk menolaknya, tambahan pula dia tahu lelaki itu suami orang.

“Tindakannya ke hulu ke hilir bersama-sama suami orang adalah kurang manis. Kehidupan saya, anak-anak dan ustaz teraniaya sejak kehadirannya dalam hidup kami.

“Sebelum ini, rumah tangga kami bahagia, tidak pernah timbul sebarang masalah. Ustaz juga seorang suami yang romantik dan bapa penyayang, tetapi jadi masalah apabila ustaz bertemu dengan dia (Waheeda),” demikian luahan isteri Akhil Hayy, Maizawati Zainal ketika dibawa berkunjung ke Balai Berita, Isnin lalu.

Hadir berjubah rona biru tua dengan raut wajah yang agak tenang menghadapi masalah itu, ibu kepada enam cahaya mata ini juga dilihat sangat tabah. Tiada setitik air mata pun tumpah kerana mungkin dirasakan sudah terlalu banyak air matanya dibazirkan sepanjang dua tahun memendam rasa. Bagaimanapun, Maizawati menegaskan, dia tidak mahu luahan hatinya disalahertikan sebagai hendak menagih simpati daripada mana-mana pihak.

Katanya, dia sekadar hendak bersuara dengan apa yang terbuku dalam hatinya kerana tidak tahan lagi dengan sikap suaminya yang terus berdiam diri. Malahan sehingga perkara ini didedahkan kepada pengetahuan umum, Akhil masih tidak menghubunginya.

“Saya bukan hendak seronok-seronok membuat tuntutan cerai. Saya pun tahu perkara itu dibenci Allah. Saya bukannya tidak pernah bersabar. Tapi sudah bersabar selama dua tahun.

“Dalam tempoh itu, saya banyak mengkaji baik dan buruknya tindakan ini. Saya lakukan semuanya ini kerana tidak mahu membiarkan perkara tidak elok berterusan.

“Saya bukanlah minta apa-apa. Saya tidak minta lebih, saya cuma minta dia lepaskan saya. Saya anggap sudah tiada jodoh antara kami. Jika dia sudah tidak sudi lagi dengan saya, jangan simpan macam ini, supaya senang saya buat haluan sendiri dan meneruskan kehidupan bersama anak-anak.

“Saya percaya tidak ramai wanita yang boleh bersabar apabila suami pergi tanpa khabar berita. Sikap ustaz dulu tidak seperti ini. Ke mana dia pergi, dia pasti menghubungi saya. Kalau tak sempat sekalipun, paling tidak dia hantar SMS,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut perubahan sikap suaminya, Maizawati berkata, ia bermula sejak dipertemukan dengan Waheeda menerusi sebuah program TV kira-kira dua tahun lalu.

“Dia mula jarang balik rumah dengan alasan kerja. Saya menghormati alasan itu dan memberi kepercayaan sepenuh hati, tanpa rasa sebarang curiga.

“Lama -kelamaan, saya dapati sikapnya semakin berubah. Jarang telefon kami dan bertanya khabar kami anak beranak. Kadang-kadang saya menghubunginya tetapi jarang berjawab.

Tahun ini dia pulang ke rumah hanya tiga hari, itu pun tidak lebih lima jam,” jelas Maizawati yang mengaku agak kecewa dengan perubahan sikap suaminya. Lebih mengecewakan lagi, katanya, apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai masa menonton wayang dan bersantai di tepi pantai bersama wanita lain sedangkan sering mengatakan tiada masa langsung untuk bersama isteri dan anak-anak atas alasan sibuk dengan kerja.

“Sebagai isteri, saya berhak untuk dikasihani, disayangi dan dibelai oleh lelaki bergelar suami.

Tapi ustaz sering beri alasan sibuk dengan kerja, sedangkan dalam tempoh itu dia boleh luangkan masa bersama Waheeda, bukan dengan keluarganya sendiri.

“Saya pening sebenarnya. Kenapa ustaz takut sangat nak mengaku kalau betul mereka sudah berkahwin. Adakah dia bimbang nanti saya minta supaya berlaku adil menyebabkan dia tidak berani mendedahkan statusnya?” katanya sambil menyatakan rasa kasihan melihat keadaan anak-anak yang merindui kepulangan bapa tersayang.

Failkan perceraian pada 2 Jun

MAIZAWATI berkata, hatinya sudah tawar untuk menerima kembali suami selepas mengambil keputusan untuk memfailkan tuntutan cerai di Mahkamah Syariah pada 2 Jun depan. Katanya, sebenarnya dia sudah mula bertindak memfailkan tuntutan cerai pada awal bulan lalu, tetapi membuat keputusan untuk menarik balik kerana berasakan tidak mahu mengaibkan suaminya.

Dia berharap dengan tindakan menarik balik tuntutan itu, Akhil Hayy dapat balik ke Ipoh, Perak untuk membincangkan masalah rumah tangga mereka. Maizawati menjelaskan, dia akhirnya membuat keputusan nekad untuk bercerai selepas suaminya tetap tidak muncul walaupun diminta untuk balik ke rumah.

“Hati saya sudah tawar untuk menerimanya semula. Bagi saya sudah terlambat untuk memulihkan hubungan ini,” katanya.

Jangan lupakan anak-anak

MAIZAWATI mengaku, dia tidak percaya suaminya sudah berkahwin dengan Waheeda kecuali ada pihak yang membuktikan sebaliknya. “Kalau betul ustaz sudah berkahwin, kenapa hendak disorokkan. Tetapi setakat ini saya percaya mereka belum berkahwin. Selagi tiada bukti ustaz sudah berkahwin lagi, saya tidak akan mempercayainya (suaminya sudah berkahwin lagi). Tetapi kalau mereka sudah berkahwin, saya doakan mereka bahagia.

“Cuma saya hanya minta ustaz dapat menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa seperti biasa,” katanya.

Menurutnya, apa pilihan yang dia ada kalau suaminya benar-benar mahu mengahwini Waheeda tetapi paling penting ialah tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada anak-anak.

“Saya boleh terima kalau betul ustaz mahu berkahwin lagi, malahan saya sudah memberikan keizinan kepadanya ketika dia balik ke rumah pada awal tahun ini.

“Pada waktu itu juga, ustaz mengaku mahu memperisterikan Waheeda, tetapi sampai sekarang saya tidak tahu apakah kesudahannya hubungan mereka. Kalau dia mahukan suami saya, ‘minta’ cara baik.

“Saya berusaha untuk memahaminya kalau dia kata mereka tidak boleh berenggang. Cuma satu saja harapan saya kepada ustaz iaitu jangan lupakan anak-anak,” katanya.

Suami curang, isteri enggan bermadu

Oleh Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my
27 Mei 2009

KUALA LUMPUR: Tiada persefahaman, suami curang atau isteri enggan dimadukan serta campur tangan mentua dan ipar duai adalah antara punca utama menyebabkan pasangan suami isteri di negara ini bercerai.

Berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2004, 42.3 peratus kes perceraian berlaku disebabkan tiada persefahaman, curang atau enggan dimadukan (12 peratus), tidak bertanggungjawab (11.5 peratus) dan campur tangan mentua atau ipar duai (8.8 peratus).

Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata punca lain disebabkan ketagih dadah atau alkohol (7.1 peratus), masalah kewangan (1.6 peratus), terbabit jenayah, judi dan masalah kesihatan (1.1 peratus), didera (0.5 peratus) dan faktor lain (12.6 peratus).

Perceraian disebabkan tiada persefahaman kebanyakannya membabitkan pasangan Cina, iaitu 45.8 peratus, diikuti Melayu (44.9 peratus) dan India (20 peratus).

"Punca perceraian pasangan India paling tinggi disebabkan campur tangan mentua dan ipar duai, iaitu sebanyak 30 peratus, Melayu (7.4 peratus), manakala Cina tiada kes," katanya dalam kertas kerja mengenai Profil Keluarga Di Malaysia dan Kesannya Kepada Masyarakat pada Seminar Keluarga Mendepani Cabaran Semasa di sini, semalam.

Aminah berkata, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia keempat juga menunjukkan perceraian wanita Melayu dan Bumiputera lebih cenderung kepada kelompok berusia bawah 25 tahun serta pasangan berumur 40 tahun ke atas.

"Berbeza dengan tanggapan masyarakat bahawa institusi keluarga begitu rapuh dan perceraian kini berleluasa, sebenarnya data menunjukkan bahawa perceraian berlaku di kalangan segelintir penduduk (0.7 peratus) berdasarkan bancian tahun 2000," katanya.

Beliau berkata, pembangunan sosio-ekonomi turut memperlihatkan mereka yang berumur 20-30 tahun dan tidak pernah berkahwin terus meningkat di antara 1991-2000, iaitu daripada 43.2 kepada 48.1 peratus. Di kalangan wanita berumur 20-24 tahun pula, 68.5 peratus masih belum berkahwin pada tahun 2000 berbanding 60.2 peratus pada 1991 dan 51.3 peratus pada 1980.

Aminah berkata, kajian juga menunjukkan kadar minimum perkahwinan pertama lelaki meningkat daripada 28.2 tahun pada 1991 kepada 28.6 tahun pada 2000.

Katanya, umur perkahwinan pertama untuk wanita meningkat daripada 24.7 tahun kepada 25.1 tahun.

Selasa, Mei 26, 2009

Affirmations

I do the best and only thing I can do at all times.
I am wonderful and worthwhile just as I am.
It is OK for me to be weak sometimes.
I am as important and worthwhile as anyone else.
I feel warm and loving toward myself.
No one is more or less valuable or worthwhile than I am.
I refuse to call myself derogatory names.
I accept the facts about myself; they are neither bad nor good; they just are.
I refuse to accept blame, either from myself or others.
I love and appreciate myself just as I am.
I accept my feelings as part of myself.
It is OK to have the feelings I do.
My worth as a person is unrelated to anything about me.
I am whole and complete just as I am.

~~ Beauty of a Woman ~~

The beauty of a woman is not in the clothes she wears,
The figure she carries, or the way she combs her hair,
The beauty of a woman must be seen from her eyes,
Because that is the doorway to her heart,
The place where love resides.
The beauty of a woman is not in a facial mole,
But true beauty in a woman is reflected in her soul.
It is the caring that she lovingly gives,
The passion that she shows.
The beauty of a woman,
With time, only grows..

The Images of A Mom

4 YEARS OF AGE Y My Mommy can do anything!
8 YEARS OF AGE Y My Mom knows a lot! A whole lot!
12 YEARS OF AGE Y My Mother doesn't really know quite everything.
14 YEARS OF AGE Y Naturally, Mother doesn't know that, either!
16 YEARS OF AGE Y Mother? She's hopelessly old-fashioned.
18 YEARS OF AGE Y That old woman? She's way out of date!
25 YEARS OF AGE Y Well, she might know a little bit about it.
35 YEARS OF AGE Y Before we decide, let's get Mom's opinion.
45 YEARS OF AGE Y Wonder what Mom would have thought about it?
65 YEARS OF AGE Y Wish I could talk it over with Mom.

Isnin, Mei 25, 2009

Suami jual tubuh isteri

Oleh MEGAT LUTFI MEGAT IBRAHIMlutfi.abdulrahim@kosmo.com.my
Murni pernah menjadi pelacur, mengedar dan menagih dadah, ahli kumpulan kongsi gelap dan orang tengah membawa PATI ke negara ini sehingga dia digelar mayat tidak berguna.



BENTUK badan Murni masih menarik walaupun sudah berumur 51 tahun. Namun penghuni pusat pemulihan masalah sosial, Rumah Sinar Salam di Chow Kit, Kuala Lumpur ini belum dapat melupakan kenangan zaman gelapnya dahulu yang penuh dengan dosa dan noda.

Dia pernah menjadi pelacur, penagih dan pengedar dadah malah ahli kumpulan kongsi gelap. Dia juga menjadi orang tengah membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini dengan bayaran RM5,000 untuk setiap PATI.

Kedegilan sejak kecil menjadi punca dia terjebak dengan semua kegiatan tidak bermoral itu.
“Saya nakal dan degil sejak kecil lagi. Mungkin disebabkan itu, ibu tidak pernah mempedulikan saya kecuali bapa. Malah saya tidak mahir menulis dan membaca kerana tidak bersekolah sehingga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kini. Tetapi tidak mengapalah, rezeki di mana-mana,” katanya yang bekerja sebagai pencuci di sebuah pusat beli-belah.

Dia yang berasal dari Negeri Sembilan berkahwin pada usia 17 tahun namun hanya sempat melayari kehidupan berumah tangga selama dua tahun kerana tidak disukai keluarga mertua.

Murni mempunyai seorang anak lelaki hasil daripada perkahwinan pertama.

Pernikahan kedua menjadi neraka baginya. Disebabkan kecewa mahligai perkahwinan yang dibina runtuh lagi, Murni mengambil keputusan berhijrah ke Klang, Selangor dan menampung kehidupan seharian bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makanan.

Di situ, dia berkenalan dengan Razali dan terus mengambil keputusan berkahwin walaupun perkenalan mereka tidak sampai sebulan.

“Razali cukup pandai mengambil hati. Dia perwatakan menarik dan pandai menggoda menyebabkan saya terpikat hingga saya berkahwin dengannya.

“Mulanya, Razali seorang yang baik dan penyayang tetapi satu hari dia meminta saya berhenti kerja sebagai pembantu kedai dan beralih kepada pekerjaan yang lebih lumayan pendapatannya.

“Saya dibawa ke sebuah hotel dan diminta melacur. Tentunya saya enggan tetapi dipaksa melakukannya. Jika enggan teruk dipukul dan ditampar. Sejak itu bermulalah kehidupan saya sebagai pelacur.

“Dia juga mengajar saya minum arak dan menghisap dadah. Bayangkan saya dipaksa melacur ketika sedang sarat mengandung empat bulan. Ada pelanggan baik hati tidak melakukannya kerana kasihan tetapi kebanyakannya cukup kejam,” katanya sambil air matanya membasah pipinya.

Lari ke Johor

“Saya tidak tahan kerana terus diperlakukan sedemikian. Malah telah merata Semenanjung Malaysia ini saya pergi untuk melacur. Jika ingin lari, tapak kaki akan singgah di pipi ini.

“Malah dalam sehari saya pernah dilanggan 10 orang pelanggan. Tidak tahan saya memohon bantuan daripada seorang polis untuk lari ke Johor.

“Saya disembunyikan di sebuah rumah India sebelum menaiki kereta api ke Johor. Nasib baik terlepas, jika tidak saya mungkin telah dibunuh oleh suami,” ujarnya.

Tetapi kerana kebiasaan dan mudah mendapatkan wang menyebabkan Murni kembali terlibat dengan perbuatan tidak bermoral itu.

“Mulanya saya kembali bekerja di kedai makan tetapi berapa sangatlah pendapatan yang diperoleh. Saya kembali menjadi pelacur. Perwatakan juga berubah menjadi seorang tomboi.

“Keluarga sendiri tidak peduli. Malah saya bergerak lebih jauh lagi dengan mengedar dan menghisap dadah, menjadi ahli kongsi gelap serta orang tengah membawa PATI ke negara ini.

“Bukan sukar, kenalan kita ramai. Dengan perbualan telefon dan kita tentukan masa semua boleh jalan. Lumayan, seorang PATI boleh dapat RM5,000.

“Saya juga tidak pernah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana tiada bukti. Tetapi menggelar saya mayat hidup kerana tidak berguna dan sering mendatangkan masalah,” ujar Murni.
Murni cuba untuk berubah namun beliau sering tersilap langkah memilih suami untuk kembali kepada jalan yang benar.

“Setelah sekian lama terlibat dengan noda dan dosa saya ingin kembali insaf. Saya menerima pelawaan seorang pemandu teksi untuk menjadi isterinya.

“Namun saya sangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Suami ketiga baik dan alim tetapi terlalu cemburu. Saya tidak dibenarkan bersembang sekali pun dengan jiran.
“Saya terkurung di rumah. Sekadar memandang lelaki pun saya akan teruk dibelasah. Malah saya pernah dipukul di sebuah kedai makan kerana sifat cemburunya itu,” katanya kesal.

Kahwin dan cerai ekspres

“Kemudian saya bercerai dengannya. Tidak lama selepas itu saya kahwin lagi dengan rakan sekampung. Tetapi dia sangat pemalas dan tidak mahu bekerja.

“Saya menampung makan dan minum, dua kotak rokoknya sehari dan anak-anak. Kalau tidak dapat, makian dan sepak terajang diterima.

“Menghilangkan bosan, saya pergi seorang ke kedai arak dan minum sepuasnya. Saya juga mula mengedar pil khayal di kelab. Ini semua kerana lelaki tidak berguna itu sehingga saya meminta cerai,” katanya.

Namun semuanya berubah selepas dia menemui seorang pekerja keselamatan yang benar-benar ikhlas di Chow Kit sendiri.

“Malah dia membenarkan saya tinggal di rumahnya dan memberi wang belanja seharian cuma saya tidak berkahwin dengannya.

“Dia sering menasihati saya supaya berubah dan meninggalkan kegiatan lama, serta meminta saya solat dan banyak ke surau untuk menambah ilmu pengetahuan agama.

“Memang sukar untuk berubah tetapi saya perlu tekad. Apa gunanya saya menjadi pelacur selamanya kerana impian diri ini ingin hidup normal seperti insan lain,” katanya yakin.

Isteri, ibu dan pekerja


Wanita bekerjaya perlu pandai menyeimbangkan masa antara kerjaya dan keluarga.
WANITA dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Bagi Puan Sri Maimon Arif Patail yang mempunyai kerjaya hebat, beliau menolak kenyataan bahawa wanita kerjaya seringkali mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
"Sejauh mana bebanan kerja yang ditanggung, ia bukanlah penghalang untuk seseorang wanita kerjaya terlepas daripada tanggungjawab menjaga keluarga dan anak-anaknya," katanya
Beliau kini menyandang jawatan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Malaysian Mosaic Berhad (MML). Menurutnya, berdasarkan peratusan pelajar perempuan di institusi pengajian tinggi hari ini yang lebih ramai daripada lelaki, wanita pada masa depan sukar untuk bergelar ibu sepenuh masa. Katanya, sebalik tamat pengajian, pastinya graduan wanita tersebut akan menceburi kerjaya pilihan.
"Dalam keadaan ekonomi sekarang, tentulah susah bagi wanita untuk meninggalkan kerjaya bagi menjadi seorang ibu sepenuh masa. Sekiranya saya berani menjadi ibu sepenuh masa, saya akan lakukannya. Tetapi saya tidak berbuat demikian.
"Sebagai seorang ibu kepada dua orang cahaya mata, saya telah diajar untuk menjadi seorang wanita bekerjaya. Bagi saya, kerjaya tidak menjadi masalah kepada saya dan keluarga," katanya.
Katanya, apa yang beliau harapkan ialah setiap wanita yang bergelar ibu seharusnya belajar untuk berfikir dan memahami perasaan seseorang terutama anak-anak dan suami.
"Walau sibuk mana sekalipun, tanggungjawab yang harus dipikul semestinya diberi keutamaan dan dilaksanakan dengan jaya," ujarnya spontan.
Bergelar wanita berpengaruh mungkin boleh menggugat kualiti masanya bersama anak-anak.
"Mengulas soal itu, Maimon berkata, dalam mengendalikan hal melibatkan rumah tangga, beliau sentiasa percaya masa berkualiti penting dalam mengurus anak-anak dan suami.
"Sungguhpun hampir setiap hari bekerja saya pulang lewat, saya tetap berusaha untuk dapat menikmati makan malam bersama keluarga di rumah.
"Jika sempat, saya sendiri akan menyediakan hidangan makan malam tetapi jika sebaliknya, saya akan membelinya di kedai. Apa yang penting, kami sama-sama berpeluang menikmati hidangan malam sambil berkongsi berita yang berlaku pada waktu siang.
"Cara ini penting untuk merapatkan hubungan ahli keluarga selain saya dapat menunaikan tanggungjawab yang dituntut oleh keluarga.
"Tetapi hari Sabtu dan Ahad adalah hari memasak untuk saya. Kami akan meluangkan masa bersama di rumah sambil bergurau-senda," tambahnya.
Bagi Maimon, seorang wanita yang berjaya jika hendak terus berjaya mestilah berusaha dari rumah.
"Kejayaan yang dicapai mestilah seimbang di antara karier dan keluarga," katanya ketika menjawab persoalan mengenai kualiti masa yang diberikan kepada keluarganya.
Dalam menjalani kehidupan yang penuh cabaran, Maimon berkata, ibu bapa sewajarnya mendidik anak-anak sejak kecil tentang pengurusan masa dan wang saku, membuat keputusan yang tepat dan penjagaan diri yang bijak sekiranya ibu bapa tiada di rumah.
"Nilai-nilai didikan yang sempurna bermula dari rumah. Ibu bapa seharusnya memberi kata-kata perangsang kepada anak-anak termasuk membuatkan mereka faham tentang kesibukan kerjaya yang dipikul oleh ibu bapa.
"Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati anak-anak apabila ibu bapa kerap tiada di rumah kerana urusan kerja.
"Walaupun mempunyai pembantu rumah, ibu bapa tidak boleh melepaskan tanggungjawab 100 peratus kepada mereka," ujarnya panjang lebar.
Dalam kesibukan melunaskan tanggungjawab kerjaya pada setiap hari, adakah beliau masih menitikberatkan hal pemakanan anak-anak?
"Semuanya bergantung kepada keadaan memandangkan anak-anak saya sudah meningkat remaja.
"Namun begitu, ibu bapa perlu memahami cara pemilihan makanan anak-anak agar setiap pemakanan yang diambil dapat membantu meningkatkan daya ketahanan badan sekali gus mengembangkan daya kognitif mereka," katanya.

Kemurungan selepas keguguran

SOALAN

DOKTOR,

Assalamu-alaikum. Saya ingin tahu mengenai keguguran dan penyakit gila meroyan. Adakah penyakit ini boleh menimpa orang yang mengalami keguguran kerana saya pernah terbaca ia menimpa kepada ibu yang melahirkan anak kali pertama.

Saya pernah mengalami keguguran semasa kandungan berusia lapan minggu. Selepas itu saya sering menyalahkan suami kerana kejadian ini. Suami juga selalu keluar dan out station menyebabkan saya tertekan. Saya menjadi pemarah dan pernah terfikir untuk membunuh diri.

Adakah ini dikatakan gila meroyan? Saya sendiri kadang-kala tidak mampu untuk mengawal diri sedangkan kejadian ini sudah berlaku lima bulan lalu. Apa yang perlu saya lakukan?
*Wati, Johor Bharu, Johor.

Jawapan,

Penyakit gila meroyan biasanya terjadi kepada wanita selepas melahirkan anak. Biasanya wanita ini merasa sedih secara keterlaluan, tidak dapat makan dan tidur seperti biasa, tidak suka bergaul dengan orang lain dan dalam kes yang serius mungkin berniat untuk bunuh diri.

Apa yang puan alami adalah kemurungan (depression) selepas mengalami keguguran. Pertama sekali, puan perlu faham yang keguguran boleh terjadi kepada sesiapa pun.
Sebab utama terjadi keguguran adalah disebabkan janin yang terbentuk itu tidak normal (keabnormalan genetik).

Anda tidak patut menyalahkan suami ataupun diri sendiri atas kejadian keguguran ini. Kebanyakan wanita dapat melahirkan anak selepas sekali keguguran.

Manakala kalau terjadi keguguran berulangkali, iaitu tiga kali atau lebih, maka sebab-sebab lain seperti penyakit kencing manis, masalah hormon atau SLE perlu disiasat.

Saya galakkan puan lupakan keguguran yang terjadi, cuba mengandung lagi dan mengambil langkah-langkah seperti makan asid folik dari awal dan berjumpa doktor lebih awal untuk mendapatkan nasihat yang sewajarnya.

HANTARKAN soalan-soalan anda kepada Tanya Dr. Pakar, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (M) Bhd., 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, 55200 Kuala Lumpur; e-mel: kesihatan@utusan.com.my atau faks 03-92213752.

Adab berjimak

Soalan:
Apakah pandangan Islam, mengenai hak seorang isteri ke atas suaminya. Ada di antara suami yang gagal menunaikan hak isterinya khususnya dalam menunaikan jimak, dengan alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti di luar.

Jawapan:

Jimak adalah hak seorang isteri yang wajib ke atas suaminya merupakan pandangan Ibn Qudamah al-hanbaliy, al-Wat’u, wajib atas seorang lelaki. Maksudnya, wajib ke atas seorang suami ‘mendampingi’ isterinya sekiranya dia tidak uzur, ini pandangan Imam Malik.

Dalil yang mewajibkan jimak ialah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa’: 129).

Berdasarkan ayat ini Imam al-Jashsas berkata, si isteri wajib mendapatkan nafkah batin daripada suaminya. Ini kerana ayat di atas adalah menjadi dalil bahawa jangan tinggalkan isteri-isteri kamu dalam keadaan tergantung (tidak menunaikan hak jimak ke atas mereka).

Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash yang bermaksud: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai Abdullah bukankah aku telah memberitahu engkau bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersolat malam (secara berterusan)? Aku menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jangan buat begitu, puasalah engkau dan berbuka, bangun malam untuk solat dan tidur, sesungguhnya jasad engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya mata engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya isteri engkau mempunyai hak ke atas engkau.

Dalam mensyarahkan hadis ini ulama berpendapat: Tidak harus bagi seorang suami hanya mementingkan ibadat sehingga lalai dari menunaikan hak seorang isteri.

Di dalam syariat Islam nikah adalah untuk memelihara kemaslahatan suami dan isteri demi memelihara maruah diri supaya tidak melakukan suatu yang ditegah oleh Allah sehingga melangsaikan keinginan nafsu pada jalan yang haram.

Di dalam athar sahabah, Umar bin al-Khattab r.a telah memutuskan keputusan di dalam qada ke atas Kaab bin Siwar supaya seorang lelaki hendaklah bermalam bersama isterinya setiap empat malam sekali.

Dalam memperhalusi fatwa Umar ini Ibn Qudamah menyatakan: “Sesungguhnya keputusan Umar ini tersebar dan tiada yang membantahnya dan ia dipersetujui oleh ulama (ijmak). (Ibn Qudamah, al-Mughniy, jld:7, hlm: 29).

Maka bagi suami yang bersama dengan isterinya bukan dalam musafir, maka hendaklah menunaikan hak isterinya paling tidak empat hari sekali. Pandangan ini disokong oleh Imam al-Ghazali.

Di dalam menunaikan hak nafsu pada jalan yang halal ini, Islam telah mengajar umatnya supaya memelihara adab-adab berjimak supaya tidak melampaui batasan syarak.

Di antaranya ialah:

1- Melafazkan bismillah, dan mohon perlindungan dari kerterlibatan syaitan dalam jimak.

Telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: “Sekiranya ada di antara kalian yang ingin mendatangi isterinya (jimak) hendak membaca: Bismillah, Allahumma jannibna al-Syaitan wa jannib al-syaitan maa razaqtana, sekiranya mereka berdua dikurniakan anak maka anak itu tidak akan dimudaratkan oleh syaitan”. (al-Bukhari, Syarah al-‘Asqalaniy, jld:9, hlm: 305).

2. Hampir tidak dipelihara ialah menutup tubuh ketika mengadakan hubungan kelamin.

Baginda Rasulullah SAW ada berpesan, melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: “Apabila salah seorang di antara kamu ingin mendatangi isterinya maka hendaklah menutup dan jangan telanjang bulat seperti keldai liar”. (Ibn Majah, jld: 1, hlm: 619).

3. Tidak menyetubuhi isteri di sisi isteri yang lain atau didengari oleh isteri yang lain.

4. Tidak menghadap kiblat, antara adab yang jarang didedahkan ialah tidak menghadap kiblat ketika jimak.

Ini kerana Amru bin Hazam dan athar menghukum perbuatan menghadap kiblat ketika jimak dan bercakap banyak ketika jimak sebagai makruh.

Perkara ini pernah ditegur oleh Rasulullah saw dalam hadis yang bermaksud: “Jangan kamu banyak berbicara ketika berjimak dengan isteri-isteri kamu”. (al-Mughniy, jld:7, hlm: 25).

5. Mencapai kepuasan dalam jimak. Tidak dikira sempurna jimak itu selagi tidak mencapai kepuasan oleh pasangan suami dan isteri.

Kesimpulannya, walaupun jimak adalah ibadat, dalam melakukan ibadat kita mengharapkan agar ia membawa maksud yang positif kepada si pengamalnya.

Justeru, adalah wajar bagi setiap pasangan memelihara adab dan menjaga batasan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan kehendak nafsu sehingga melakukan suatu yang bukan dari budaya Islam.