#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Jumaat, Julai 31, 2009

Famili sisih, suami buang

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan
rosmaliana@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Sudahlah disisih keluarga sejak 22 tahun lalu kerana memeluk Islam tanpa restu, kini hidup seorang wanita yang juga anak kepada bekas penjaga gol bola sepak kebangsaan, bagai jatuh ditimpa tangga apabila digantung tidak bertali oleh suaminya.

Perbuatan tidak bertanggungjawab suami yang diharapkan menjadi pembimbing dan pelindung selepas wanita berkenaan memeluk Islam itu, sekali gus menghancurkan ‘mahligai’ yang mereka bina sejak 18 tahun lalu.

Wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aisyah, 40-an, menyifatkan kehidupannya kini seperti pelarian yang memaksa dia menghilangkan diri bersama enam anak berusia sembilan hingga 15 tahun.

Ini semata-mata bagi mengelak diburu ahli keluarganya yang sememangnya tidak pernah merestui rumah tangga dibinanya dengan seorang lelaki Islam.

Aisyah yang memeluk Islam ketika berusia 21 tahun sebelum bernikah empat tahun kemudian berkata, suaminya menghilangkan diri ketika anak bongsu mereka masih dalam kandungan. Kanak-kanak itu kini berusia sembilan tahun.

Menurutnya, walaupun harapan menggunung didambakan terhadap suami untuk menjadi pembimbing dan pelindung dalam kehidupan baru, namun ia hanya tinggal harapan apabila ditinggalkan begitu saja tanpa diceraikan.

Bagi menyara anak yang semuanya masih bersekolah, Aisyah yang bertekad tidak akan meninggalkan Islam biar apapun terjadi berkata, dia terpaksa menagih simpati melakukan kerja dari rumah ke rumah selain membuat kuih di sebuah restoran di ibu kota.

Mengimbau kejadian selepas memeluk Islam, Aisyah berkata, dia terus disingkir keluarga dan hanya bergantung hidup atas belas ihsan masyarakat setempat.

Menurutnya, paling menyedihkan apabila lelaki yang dikahwini bukan saja tidak memberikan nafkah, tetapi malas bekerja.

“Saya terpaksa bekerja keras untuk menyara keluarga, tapi suami hanya goyang kaki dan memeras wang yang saya peroleh sebelum meninggalkan saya,” katanya.

Aisyah berkata, walaupun ditimpa pelbagai keperitan hidup, kesungguhan mendalami Islam tetap menebal dalam hati biarpun perkahwinannya tidak bahagia dan kini hidup dalam serba daif.

“Saya tahu risiko bakal dialami jika memeluk Islam, namun saya nekad kerana pintu hati sudah terbuka terhadap keindahan Islam dan sanggup menghadapi apa juga dugaan.

“Hingga sekarang keyakinan dan komitmen saya terhadap Islam tetap utuh serta menerima apa juga dugaan dengan hati terbuka tanpa sedikitpun rasa kecewa dan tertekan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika mula-mula memeluk Islam, keluarga sering memujuknya meninggalkan agama Allah itu dan paling menyedihkan apabila dia dikurung serta didera supaya akur dengan kehendak mereka.

“Saya melalui saat menakutkan ketika itu, malah ada satu ketika ahli keluarga tergamak membotakkan kepala serta memukul dengan batang kayu semata-mata mahukan saya kembali kepada agama asal.

“Akibat tidak tahan dengan seksaan itu, saya nekad melarikan diri dan hingga sekarang bimbang pulang ke rumah berjumpa ahli keluarga kerana tidak mahu peristiwa buruk itu berulang,” katanya.

Dia berkata, keinginan mendalami Islam terbit dari hatinya sendiri kerana sejak berusia sembilan tahun, dia amat suka mendengar takbir Aidilfitri, malah akan turut sama bertakbir.

“Ada ketika saya akan menitiskan air mata hanya dengan mendengar takbir. Waktu itu saya sendiri tak pasti apa yang menyebabkan saya berkelakuan demikian.

“Apabila dewasa, saya nekad dan mengambil keputusan menukar agama walaupun secara sembunyi-sembunyi,” katanya.

Buat masa ini, Aisyah berkata, kehidupannya sekeluarga begitu sukar, ditambah pula keadaan kesihatannya yang tidak menentu selepas menghidap penyakit buah pinggang sejak beberapa tahun lalu.

Malah, katanya, paling menyedih dan menguji ketabahannya apabila disahkan menghidap kanser darah.

“Keadaan ini membataskan pergerakan saya, malah tangan kiri tidak mampu menggenggam dengan kuat mungkin kesan pengambilan ubat akibat penyakit dihadapi selama ini,” katanya.

Aisyah berkata, walaupun bergelut dengan masalah kesihatan, dia tetap berusaha mencari rezeki dengan tulang empat keratnya bagi menyara dan memastikan anak mendapat pendidikan sewajar.

“Saya sanggup berhempas pulas mencari rezeki untuk memastikan pelajaran anak tidak terabai. Saya tidak kisah bersengkang mata mencari duit halal dan mengabaikan penyakit dihadapi asalkan mampu terus menyekolahkan anak.

“Saya reda dengan apa yang lalui dan tidak mungkin menukar agama hanya kerana dugaan sebegini. Hidup mati saya dalam Islam dan tiada siapa mampu menggugat kepercayaan saya,” katanya yang berharap ada pihak sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggungnya.

Anak tuntut nafkah

Soalan:
IBU bapa saya telah berpisah sejak setahun lalu. Sejak berpisah, bapa tidak pernah mempedulikan tentang anak-anaknya.


Ibu terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan rumah dan persekolahan kami adik-beradik.

Setahu saya, walaupun ibu dan ayah telah bercerai tetapi tanggungjawab ayah untuk memberi nafkah kepada kami adik-beradik tidak terhenti. Bolehkah SIS jelaskan dengan lebih lanjut.

Anak terbiar,
Kg. Baru KL.

Jawapan:
Pertalian darah antara anak dan bapa tidak terputus meskipun sesuatu perkahwinan itu telah berakhir. Bapa tetap perlu menjalankan tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada anak-anak sehingga tamat pengajian peringkat tertinggi dan mampu berdikari.

Sesungguhnya kewajipan bapa untuk memberi nafkah kepada anak-anak merupakan perkara yang jelas dan dinyatakan dalam perundangan Islam di Malaysia dan juga hukum syarak.

Kita boleh lihat kewajipan bapa memberi nafkah dengan merujuk kepada surah al-Baqarah ayat 223 yang bermaksud, "…dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada (ibu dan anaknya itu) menurut cara yang adil…"

Berdasarkan ayat inilah maka Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 memperuntukkan seksyen 72 yang menyatakan bahawa adalah kewajipan bapa untuk memberi nafkah kepada anak-anak, tidak kira sama ada anak-anak itu di bawah jagaannya atau orang lain. Seksyen ini juga menyatakan bapa perlu menyediakan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran atau sebagai gantinya, kos kepada perkara-perkara tersebut.

Manakala Seksyen 59(1) mentafsirkan nafkah sebagai "…tempat tinggal, pakaian, makanan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya."

Dalam menentukan kemampuan bapa pula, antara faktor-faktor yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah ialah pendapatan dan tanggungan lain bapa dan sebagainya.

Kita boleh merujuk kepada kes Mohamed lawan Selamah (1980) 2 JH 95, di mana ibu telah memohon nafkah anak-anak yang berusia 13 dan 9 tahun sebanyak RM90 sebulan bagi kedua-dua anaknya. Bapa menyatakan bahawa pendapatan beliau ialah RM120 sebulan. Mahkamah juga telah mendapati bahawa bapa tidak mempunyai tanggungan lain dan tinggal bersama ibubapanya yang menjaga makan minum bapa ini. Mahkamah telah memutuskan bahawa bapa membayar RM70 sebulan sebagai nafkah anak-anaknya. Ini merupakan 58 peratus daripada pendapatan bulanan bapa.

Alasan bahawa bapa tidak bekerja tidak boleh digunakan bagi mengelak pembayaran nafkah.

Nafkah merupakan hak seorang anak dan ia mestilah ditunaikan. Anak tidak boleh "dihukum" dengan mengurangkan nafkahnya apabila terjadi perceraian. Ini tidak adil bagi anak tersebut. Bapa haruslah berusaha untuk memberi yang terbaik kepada anaknya termasuklah jumlah nafkah yang adil.

Sesuatu kadar nafkah yang telah diperintahkan oleh mahkamah tidaklah kekal dan boleh diubah. Ia boleh diubah mengikut kemampuan bapa dan anak-anak. Nafkah anak yang masih kecil tentunya tidak sama jika anak tersebut telah bersekolah. Justeru itu Seksyen 62 Enakmen menyatakan bahawa Mahkamah berkuasa untuk mengubah sesuatu perintah pembayaran nafkah jika sesuatu perubahan telah berlaku.

Oleh itu jelaslah di sini bahawa bapa wajib memberi nafkah kepada anak-anaknya walaupun telah berlaku perceraian.


Sumber : Utusan Malaysia


Jangan mudah minta cerai

SOALAN:

Saya berkahwin pada tahun 2006 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. Saya bercerai pada April 2009. Untuk pengetahuan ustaz, saya yang pohon cerai kerana kami sudah tidak tinggal bersama sejak tahun 2008.

Selain itu, suami juga mengabaikan tugasnya sebagai suami dan ayah. Saya dibiarkan seperti gantung tidak bertali. Jadi saya minta cerai, berdosakah saya ustaz? Adakah saya dikategorikan sebagai isteri nusyuz?

Suami juga tidak pernah solat, dan bila saya suruh atau nasihat, dia kata solat tidak boleh dipaksa. Biar dapat hidayah, baru akan solat. Walaupun suami baik, dia agak berkira bab duit dengan saya dan selalu dengar cakap emak dan kakak sahaja. Pandangan saya langsung tidak dipeduli.

Saya runsing memikirkan hal ini. Bagaimana saya dapat meneruskan hidup ini terutama memberi kehidupan yang sempurna kepada anak?

JAWAPAN:

Saya tidak tahu kenapa puan bercerai dengan begitu cepat. Kalau ikutkan puan baru berumahtangga sejak 2006, maksudnya belum sampai belum sampai tiga tahun puan sudahpun tuntut cerai.

Mungkin ada sesuatu yang puan tidak dapat menanggung atau puan tidak dapat bersabar dengan perangai suami. Meminta cerai dari suami kadang-kadang menjadi tabiat sesetengah wanita yang tidak sabar dengan kerenah suami.

Di dalam menjaga hak seorang isteri Islam memperuntukkan fasakh (membatalkan nikah) yang boleh dituntut oleh isteri dari kadi atau hakim Mahkamah Syariah bagi dengan alasan yang syarie bagi membatalkan nikah mereka.

Takrifnya, fasakh adalah membatalkan atau melepaskan akad nikah disebabkan oleh kecacatan yang berlaku pada waktu akad atau kecacatan yang mendatang selepas berlakunya akad nikah yang menghalang kekalnya perkahwinan.

Hikmah fasakh dinyatakan ada tiga perkara seperti berikut:
* Untuk menjamin hak dan perlindungan kepada kaum wanita sekiranya mereka teraniaya.
* Menyedarkan kaum suami bahawa perceraian bukan hanya dimiliki secara mutlak oleh suami sahaja.
* Menunjukkan keunggulan syariat Allah SWT yang Maha Mengetahui akan keperluan hamba-Nya.


Berdosa atau tidak puan dalam menuntut cerai itu urusan Allah SWT. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam rumahtangga puan.

Sebenarnya setiap pasangan suami isteri adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga ikatan pernikahan sehingga ke akhir hayat serta mencari jalan bagi mengatasi sebarang masalah yang timbul.

Masalah sebenarnya bukan rekaan Allah SWT untuk sengaja menyusahkan hambanya. Malahan manusia sendiri yang mendedahkan dirinya atas sesuatu kejahatan dan kesalahan dan harus bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri tanpa menyalahkan sesiapapun.

Suami tidak bertanggungjawab antara alasan puan, bukan suami puan seorang yang tidak bertanggungjawab malah ramai lagi lelaki yang sama macam perangai bekas suami puan. Bayangkan sahaja kalau kesemua mereka meminta cerai?


Puan juga mendakwa bekas suami tidak solat. Dia tidak solat sejak bila? Kalau dia tidak solat sejak puan kenal dia dan tiba-tiba didakwa dia tidak jaga solat, menjadi alasan mengapa puan tidak sukakan dia, itu adalah kurang tepat. Peliknya manusia apabila tidak suka semuanya nampak buruk.

Saya kalau boleh tidak mahu rumahtangga orang Islam dirobohkan dengan sewenang-wenangnya. Saya mahu mengajak kaum muslimin berusaha mempertahankan rumahtangga, keruntuhan institusi keluarga adalah permulaan kepada permasalahan negara.

Mengikut kajian, kebanyakan anak-anak serta remaja yang berpeleseran adalah berpunca daripada broken family. Dalam persoalan ini jika puan mempunyai alasan yang kukuh dan syarie, maka tindakan puan tidaklah jatuh nusyuz. Malahan nusyuz itu sendiri membawa maksud yang lain.

Nusyuz bermaksud seorang isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami, tidak taat kepada suami sedangkan suami melaksanakan tanggungjawabnya kepada ahli keluarga.

Suami hanya dengar cakap ibu dan kakak dia sedangkan cakap isteri tidak didengar. Adalah terlalu awal untuk puan menghukum suami dengan demikian.

Masalahnya kadang-kadang orang perempuan terlalu ingin melihat suami mendengar cakapnya dan kalau ada yang tidak didengar maka dituduh suami mendengar tak dengar cakap isteri.

Puan berumahtangga dari tahun 2006 hingga 2008 baru tiga tahun. Tetapi bekas suami puan menjadi anak kepada ibu untuk 30 tahun (kalau umurnya 30) begitu juga sebagai seorang adik kepada kakak-kakaknya.


Saya tidak nafikan bahawa suami mestilah meletakkan kepentingan isteri di hadapan tanpa menafikan kedudukan ibu bapa dan adik-beradik.

Sekarang puan sedih kerana kehilangan suami. Bukan mudah untuk melangsungkan kehidupan sebagai ibu tunggal. Untuk menghilangkan kesedihan puan kena banyak bersabar, terima apa yang berlaku sebagai takdir dari Allah ada hikmah di sebaliknya.

Jangan kenang yang sudah lepas kerana mengenang yang lepas akan jadikan puan terus diselubungi keresahan dan kesedihan sekali gus mengganggu aktiviti seharian. Dalam memberi pendidikan kepada anak, puan harus memainkan peranan sebagai seorang ibu dan ayah.

Adalah sukar bagi anak itu melalui kehidupan tanpa seorang ayah. Anak itu berhak mendapat kasih sayang dari ayahnya, jangan dihalang dan dibantah. Melainkan memang dikhuatiri sekiranya ayah boleh merosakkan masa anaknya dengan tabiat yang tidak baik.

Kebiasaannya mahkamah akan memerintahkan bekas suami menyediakan perbelanjaan yang secukupnya mengikut kemampuannya. Jika perbelanjaan yang diberi oleh suami masih tidak memadai hendaklah dipohon penambahan perbelanjaan anak melalui peguam.

Khamis, Julai 30, 2009

Menentang barah pangkal rahim



Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my



Kesedaran penting elak penyakit berbahaya daripada meningkat

JIKA melihat kepada perangkaan dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2007, lebih 700 wanita Malaysia meninggal dunia akibat penyakit barah pangkal rahim pada setiap tahun dan angka ini ternyata menggerunkan.

Secara global pula lebih 270,000 kematian sama direkodkan akibat penyakit berkenaan atau secara jelasnya, seorang wanita maut bagi setiap empat minit di rantau Asia Pasifik.

Memang menakutkan, tetapi itulah hakikat yang perlu diterima berhubung bahayanya penyakit barah pangkal rahim jika tidak dicegah atau dikesan pada peringkat awal.

Pada masa ini, penyakit itu adalah pembunuh nombor dua di kalangan wanita di Malaysia selepas barah payu dara. Malah, perangkaan terbaru mendedahkan secara purata, sebanyak 16 kes baru penyakit barah pangkal rahim dilaporkan berlaku di kalangan 100,000 wanita di negara ini



Menyedari keadaan itu perlu dihentikan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) melancarkan kempen kesedaran penyakit itu dalam usaha menentangnya daripada berlaku.

Bertemakan `Kuasai Kanser Serviks’ kempen selama setahun itu menggalakkan wanita mengambil langkah pertama untuk melindungi diri mereka daripada penyakit barah pangkal rahim.

Pengarah Perubatan NCSM, Dr S Saunthari, berkata kempen itu bertujuan memperkasakan wanita Malaysia dengan `kuasa’ untuk membebaskan diri daripada penyakit barah pangkal rahim menerusi pendidikan berhubung penyakit itu dan menggalakkan mereka mendapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan untuk langkah pencegahan.

Katanya, 19 kes barah pangkal rahim dilaporkan berlaku dalam lingkungan 100,000 penduduk wanita dan angka ini perlu dikurang atau ditiadakan langsung menerusi kesedaran mendalam bahawa penyakit itu boleh dicegah dan dirawat.



“WHO menyatakan bahawa barah pangkal rahim membunuh lebih ramai wanita setiap tahun berbanding melahirkan anak. Penyakit ini amat ditakuti, tetapi masih boleh dicegah dan mereka yang menderita penyakit berkenaan akan terjejas dalam kehidupan, kerjaya dan pengurusan keluarga.

“Jadi, langkah paling baik untuk mencegah atau mengurangkan penyakit barah pangkal rahim ini ialah menerusi pendidikan supaya wanita kerap melakukan pemeriksaan, mengambil suntikan vaksin dan menjalani rawatan yang betul,” katanya selepas majlis pelancaran kempen itu yang dilakukan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, di Sentul, baru-baru ini.

Kempen berkenaan adalah komitmen berterusan NCSM dalam usahanya menjaga kesejahteraan dan kesihatan awam serta menyelamatkan nyawa wanita daripada belenggu penyakit barah pangkal rahim itu.

Saunthari berkata, antara lain wanita perlu mengetahui pilihan pencegahan terhadap penyakit berbahaya itu, selain menggalakkan mereka membincangkan dengan profesional penjagaan kesihatan seperti pemvaksinan dan pap Smear atau lumuran pap untuk mencegah barah pangkal rahim.

“Kita berharap kempen ini akan memberi banyak maklumat kepada wanita Malaysia dan menasihatkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri. Bagi memastikan keberkesanan kempen, beberapa personaliti terkenal termasuk pelakon Sarimah Ibrahim; juruhebah radio, Jay Menon; selebriti televisyen, Rina Omar, Pamela dan Vanessa Chong serta Siow Hui Mei dilantik sebagai duta untuk membantu menyebarkan pesanan dan memperlihatkan kepentingan memahami pilihan pencegahan yang ada.

“Disebabkan penyakit berbahaya ini semakin menular, pendidikan dan seruan untuk bertindak amat penting untuk memastikan wanita sentiasa bersiap sedia menentang penyakit berbahaya ini,” katanya.

Syor wajibkan suntikan vaksin pada usia 12 tahun
PENINGKATAN kes penyakit barah pangkal rahim menyebabkan kerajaan mengkaji cadangan mewajibkan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di negara ini dalam usaha mencegah penyakit barah pangkal rahim berikutan perbelanjaan rawatan penyakit itu yang kini mencecah RM382 juta setahun.

Pelaksanaan program itu membolehkan kerajaan melakukan penjimatan dianggarkan berjumlah RM322 juta setahun, tetapi keputusan akhir mengenainya hanya akan ditentukan hujung tahun ini selepas hasil kajian yang dilakukan kementerian sejak awal tahun lalu, dibentangkan kepada Kabinet untuk membuat pertimbangan mengenainya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata kerajaan sedar bahawa penyakit barah pangkal rahim adalah pembunuh nombor dua wanita selepas barah payu dara dan di negara ini, penyakit itu membunuh 150 wanita setahun.

“Secara purata, sebanyak 16 kes baru penyakit barah pangkal rahim dilaporkan berlaku di kalangan 100,000 wanita di negara ini dan kos rawatan yang tinggi sehingga RM382 juta setahun, menyebabkan langkah pencegahan secara menyeluruh perlu diambil menerusi suntikan vaksin.

“Bagaimanapun, keputusan sama ada suntikan itu akan diberi secara percuma atau sebaliknya hanya akan ditentukan kemudian kerana ia membabitkan kos yang mahal, tetapi kerajaan tetap berusaha memberi yang terbaik kepada rakyat,” katanya selepas melancarkan kempen kesedaran Mencegah Barah Pangkal Rahim, di Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut hadir, Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Tony Skelchy dan Pengarah Perubatan NCSM, Dr S Saunthari.

Liow berkata, kementeriannya juga perlu menjalankan kajian lain bagi memastikan keberkesanan suntikan vaksin dalam menghalang penyakit berbahaya itu berikutan maklumat doktor pada masa ini yang mengesahkan keberkesanannya hanya 70 peratus saja.

Katanya, suntikan itu juga tidak memberi kesan sampingan dan usia 12 tahun dianggap paling baik untuk menjalani suntikan vaksin berkenaan kerana ia mampu memberi perlindungan sehingga 20 tahun.

“Ini kerana kebanyakan mangsa penyakit itu adalah wanita berusia 30 tahun ke atas, sehingga menjejaskan kerjaya, penjagaan anak dan keluarga. Bagaimanapun, suntikan vaksin dikatakan hanya mampu menghalang 70 peratus saja penyakit itu, dan selebihnya perlu menjalani pemeriksaan pap smear setiap tiga tahun sekali,” katanya.

Walaupun kajian itu antara lain meneliti kekangan dihadapi kerajaan kerana membabitkan kos yang tinggi, pelaksanaannya memberi kesan baik dan sudah dilakukan di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Liow berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan penyakit barah pangkal rahim membunuh seorang wanita bagi setiap empat minit di negara rantau Asia Pasifik, malah ianya semakin meningkat di negara membangun, menyebabkan kempen kesedaran di kalangan wanita perlu dilakukan secara agresif dalam usaha menghalang penyakit berkenaan.

“Gaya hidup moden masa kini turut menyumbang kepada peningkatan kes barah dan amat penting supaya pengesanan awal dilakukan kerana penyakit barah ini sebenarnya boleh dihalang. Sebagai contoh, sudah ada vaksin yang boleh mencegah serangan virus Human Papillomavirus atau Papiloma Manusia (HPV) yang menjadi punca penyakit barah pangkal rahim atau menahan daripada terjadinya barah pangkal rahim bagi mereka yang sudah dijangkiti HPV,” katanya.

FAKTA
Barah pangkal rahim:
* Suntikan vaksin boleh mencegah serangan virus Human Papillomavirus atau Papiloma Manusia (HPV) yang menjadi punca barah pangkal rahim atau menahan daripada terjadinya penyakit itu bagi mereka yang sudah dijangkiti HPV.

* Antara punca berlakunya barah pangkal rahim ialah wanita merokok, menggunakan pil perancang keluarga dalam tempoh lama, jangkitan HIV dan kerap melahirkan anak.

* Vaksin hanya mampu mencegah 70 peratus daripada berlakunya barah pangkal rahim dan sebab itu, wanita perlu membuat pemeriksaan pap smear atau lumuran pap setiap tahun

INFO
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM):
* Badan kebajikan berdaftar yang ditubuhkan pada 1966 untuk menyediakan pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan kepada penghidap barah.
* Persatuan ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan barah yang pertama ditubuhkan di Malaysia
* Misi NCSM ialah memastikan rakyat Malaysia tidak takutkan barah dengan mewujudkan kesedaran berhubung penyakit itu iaitu pencegahan dan pengesanan awal, memberi penjagaan sebaik mungkin dan menyokong mereka yang menghidap barah
* NCSM menyediakan rawatan dan sokongan menyeluruh kepada pesakit dan penjaga, membantu mereka memahami dan menangani barah dalam pelbagai fasa menerusi lima pusat barah iaitu Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Pusat Pengesanan Kanser Wanita, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Rawatan Kanser dan Rumah Harapan Kanak-Kanak.

Dera anak kerana cerai

Walaupun kes penderaan kanak-kanak tidak heboh diperkatakan seperti sedekad yang lalu, tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi berlaku dalam masyarakat.

Bagi tempoh Januari hingga April 2009, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh negara.

Daripada perangkaan itu, 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya, 270 kes kanak-kanak lelaki.

Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan ialah Selangor dengan 320 kes, diikuti Perak 91 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 79 kes.

Statistik perbandingan 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak.

Jumlah kes yang dicatat di Selangor pada 2008 adalah 949 kes berbanding dengan 816 kes pada 2007. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007.

"Bilangan kes penderaan di Lembah Klang memang banyak, sebahagiannya kerana tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar.

"Masyarakat pula semakin sedar tentang tanggungjawab sosial mereka untuk melaporkan kes-kes sedemikian," ujar Pengarah Bahagian Kanak-Kanak JKM, Nor Amni Yusoff.

Secara keseluruhannya, seluruh negara merekodkan sebanyak 2,780 kes penderaan pada 2008 berbanding dengan 2,279 kes pada 2007.

Di sebalik peningkatan kes, JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan.

"Semua statistik ini adalah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilapor," jelas Nor Amni.

Dari segi kaum, beliau berkata, sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu.

Menurutnya, bentuk penderaan yang lazim berlaku pula adalah penderaan fizikal, seksual dan emosi.

Tambahnya, bagi tempoh Januari hingga April 2009, kes penderaan fizikal yang direkod adalah 523, seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) dan emosi, 16 kes.

Mengenai penderaan emosi, Nor Amni menjelaskan, ia sering berlaku apabila ibu bapa bercerai.

Menurutnya, berbanding waktu dahulu di mana pasangan yang hendak bercerai sering mengutamakan kebajikan anak-anak, pada hari ini, mereka yang bercerai akan menggunakan anak sebagai alat dan menjadikan mereka 'korban' perceraian.

"Katakan ibu mendapat hak penjagaan (urusan Mahkamah Syariah bagi orang Islam), bapa akan menggunakan anak untuk membuat tuduhan palsu yang bekas isterinya mendera anak itu. Tujuannya adalah untuk membalas dendam.

"Meskipun laporan penderaan mungkin palsu tetapi apabila dibuat, kita perlu bertindak dan membawa anak ke hospital untuk pemeriksaan. Ada kes di mana anak terpaksa keluar masuk hospital.

"Apabila diperiksa, pihak hospital mendapati tidak ada penderaan dan anak balik ke rumah. Kemudian si bapa akan membuat laporan lagi dan kami membawa sekali lagi anak itu ke hospital. Ini berterusan sehingga bertahun. Kes ini paling banyak kami kendalikan sekarang," jelasnya.

Paling berkesan
Menurut Nor Amni, orang ramai menggunakan pelbagai cara untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak iaitu melalui nombor hotline, Talian Nur 15999 atau menghantar e-mel atau surat.

Jelasnya, hampir 90 peratus kes dera diterima dan dilaporkan menerusi Talian Nur (15999) yang dilancarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Disember 2007.


Keberkesanan Talian Nur ini boleh dilihat menerusi peningkatan mendadak dari segi jumlah aduan/laporan kes dera.

Nor Amni memberitahu bahawa statistik 2008 menunjukkan peningkatan sebanyak 501 kes kepada 2,780 kes daripada 2,279 pada 2007.

Katanya, perbandingan 2007 dan 2006 hanya menunjukkan kenaikan 280 kes.

"Kami sudah membuat promosi besar-besaran mengenai Talian Nur ini. Yang menariknya, talian ini dikendalikan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin.

"Tambahan pula, masyarakat tahu usaha mereka tidak sia-sia kerana kami mengambil tindakan apabila mereka membuat aduan dan ini boleh dilihat menerusi kes penderaan yang dilaporkan oleh media," tambahnya.

Nor Amni berkata, di samping laporan kes penderaan, Talian Nur turut mengendalikan segala pertanyaan mengenai KPWKM.

"Talian Nur dikendalikan 24 jam oleh sebuah syarikat yang sudah dilatih oleh pegawai-pegawai kementerian. Mereka bukan sahaja mengendalikan laporan kes penderaan tetapi semua jenis pertanyaan mengenai kementerian.

"Untuk panggilan yang memerlukan maklumat, pihak pengendali akan memberi maklumat secara langsung tetapi untuk kes penderaan, pihak itu akan segera menghubungi pegawai yang berkenaan," jelasnya. - Bernama


Upah samseng pukul suami

Oleh NORZASRUDIN MOHAMED NOR
norzasrudin@kosmo.com.my

KUALA TERENGGANU - Gara-gara tidak berpuas hati dengan aduan mengenai hubungan sulitnya, seorang isteri dipercayai mengupah orang untuk memukul suaminya hingga pengsan baru-baru ini.

Akibat kejadian kira-kira pukul 9.40 pagi itu, mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Kemaman mengalami kecederaan di badan dan kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Fauzi Abduri berkata, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengaku dari pejabat agama kira-kira pukul 8.30 pagi.

Katanya, lelaki tersebut menyebut tentang aduan yang dibuat oleh mangsa tentang kecurangan isterinya dan minta diadakan satu pertemuan untuk berbincang.

"Lelaki tersebut meminta mangsa datang bertemunya di tepi jalan di sebuah sekolah menengah di Kemaman," katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Mohd. Fauzi, mangsa sampai di tempat yang dijanjikan pada pukul 9.30 pagi tetapi lelaki itu tidak muncul.

Bagaimanapun ketika mangsa masuk ke dalam kereta untuk beredar, sekumpulan lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menyerbu lalu memukulnya hingga pengsan.

Katanya, apabila sedar, mangsa berada di dalam kereta di rumah ibu mertuanya di Kampung Bukit Kuang, Kemaman dan dimasukkan ke Hospital Kemaman dua hari kemudian.

Katanya, mangsa mengesyaki isterinya menjadi dalang kejadian itu dan membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira pukul 12.04 tengah hari kelmarin.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan percaya puncanya disebabkan masalah rumah tangga.


Sumber : Kosmo

Wanita ditemui mati dalam bilik hotel

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Julai - Pasangan suami isteri ini telah membina rumah tangga selama sembilan tahun.

Sepanjang tempoh perkahwinan itu, si isteri kerap pulang ke rumah ibu bapanya mengadu dipukul suami.

Malah, wanita itu difahamkan pernah membuat beberapa laporan polis mendakwa dia sering dipukul tetapi menarik balik semua dakwaan tersebut selepas dipujuk oleh suaminya.

Namun, segala-galanya berakhir hari ini apabila wanita terbabit ditemui mati dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di badan.

Mayat mangsa dipercayai dipukul dengan teruk menggunakan seterika ditemui di sebuah bilik Hotel Kepong di Jalan Jinjang di sini hari ini.

Mangsa, Subaidah Abu Bakar, 30, dikatakan bertengkar dengan suaminya yang berusia 34 tahun selepas didakwa mempunyai hubungan sulit.

Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Supritendan Zakaria Pagan, mayat mangsa ditemui suami dan seorang rakan wanita mangsa yang dikatakan keluar bersama selepas insiden pergaduhan itu.

"Suami mangsa bagaimanapun melarikan diri sejurus mendapati isterinya tidak bernyawa lagi. Manakala, rakan mangsa yang terkejut meminta bantuan pekerja hotel berkenaan.

"Tompokan darah mangsa turut dikesan pada dinding bilik terbabit dipercayai kesan hantukan.

"Menurut keterangan saksi, suami mangsa yang dipengaruhi dadah turut menumbuk matanya sehingga lebam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Zakaria memberitahu, pasangan suami isteri itu menginap di bilik hotel terbabit sejak 24 Julai lalu, manakala rakan wanita mereka menumpang di bilik yang sama dua hari kemudian.

Difahamkan, mereka yang tinggal di Slim River, Perak tiba di ibu kota untuk mencari pekerjaan yang sesuai.

Kata Zakaria, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya sedang memburu suami mangsa bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, suspek menggunakan van jenis Nissan Vannette warna biru bernombor pendaftaran WNB 5698.

"Suspek ada menghubungi bapa mangsa kira-kira pukul 8.30 pagi ini memberitahu dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan. Bagaimanapun, usaha bapa mangsa untuk menghubungi semula menantunya itu gagal," katanya.

Pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.


Sumber : Utusan Malaysia


Mangsa dera dibunuh suami
Oleh TURMADZI MADUN
turmadzi.madun@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Sudah sembilan tahun Subaidah Abu Bakar, 30, menanggung derita kerana menjadi hamba dera suaminya yang merupakan seorang penagih dadah.

Dalam tempoh itu, Subaidah dikatakan telah lima kali membuat laporan polis namun setiap kali laporan dibuat wanita itu pasti akan menarik balik semula laporan tersebut lantaran sayang terhadap suaminya yang berusia 34 tahun.

Dikatakan setiap kali didera, Subaidah sudah pasti teruk dipukul bukan saja dengan tukul besi, dicucuh dengan api rokok dan kepala dihantuk ke dinding. Apa-apa saja yang tercapai oleh tangan suaminya pasti objek itu hinggap ke atas tubuhnya sebagai 'hadiah'.

Derita berpanjangan wanita itu berakhir semalam apabila dia ditemui mati di tingkat tiga sebuah hotel di Jalan Kepong Usaha 2 di sini dipercayai angkara suaminya.

Mangsa dipercayai dibunuh antara pukul 12 malam dan 4 pagi. Sebelum tragedi itu, pasangan dari Slim River, Perak itu yang tinggal di hotel sejak Jumaat lalu dipercayai bergaduh ekoran si suami menuduh mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, dalam pergaduhan itu, suami mangsa yang bagai orang hilang akal dipercayai telah menghentak dan melibas kepala dan seluruh badan mangsa dengan cerek, termos dan wayar.


Selasa, Julai 28, 2009

‘Kami idam kaki palsu’

KOTA BHARU: Dua wanita yang menderita cacat kaki sejak lahir memerlukan sumbangan RM25,000 bagi menampung kos membeli kaki palsu. Nor Zaliha Mat Yaakob, 33, dan Wan Zainab Wan Ahmad, 19, masing-masing memerlukan perbelanjaan RM7,000 dan RM18,000 bagi membeli kaki palsu mereka.

Nor Zaliha berkata, dia mengalami kecacatan pada kaki kirinya sejak lahir dan memerlukan kaki palsu untuk memudahkannya menguruskan rumah tangga dan kehidupan harian.

Menurutnya, kecacatan itu membataskan pergerakannya selain terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak bebas dan melakukan kerja rumah.

“Saya mengharapkan ihsan orang ramai membiayai kos pembelian kaki palsu. Kekurangan dimiliki menyebabkan pergerakan terbatas dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak,” katanya.

Katanya, dia tidak mampu menanggung kos membeli kaki palsu itu kerana hanya memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 sebulan.

“Wang itu tidak mencukupi dan hanya digunakan untuk membeli keperluan dapur, persekolahan anak tunggal, Nor Aliah Amani, 7, selain berulang-alik ke Hospital Pasir Puteh bagi merawat penyakit suami.

“Suami, Mohd Rosdi Samad, 40, juga mengalami kecacatan kedua kaki sejak 25 tahun lalu disebabkan jangkitan kuman hingga terpaksa dibedah,” katanya berasal dari Kampung Besar Semerak, Pasir Puteh.

Nor Zaliha berkata, suaminya disahkan menghidap penyakit buah pinggang sejak lima tahun lalu dan menerima rawatan di hospital itu.

Keadaan sama dialami Wan Zainab yang memerlukan bantuan RM18,000 untuk membeli dua kaki palsu berikutan mengalami kecacatan kedua-dua kaki sejak lahir.

“Sejak lahir hingga kini saya hanya bergantung kepada keluarga melakukan kerja seharian.

“Saya berharap menerima bantuan kaki palsu segera bagi memudahkan menguruskan diri tanpa bantuan keluarga atau menyusahkan mereka,” katanya.

Menurutnya, keluarganya tidak mampu menyediakan kaki palsu kerana bapanya peneroka Felda dengan pendapatan kira-kira RM500 sebulan.

Orang ramai yang mahu menyalurkan bantuan boleh berbuat demikian dengan menghantar cek atas nama Tabung Kebajikan NSTP dengan menulis nama penerima sumbangan di belakang cek dan dihantar kepada Bahagian Kewangan/Unit kebajikan, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Bayi ditinggal ibu tanpa sijil lahir

KUALA LUMPUR: “Saya tidak anggap ia sebagai beban, malah bagi saya ia adalah rezeki daripada Allah,” kata Yusmanti Jusoh, 36, yang kini menjaga bayi berusia tiga bulan yang diberi nama Mohammad Ammar.

Bayi itu ditinggalkan ibunya berusia 40-an, yang datang ke rumah Yusmanti kerana mencari orang menjaga bayinya kerana dia menyatakan hendak bekerja selepas pantang.

“Saya dan keluarga ketika itu sedang berehat di hadapan rumah, lalu didatangi seorang wanita yang bertanya di mana boleh dia mendapatkan orang untuk menjaga bayinya kerana dia menyatakan hendak bekerja selepas pantang.“Lalu saya bersetuju mengasuh bayi itu dan wanita terbabit berjanji akan membayar upah RM400 sebulan,” katanya.

Dia yang tidak dikurniakan cahaya mata, bagaimanapun menganggap bayi itu seperti anak sendiri walaupun sehingga kini wanita yang menyerahkan bayi terbabit tidak pernah muncul sejak April lalu.

Menurutnya, apabila dia bertanya mengenai sijil kelahiran bayi itu, wanita terbabit berjanji akan memberikan kepadanya pada keesokan hari, namun sehingga kini wanita itu tidak pernah muncul apatah lagi bertanya khabar anaknya.

“Nama sebenar bayi itu juga tidak kami ketahui dan akhirnya kami sekeluarga memutuskan untuk memanggilnya dengan nama Mohammad Ammar.

“Ammar sudah saya sayang dan dijaga seperti anak sendiri, saya tidak mahu orang lain menganggap yang bukan-bukan mengenainya,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Sazalan Abdul Ghani, 36, berkata dia berharap wanita terbabit dapat tampil dan memberikan sijil kelahiran Ammar.

“Jika dia tidak mahu lagi menjaga Ammar, kami bersedia mendidik dan menjaganya, tetapi apa yang penting adalah mengenai sijil kelahiran Ammar,” katanya yang datang ke Balai Berita di sini, semalam.Mereka yang mempunyai maklumat mengenai ibu bayi itu boleh menghubungi Sazalan di talian 019-9569662.

‘Saya beri apa termampu’

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan rosmaliana@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal penghidap penyakit kencing manis sejak 18 tahun lalu terpaksa menanggung lima cucu yang ditinggalkan ibu bapa mereka dalam keadaan serba kekurangan terutama selepas kematian suami lapan bulan lalu.

Shalmiah Nasir, 56, berkata dia reda dengan apa yang berlaku berikutan kelima-lima cucunya masih kecil dan memerlukan perhatian walaupun terpaksa dibesarkan dengan penuh kepayahan dan kekurangan.

Ibu tunggal yang kini mengalami rabun mata kesan daripada penyakit kencing manis dihidapi berkata, dia tidak akan sesekali meninggalkan cucunya walau bagaimana susah sekali pun kehidupan kerana mereka tetap darah dagingnya.

“Saya akan pastikan mereka berjaya dalam pelajaran dan berikan apa termampu selagi berdaya. Tapi rasa sebak dan sedih mengenangkan nasib mereka tidak dapat disembunyikan.

“Dengan keadaan saya kini yang sukar bergerak kerana tidak nampak, kebanyakan tugas harian di rumah dipikul cucu dan jiran tetangga yang bersimpati,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Perumahan Awam Sri Kota, Bandar Tun Razak di sini, semalam.

Katanya, dia tidak akan sesekali meminta simpati sesiapa jika mampu melakukannya sendiri tetapi ekoran kudrat yang ada tidak sekuat mana, hanya bantuan daripada pihak sudi membantu amat diharapkan kini.

Memburukkan lagi keadaan apabila seorang cucu perempuannya, Nurul Atikah Abdullah, 7, mengalami penyakit kulit menyebabkan kakinya berkudis (kudis buta) dan dijangkiti semua cucunya kini yang mengalami sakit berkenaan.

“Sudah dua bulan Atikah dikesan mengalami kudis buta, tetapi akhir-akhir ini ia makin teruk. Malah gurunya juga tidak mengizinkannya ke sekolah bimbang berjangkit kepada pelajar lain.

“Namun disebabkan minatnya dalam pelajaran, dia tetap berkeras untuk ke sekolah walaupun sudah dilarang berulang kali,” katanya.

Tampil menyampaikan sumbangan makanan kepada Shalmiah sekeluarga, semalam ialah Presiden Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM), Datuk Sri Dr Saharuddin Awang Yahya.Turut hadir, Pengurus Besar YBKMM, Datuk Sheeda Ramli dan Pengerusi Perkhidmatan Pengurusan dan Perkhidmatan Juru Perunding, Datuk Wan Daud Saud.

Saharuddin berkata, YBKMM akan membantu golongan memerlukan seperti keluarga Shalmiah dan antara langkah penyelesaian ialah mereka akan dibawa ke Rumah Penyayang di Taman Koperasi Cuepacs, Batu 13, Kajang, selewat-lewatnya awal Ogos depan.

“Di sana mereka akan mendapat jagaan sewajarnya. Malah segala perbelanjaan harian, rawatan kesihatan serta perbelanjaan persekolahan lima kanak-kanak berkenaan akan ditanggung sepenuhnya yayasan,” katanya.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat dan menghulurkan bantuan boleh menghubungi YBKMM di talian 03-42962071.

Ditambat rakan suami

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

GOMBAK: Kecewa selepas gagal memujuk wanita pujaan hati yang berstatus ‘isteri orang’ untuk berkahwin dengannya, seorang lelaki bertindak luar biasa dengan mengurung wanita berkenaan dalam rumahnya sebelum menjadikannya hamba seks selama empat bulan.

Lebih malang apabila wanita berkenaan yang kehilangan suami turut diperkosa puluhan kali selain didera secara zalim oleh lelaki terbabit sepanjang tempoh menjadi orang tawanan.Tambah menyayat hati apabila wanita malang berkenaan diikat kaki dan tangannya sebelum ditambat pada meja bagi mengelakkannya melarikan diri setiap kali suspek mahu meninggalkan rumah.

Sumber polis berkata, penderitaan dialami wanita rakyat tempatan itu berlaku selepas suaminya, seorang pendatang warga Myanmar, ditahan Jabatan Imigresen kerana didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.

Menurutnya, suami wanita itu berusia 20-an yang ditahan pihak berkuasa sekitar Mac lalu ketika menjual sayur di sebuah pasar, dekat sini, kini dilaporkan ditahan di pusat tahanan imigresen untuk tindakan lanjut.

“Difahamkan penahanan lelaki terbabit menyebabkan isterinya yang berusia 24 tahun terpaksa menjaga dua anak mereka yang masih kecil, berusia lima dan tujuh tahun di sebuah rumah di Rawang.

“Pada masa sama, seorang lelaki tempatan yang juga kenalan rapat suami mangsa, turut mendiami sebuah bilik di pangsapuri yang disewa wanita berkenaan,” katanya.

Menurutnya, menyedari mangsa tidak ditemani suami selain ditinggalkan keseorangan, suspek yang masih bujang, mula cuba menggoda dan memikat wanita berkenaan beberapa kali walaupun menyedari buah hatinya itu sudah berumahtangga.

“Bagaimanapun, wanita berkenaan yang masih berstatus seorang isteri menolak cinta gila lelaki berkenaan kerana memikirkan nasib suami dan anak-anak yang perlu dibela.

“Namun, suspek berusia 30-an itu enggan mengalah sebelum memujuk mangsa berkahwin dengannya dan seterusnya melupakan suaminya. Malangnya, suspek nyata bertepuk sebelah tangan apabila mangsa berkeras menolak permintaannya menyebabkan lelaki itu bertindak ganas dengan menyerang dan mengurungnya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang tidak boleh menerima kenyataan cintanya ditolak, kemudian mengurung mangsa dalam bilik di rumah sewa berkenaan sejak Mac lalu.

“Sepanjang tempoh mangsa dikurung, dia tidak dibenarkan keluar rumah selain dipukul dan diperkosa tidak ubah seperti hamba seks.

“Jika suspek ingin keluar bekerja, dia akan terlebih dulu mengikat kaki dan tangan mangsa sebelum ditambat pada meja untuk mengelakkan mangsa melarikan diri,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan didera fizikal dan mental akhirnya berjaya membebaskan diri sebelum meminta bantuan daripada jiran.

“Jiran mangsa yang mendapat tahu mengenai insiden itu segera membuat laporan di balai polis berdekatan. Hasil bantuan polis, mangsa akhirnya dibebaskan daripada ‘neraka’ berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, yang dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan terhadap kes terbabit diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Menurutnya, polis masih memburu suspek yang melarikan diri sejurus mengetahui wanita itu berjaya dibebaskan pihak berkuasa dan dia dipercayai bersembunyi di kawasan berhampiran.

Isnin, Julai 27, 2009

7 Surprising Facts About Sleep

By Barbara Brody

Must-know info to help you get your zzz's

Can't sleep? You have plenty of company. About half of all adults experience insomnia on occasion, and 1 in 10 battle insomnia on a regular basis, according to the Cleveland Clinic. If you fall into one of those groups, chances are you're already following the tried-and-true rules for a good night's sleep: Don't have too much caffeine (especially late in the day), don't exercise late at night, keep your bedroom at a cool, comfortable temperature, and make sure your bed, pillows and linens are comfy. Those are all good tips, but there are lesser-known things you can try to help you get more rest.

1. Set a Bedtime Alert

Most of us already use an alarm to wake up in the morning, but sleep expert Michael Breus, PhD, author of Beauty Sleep: Look Younger, Lose Weight, and Feel Great Through Better Sleep, suggests setting it at night as well.

"I tell people to set their alarm for one hour before bedtime, which reminds them to begin what I call the power-down hour," says Dr. Breus, who is also a spokesman for the Zeo Personal Sleep Coach.

He says you should spend the first 20 minutes of that hour taking care of any necessary chores (like walking the dog or making your kids' lunches), then spend the next 20 minutes on hygiene (washing up, brushing your teeth, etc.), and save the last 20 minutes before bed for relaxation.

You don't necessarily have to meditate, if that doesn't appeal to you; you can also do deep breathing exercises, read a book or even watch a little TV (as long as it's not too stimulating).

2. Don't Clear Your Mind
Experts say
anxiety and depression top the list of reasons people have trouble sleeping.

Part of the problem is that many of us just can't seem to quiet that internal voice that starts rambling on about the worries of the day.

Of course, if you can clear your mind, go ahead and do it. But if that's impossible, don't force it--you'll only end up panicking about the fact that you're not sleeping, says Paul McKenna, PhD, author of the soon-to-be-released book I Can Make You Sleep.

Instead, try slowing down your thoughts. "Practice saying anything and everything that comes into your mind to yourself in a slow, monotonous, drowsy tone," says Dr. McKenna.

It doesn't matter if you're thinking about what to buy tomorrow at the grocery store or how a big presentation at work is going to go. If you slow everything down and talk to yourself in an even tone, you'll find it's that much harder to keep worrying (or stay awake).

3. Count Numbers--Not Sheep

Another great way to quiet those racing thoughts is to count backward from 300 by 3s, says Dr. Breus.

Unless you're a math ace, you probably won't be able to focus on anything else while you're doing this, which means you'll end up distracting yourself from your stressful thoughts.

4. Get Up a Half-Hour Earlier

Yes, you read that right! If you're suffering from chronic insomnia, try getting up, for example, at 6:30 instead of your usual 7 wakeup time--no matter what time you fell asleep the night before.

You may be extra-sleepy for a little while, but this is hands-down the most effective way to
reset your body clock, says Dr. McKenna.

It works because it teaches your body that it can't catch up on sleep in the morning, so eventually you'll start feeling drowsier earlier in the evening.

5. Consider Seeing a Professional

A sleep psychologist is someone who specializes in gathering info about your emotions and your behaviors specifically as they relate to sleep. Often found at sleep centers, a sleep psychologist can usually help resolve your sleep issues in just four to six sessions, says Joseph Ojile, MD, founder of the Clayton Sleep Institute in St. Louis and a spokesman for the National Sleep Foundation.

6. Don't Worry If You Can't Sleep Right Away

You shouldn't pass out the second your head hits the pillow. If that happens all the time, it's a sign that you're sleep deprived. (Ditto for nodding off during boring meetings and long movies.) Ideally, it should take 15 to 25 minutes from when you lie down to when you drift off to sleep, says Dr. Breus.

7. Go to Bed When You're Tired

If you're having ongoing sleep troubles, don't worry so much about the fact that it's almost midnight and you have to get up in less than seven hours.

Forcing yourself to stay in bed when you're not sleepy is just going to contribute to more tossing and turning, says Dr. Ojile.

Instead, get up, do something relaxing, and go back to bed whenever you do feel tired. You might end up exhausted the next day (but that was bound to happen either way under these circumstances), and the following night you should have better luck getting to bed earlier.


Kartika terima balasan dunia


Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI
Kosmo


Bapa wanita pertama yang dijatuhi hukuman enam sebatan oleh Mahkamah Syariah Kuantan, Kartika Sari Dewi, mengakui hatinya bagai disentap bila mengetahui anaknya itu minum arak di khalayak ramai.
APA yang dilakukannya sangat aneh dan mungkin tidak masuk akal. Mana tidaknya, hukuman enam sebatan ke atasnya bukan sahaja diterima dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera.

Bagi Kartika Sari Dewi Shukarno, 33, hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan itu mesti dijalani.

Isnin lalu, Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang.

Tiada langsung hasrat untuk merayu malah kata Kartika, tidak pernah terlintas di fikiran untuk dia melarikan diri daripada menerima 'hukuman dunia' atas ketelanjurannya dua tahun lalu itu.

"Saya mengaku dan amat kesal dengan perbuatan itu. Ia bukan sahaja memalukan diri tetapi turut membawa penghinaan kepada seluruh keluarga saya.

"Saya harap hukuman itu dapat dijalankan secepat mungkin supaya ia memberi pengajaran kepada orang lain," kata ibu kepada dua anak ini di Ipoh, Perak, Rabu lalu.

Kartika bakal bergelar wanita Islam pertama dihukum sebat di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982.

"Tiada siapa yang paksa saya supaya meminta hukuman itu dilaksanakan segera. Ia lahir daripada rasa keinsafan yang amat mendalam," katanya.

Terlepas daripada hukuman penjara, Kartika telah melunaskan bayaran denda RM5,000 itu.

Bagaimanapun, peristiwa beliau dicekup pihak berkuasa ketika asyik meneguk minuman keras itu benar-benar meninggalkan kesan mendalam.

"Semua ini ketentuan Allah. Saya dibalas kerana terleka serta memandang ringan soal agama meskipun sudah dididik supaya menjauhi arak.

"Jika saya tidak ditangkap, mungkin saya masih hanyut dalam keseronokan dunia," katanya.

Berasal dari Sungai Siput, Perak, Kartika dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan nilai kekeluargaan serta kewajipan sebagai seorang Islam.

Bapanya, Shukarno Abdul Mutalib, 60, seorang pengusaha resort di Kuala Kangsar, adalah seorang yang kuat agama.
Mendirikan rumah tangga dengan warga Singapura, Mohamad Afendi, 35, Kartika mengakui insiden di Cherating itu adalah kali pertama dan terakhir beliau minum arak.

Ia tidak kena-mengena dengan kerjayanya sekarang iaitu model sambilan di Singapura, negara yang telah didiaminya selama 15 tahun.

Kartika memberitahu, beliau menjadi model pelancongan selepas terpaksa melepaskan jawatannya di sebuah hospital di Singapura beberapa bulan lalu.

Kekangan cuti untuk menghadiri perbicaraan di Kuantan sejak ditangkap menyebabkan beliau tiada pilihan. Bidang itu juga dianggap sesuai dengan jiwanya.

Bapa cium berkali-kali

Sepanjang perbicaraan, tidak pernah sekali pun Kartika gagal menghadirinya.

Wanita ini bernasib baik kerana keluarga terutama ibu, bapa dan suaminya menerima kejadian itu dengan hati terbuka.

Dalam satu pertemuan dengan Jurnal Jumaat lalu, Shukarno tanpa berselindung mengakui hatinya bagaikan ditusuk dan direntap tatkala mengetahui anak yang diasuhnya dengan nilai-nilai keagamaan itu telah melakukan satu dosa besar.

"Luluh hati saya kerana semua sembilan anak saya termasuk Kartika diberikan ilmu agama yang sepatutnya mampu membawa mereka ke jalan yang diredai Allah.

"Namun, saya tahu dia hanya tergelincir dan menjadi kewajipan saya sebagai wali, 'membawanya pulang'.

"Sejurus mendapat tahu, saya terus ke Singapura untuk bertemu dengannya dan saya menciumnya berkali-kali. Saya yakin dia bukan sengaja melakukannya," kata Shukarno yang mengaku sangat mengagumi bekas Presiden Sukarno dari Indonesia.

Walaupun berdarah Melayu Perak tulen, Shukarno telah memilih nama beberapa anak Presiden Sukarno termasuk Kartika Sari Dewi semasa menamakan anaknya.

"Ramai yang anggap saya melepaskannya ke Singapura seawal usia 18 tahun. Sebenarnya, Kartika ke sana kerana mengikuti suami selepas bernikah iaitu pada usianya 19 tahun.

"Anak lelaki saya, Subandrio dan seorang lagi anak perempuan bersama suaminya, juga tinggal di rumah yang sama dengan Kartika di Singapura. Pendek kata, segala pelakuan Kartika pasti diketahui adik-beradiknya yang lain," katanya.
Menurut Shukarno, selepas episod turun naik mahkamah Kartika disiarkan media, beliau sentiasa memberi semangat kepada anaknya itu supaya menyelesaikannya dan jangan lari daripada sistem perundangan negara.

Ibu guru al-Quran

"Kartika mungkin boleh tidak hadir ke mahkamah atau menghilangkan diri dalam tempoh dua tahun selepas ditangkap, namun itu bukanlah satu tindakan yang bijak.

"Saya juga sentiasa berpesan kepadanya, walau apa pun hukuman yang dikenakan ke atasnya, terimalah kerana itu akan memberinya pengajaran," katanya.

Shukarno bagaimanapun bersyukur, isterinya, Wan Badariah Meor Abdul Salim yang merupakan bekas guru al-Quran turut menyokong dan membantu Kartika khususnya dalam menghadapi saat-saat yang mencabar itu.

Tidak mahu dianggap riak apatah lagi dicap sebagai individu yang mahu memperbesar-besarkan tindakan anaknya yang mahu hukuman sebat itu dipercepatkan, Shukarno percaya apa yang berlaku ada hikmahnya.

"Saya dan keluarga tidak pernah memujuk atau mendesak Kartika supaya reda dengan hukuman itu.

"Jika sepanjang dua tahun ini dia boleh turun naik mahkamah, mengapa perlu mengelak untuk menerima hukuman?

"Sebagai seorang Islam dan menjunjung kedaulatan undang-undang, Kartika tidak perlu takut menghadapinya," katanya.

Ibu bayi kepala dua pernah bermimpi

GAMBAR menunjukkan bayi dua kepala yang dilahirkan oleh seorang ibu di sebuah hospital di Pekanbaru, Riau.

JAKARTA - Ibu bayi dua kepala di Riau, Indonesia pernah bermimpi dia akan melahirkan anak dengan dua kepala, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut suami ibu itu, Badrun, isterinya bermimpi akan melahirkan anak dua kepala ketika kandungannya belum genap tujuh bulan.

Dalam mimpinya itu, anak itu memeluk bapanya tanpa menyebut sepatah perkataan pun.
"Ternyata mimpi itu menjadi nyata," kata bapa anak tersebut.


Bayi berkepala dua itu dilahirkan oleh Nurhayati yang berumur 23 tahun di sebuah hospital di Pekanbaru menerusi pembedahan pada Khamis lalu.

Selepas dilahirkan, bayi lelaki itu mempunyai dua kepala, satu badan, dua tangan, dua kaki, satu ginjal, satu jantung, dua paru-paru, satu lubang dubur manakala beratnya ialah 3,200 gram. Agensi

Lima masalah dental yang lazim

ARKIB : 26/07/2009
Utusan Malaysia


SETIAP orang akan berdepan dengan masalah dental (gigi), sekurang-kurangnya satu kali, pada satu tahap dalam hidup mereka.

Berdasarkan Persatuan Pergigian Malaysia, sebanyak 95 peratus daripada populasi Malaysia telah pun merasai kesan-kesan perit pereputan gigi.

Kajian yang dijalankan menyatakan bahawa pereputan gigi biasanya memberi kesan yang lebih kepada orang yang berumur 35 tahun ke atas.

Sembilan daripada 10 rakyat Malaysia turut menunjukkan bukti-bukti terdapatnya penyakit gusi*.

Statistik ini agak membimbangkan kerana ia menunjukkan bahawa rakyat Malaysia tidak peka terhadap penjagaan gigi.

Oleh itu, ia adalah mustahak bagi rakyat Malaysia untuk memahami cara-cara yang betul untuk mencapai dan mengekalkan penjagaan gigi yang baik.

Ini dapat dicapai dengan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk meningkatkan kebersihan oral.

Walaupun terdapat banyak penyakit dental yang lazim berlaku, 5 jenis penyakit yang berpunca daripada aktiviti bakteria yang paling lazim dikesan adalah plak, pereputan gigi, gingivitis, periodontitis dan juga radang gigi.

Plak**
Plak adalah lapisan tidak berwarna yang sentiasa dan berterusan terbentuk di dalam mulut kita. Ia terbentuk daripada gabungan bakteria, air liur dan asid yang seterusnya membentuk deposit melekit yang melekat pada gigi.

Plak juga boleh merosakkan gusi dan asid yang dihasilkan pula boleh memusnahkan lapisan atas enamel gigi, mengakibatkan gigi berlubang dan kaviti.

Apabila plak tidak di buang, ia akan bertukar menjadi kalkulus dan tartar.

Dengan mengehadkan pengambilan makanan bergula, air bergas dan makanan yang mengandungi tahap karbohidrat yang tinggi, ia memudahkan pengawalan dan juga mengurangkan jumlah plak yang terdapat pada gigi.

Plak juga boleh disingkirkan dengan lebih kerap memberus gigi dan menggunakan flos gigi (setiap kali selepas makan).

Pereputan gigi**
Pereputan gigi, juga dikenali sebagai kaviti dental, adalah jangkitan yang berpunca daripada kombinasi makanan berkarbohidrat tinggi dan bakteria yang hidup dalam mulut kita.

Apabila bakteria ini berjumpa dengan karbohidrat, ia akan mencernakan karbohidrat tersebut lalu membentuk asid yang akan perlahan-lahan menghakis lapisan enamel yang keras pada gigi kita.

Gingivitis**
Gingivitis adalah kemerahan atau jangkitan gusi pada tahap awal penyakit periodontal (penyakit gusi).

Gusi yang sihat selalunya berwarna merah jambu. Gingivitis menyebabkan gusi kemerahan dan bengkak, serta sering berdarah apabila memberus gigi ataupun mengunakan flos gigi.

Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, jangkitan akan merebak ke bawah garisan gusi dan mengakibatkan penyakit dental.

Penyakit gusi boleh memusnahkan tisu-tisu lembut, tulang dan ligamen yang menyokong gigi, lalu menyebabkan gigi longgar dan reput.

Periodontitis**
Periodontitis adalah jangkitan gusi yang disebabkan bakteria sama yang dijumpai dalam plak.
Jika jangkitan itu tidak di rawat, ia akan memusnahkan tisu gusi dan tulang di dalam mulut.

Rawatan untuk periodontitis adalah dengan membersihkan tapak jangkitan dan merawat dengan antibiotik.

Radang gigi**
Keradangan gigi disebabkan oleh jangkitan gusi. Keradangan akan menyebabkan pembentukan nanah yang akan mengelilingi gigi.

Keadaan ini amat menyakitkan dan boleh mencetuskan masalah lain jika gagal mendapat rawatan dengan segera.

Keradangan gigi boleh dirawat dengan beberapa cara, bergantung pada tahap keseriusan jangkitan.

Jika keradangan berpunca daripada pereputan, gigi tersebut akan memerlukan pembedahan 'root canal' ataupun perlu dicabut.

Jika gusi yang menyebabkan keradangan gigi, gusi perlu menjalani rawatan pembersihan, rawatan pembedahan, atau mencabut gigi.

Langkah mudah seperti memberus gigi dua kali sehari dengan berus gigi yang betul (sebaik-baiknya dengan berus silang pangkah) dan membersihkan gigi dengan flos, dapat mengelakkan daripada jangkitan penyakit-penyakit dental yang lazim.

Ia juga adalah digalakkan untuk mengelakkan daripada memakan makanan bergula secara berlebihan.

Orang ramai juga disaran kerap melawat doktor gigi (sekurang-kurangnya sekali setiap enam bulan) untuk pemeriksaan dan juga pembersihan gigi dari plak yang tersembunyi.

Artikel ini dibawakan oleh Oral-B sempena kempen kesihatan oral 2009.
*Maklumat dari Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), www.mda.org.my
**Maklumat dari Dentristry.com, www.dentistry.com

Menghargai deria bau

BAGI haiwan peringkat rendah atau vertebrata yang lain, selain manusia, deria bau terbentuk dengan begitu signifikan kepentingannya untuk kehidupan mereka.

Ada antara haiwan ini yang bergantung kesinambungan hidup dengan menggunakan deria bau.
Ada antara kelompok haiwan yang menggunakan deria bau untuk mengesan bahaya yang wujud di sekeliling mereka, seperti kehadiran haiwan pemangsa.

Ada pula haiwan yang dimanipulasikan deria bau mereka, contohnya anjing bagi mengesan kehadiran bahan-bahan terlarang seperti dadah ataupun mengesan jejak orang yang hilang mahupun di bawah timbunan runtuhan bangunan.

Ramai antara kita yang alpa dengan nikmat yang begitu penting ini sehinggalah suatu hari kita kehilangannya.

Mungkin bagi manusia, deria ini tidak menjadi suatu keperluan penting untuk memastikan kesinambungan hidup, lantas menjadikannya kurang dihargai.

Hanya setelah kita menghadapi masalah dengan deria bau barulah kita mula rimas dan cuba sedaya upaya dengan pelbagai kaedah bagi mendapatkan semula deria yang hilang ini.

Misalnya, ketika hidung tersumbat, deria bau akan hilang. Begitu juga dengan kebolehan merasa makanan juga akan terganggu.

Makanan akan jadi kurang menyelerakan kerana sudah tiada lagi bau yang menarik perhatian.

Senario ini menunjukkan betapa pentingnya deria bau demi mewujudkan keadaan hidup yang lebih menyelesakan.

Interpretasi bau

Jika kita mengamatinya, kita akan mendapati rangsangan atau stimulasi bau ini berlaku semasa atau dengan cara kita menarik nafas.

Tiada orang yang mencium bau sesuatu bahan dalam keadaan nafas dihembus keluar.

Bagaimanakah pula bau ini diterjemahkan?

Partikel-partikel zarah yang mempunyai bahan-bahan dengan kapasiti mengeluarkan bau akan bercampur dengan udara.

Semakin dekat dihidu, semakin tinggi kepekatan partikel-partikel ini berbanding jika sesuatu itu dihidu dari jarak jauh.

Sewaktu menarik nafas, udara yang mempunyai partikel-partikel ini akan turut masuk ke dalam hidung.

Di dalam hidung manusia, terdapat suatu struktur yang dipanggil hujung saraf olfaktori yang terletak di kedua-dua belah hidung.

Kawasan olfaktori ini terdapat di bahagian paling atas (roof) kaviti hidung di kedua-dua belah kanan dan kiri.

Keajaiban struktur dalam hidung yang dicipta sedemikian rupa supaya udara sewaktu disedut
akan melalui kawasan olfaktori ini secara maksimum yang membolehkan kita mencium bau sesuatu bahan.

Di kawasan struktur itu, terdapat terlalu banyak reseptor sensori yang bertanggungjawab mengesan stimulasi bau.

Reseptor-reseptor ini akan diaktifkan apabila terdapat rangsangan yang dibawa oleh udara yang disedut.

Impuls elektrik ini akan dikonduksikan secara bersambungan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain sehinggalah ia sampai ke korteks otak yang akan menterjemahkan apakah jenis bau yang dihidu, berdasarkan pengalaman lepas.

Masalah bau

Deria bau yang mantap bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya adalah keperluan stimulasi yang bermula dengan partikel-partikel yang mencukupi sampai ke kawasan olfaktori.

Keadaan di kawasan lapisan mukosa olfaktori juga perlu baik dan sempurna fungsinya, di samping keutuhan saraf olfaktori yang akan membawa impuls elektrik ke otak dan juga fungsi kawasan otak yang akan menterjemahkan rangsangan tersebut.

Masalah kepada salah satu bahagian ini akan menyebabkan persepsi deria bau akan terganggu.
Anosmia ialah keadaan di mana hilang deria bau secara keseluruhan, iaitu tiada bau langsung yang dapat dinikmati.

Hiposmia pula ialah keadaan deria bau masih ada tetapi dalam keadaan yang memerlukan lebih banyak atau lebih kuat rangsangan bau.

Maksudnya, stimulasi yang kecil mungkin sudah dapat dirasai oleh seseorang yang normal, tetapi mereka yang mengalami hiposmia perlu mendapat rangsangan dalam kepekatan yang lebih tinggi.

Parosmia ialah keadaan di mana seseorang itu menterjemahkan bau secara tidak kena dengan rangsangan yang diberikan.

Selalunya, bau yang diberikan akan dikatakan tidak menyelesakan walaupun ia adalah baik bagi mereka yang normal.

Punca masalah bau

Seperti dinyatakan di atas, mana-mana bahagian yang terlibat dalam perjalanan olfaktori dari hidung ke otak akan mengakibatkan gangguan kepada resepsi deria bau.

Antara punca yang sering ditemui ialah rongga hidung yang tersumbat. Ia mudah difahami kerana apabila hidung tersumbat maka kurang udara akan masuk ke hidung, juga menyebabkan kurang partikel bau sampai ke kawasan olfaktori.

Hidung tersumbat boleh disebabkan oleh polip hidung, hipertrofi 'turbinate' atau pembengkakan (edema) membran mukosa hidung akibat jangkitan saluran pernafasan atas seperti influenza, masalah alahan hidung (allergic rhinitis) atau ketumbuhan.

Hilang deria bau juga sering dikaitkan dengan kemalangan yang melibatkan kawasan muka dan hidung yang menyebabkan kepatahan tulang maksilla dan tulang lain sekitar hidung yang boleh menyebabakan kerosakan kawasan olfaktori.

Kerosakan begini boleh bersifat kekal.

Kadang kala, hilang deria bau mungkin disebabkan oleh ketumbuhan dalam otak yang melibatkan struktur saraf yang terlibat dalam konduksi deria bau.

Rawatan

Masalah deria bau yang berlanjutan mungkin memerlukan anda untuk diperiksa oleh doktor bagi memastikan tiada sesuatu yang membahayakan kesihatan sedang berlaku.

Sejarah pesakit akan diambil dengan teliti termasuklah masalah alahan, simptom lain yang berkaitan seperti hidung tersumbat, sinusitis, penyakit terdahulu, sejarah trauma yang pernah menimpa dan sebagainya.

Pemeriksaan hidung akan dibuat secara sistematik termasuklah naso-endoskopi untuk melihat sebarang keabnormalan dalam hidung.

Kawasan yang difokuskan ialah bahagian atas kaviti hidung dengan tidak mengenepikan pemeriksaan bahagian-bahagian lain yang mungkin terlibat.

Ujian bauan (smell test) juga akan dilakukan.

Jika tiada sebarang penemuan diperolehi, imbasan otak mungkin dilakukan, jika perlu, bagi membantu mengesan ketumbuhan yang ada di bahagian otak.

Dalam kebanyakan kes, masalah deria bau ini bersifat sementara. Rawatan akan diberikan setelah punca sebenar dikesan.

Ia mungkin tidak sama antara seorang dengan seorang yang lain.

Apa yang penting ialah kita dapat mengesan apa yang berlaku pada diri kita dan melaporkan keabnormalan yang berlaku jika sesuatu yang tidak kena disyaki.


Kelegaan secara holistik

ARKIB : 26/07/2009
Utusan Malaysia

KESAKITAN mungkin merupakan masalah kesihatan paling umum bagi manusia. Kesakitan sebenarnya merupakan petanda sesuatu yang tidak kena dalam sistem badan.

Ubat tahan sakit

Ubat konvensional bagi melegakan kesakitan adalah termasuk paracetamol, ubat-ubatan NSAID (ubatan anti-radang bukan steroid) seperti aspirin, asid mefenamik, ibuprofen dan sebagainya. NSAID didapati boleh mengakibatkan pendarahan dalam perut dan ulser jika digunakan untuk tempoh yang panjang.

NSAID mungkin juga boleh mengakibatkan kerosakan rawan berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Lancet. Jika NSAID tidak berfungsi dengan berkesan, kebanyakan orang akan terpaksa menggunakan Perencat COX-2. Ubat ini juga perlu digunakan dengan berhati-hati kerana ia didapati boleh meningkatkan risiko masalah jantung jika diambil dalam tempoh yang lama.

Pesakit biasanya perlu memilih rawatan pilihan selepas mengalami kesan sampingan pengambilan ubat konvensional. Beberapa masalah kesihatan yang berkaitan dengan kesakitan kronik yang biasa dirawati adalah osteoartritis dan artritis rheumatoid.

Osteoartritis

Osteoartritis (OA) adalah sejenis penyakit penuaan disebabkan oleh kerosakan rawan. Rawan berfungsi sebagai 'kusyen' di antara tulang-tulang dalam sendi.

Rawan yang sihat adalah amat kuat dan mudah lentur untuk membenarkan sendi bergerak dengan cergas. Dalam osteoartritis, rawan telah rosak dan haus secara perlahan dan akan berlanjutan sehingga sedikit atau tiada rawan tertinggal dalam sendi. Kehilangan rawan mengakibatkan pergeseran di antara tulang-tulang.

Pemakanan yang sihat

Pemakanan boleh memberi penyelesaian yang mudah dan menakjubkan bagi melegakan kesakitan.

Kurangkan makanan bergula dalam pemakanan harian boleh membantu radang dan kesakitan kerana gula meningkatkan takat insulin anda. Takat insulin tinggi menimbulkan kesan prostaglandin "buruk" yang menghasilkan kesakitan dan radang. Makanlah banyak buah dan sayuran segar.

Salah satu sebab anda mengalami artritis atau radang yang teruk adalah kerana keseimbangan nisbah asid lemak Omega-3 kepada Omega-6 telah terganggu. Kita mengambil terlalu banyak asid lemak Omega-6. Kurangkan pengambilan makanan kaya asid lemak Omega-6 seperti marjerin, mayonis, kesumba dan minyak bunga matahari dan tingkatkan pengambilan asid lemak Omega-3 yang mendorong penghasilan prostaglandin "baik" untuk mengurangkan radang secara semula jadi.

Selain itu, minum banyak air untuk memelihara sendi. Kerap bersenam juga adalah baik tetapi pastikan anda memanas dan menyejukkan badan sebelum dan selepas bersenam. Jangan cuba lakukan perkara dengan melampau atau bersenam terlalu kerap yang mungkin mendorong berlakunya kecederaan dan radang. Kurangkan berat badan jika anda terlampau berat sehingga memberi tekanan kepada sendi anda.


Herba dan suplemen kesihatan

Sesetengah herba dan nutrien telah digunakan sejak berkurun lamanya untuk membantu melegakan kesakitan, mengurangkan radang dan memulihkan kesakitan kepada keadaan sediakala. Namun, bukan semua herba berkesan dalam melegakan gejala artritis (kesakitan dan radang). Dua jenis herba yang menonjol adalah pati kulit pokok willow (EFLA462) dan pati cat's claw yang dipiawaikan.

Spesis pokok willow telah digunakan berkurun lamanya sebagai anti radang dan penghilang kesakitan. Terdapat banyak penyediaan pati kulit pokok willow tetapi kebanyakannya dihasilkan untuk hanya mengandungi Salacin sebagai bahan aktif. Ini didapati tidak berkesan jika dibandingkan dengan produk kulit pokok willow tradisional yang menggunakan keseluruhan kulitnya. Frutarom dari Switzerland menggunakan seluruh kulit pokok willow dari spesies Salix purpurea, Salix fragilis dan Salix daphnoid yang mempunyai kandungan bahan aktif lebih tinggi. Frutarom telah berjaya mencipta dan mempatenkan sejenis proses yang dinamakan "Polyshield" untuk mencegah kerosakan bahan aktifnya.

Selain daripada tindakan anti radang dan penghilang kesakitan, kajian mendapati pati kulit pokok willow tersebut turut mempunyai kesan perlindungan ke atas rawan sendi. Keputusan ini merupakan kelebihan sebenar terhadap ubat konvensional kerana ia bukan sahaja melegakan gejala malah merawat punca masalah, tidak memberi kesan sampingan dan menjadi pilihan selamat bagi pengurusan jangka panjang kesakitan dan radang, berbanding ubat konvensional.

Cat's claw pula bertindak secara bersinergi dengan kulit pokok willow. Di samping melegakan kesakitan, kulit pokok willow dan cat's claw melindungi rawan daripada kehausan dan dengan itu membenarkan badan untuk memperbaiki dan membina semula rawan yang rosak. Adalah disarankan untuk menggunakan suplemen pati herba yang dipiawaikan untuk memastikan ia berkesan dan selamat digunakan.

Osteoporosis (tulang poros) adalah faktor risiko bagi osteoartritis. Untuk membina tulang yang kuat, vitamin dan mineral yang secukupnya seperti kalsium, boron, magnesium, manganese, zink, kuprum dan Vitamin D adalah perlu. Jangan lupa, vitamin C dan E adalah antioksidan berkuasa yang melindungi sendi daripada kerosakan radikal bebas.


Glukosamin dan Kondroitin Sulfat

Ini adalah dua nutrien yang sangat penting dan harus menjadi sebahagian daripada rawatan holistik untuk osteoartritis. Seseorang perlu membekalkan nutrien perlu bagi badan untuk membina rawan yang kuat dan anjal.

Glukosamin dan kondroitin adalah komponen semulajadi tisu sendi yang sihat. Kedua-duanya membekalkan bahan mentah semulajadi rawan yang perlu untuk memperbaiki dan membina semula rawan di samping membantutkan kegiatan enzim yang menguraikan rawan.

Keupayaan gabungan glukosamin/kondoitin dalam memperbaiki dan meningkatkan fungsi sendi di samping memberi kelegaan kesakitan, telah menunjukkan kelebihannya yang ketara jika berbanding dengan rawatan ubat konvensional.

Terapi semulajadi seperti Akupuntur, Terapi Bowen, Teknik Pembebasan Emosi juga telah didapati dengan jayanya menolong melegakan kesakitan dari osteoartritis. Ramai pesakit mendapat keputusan yang baik terutamanya dengan Terapi Bowen - sistem terapi urutan badan tanpa suntikan yang melibatkan teknik pengenduran otot gentian-songsang untuk melegakan kesakitan dan tekanan.

Selain itu, pemakanan yang sihat, bersenam dan mengambil suplemen herba dan nutrien juga penting untuk mendapatkan semula keanjalan rawan dan bebas dari osteostritis.

Artikel ini disumbangkan oleh Pahang Pharmacy Sdn. Bhd. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kulit Pokok Willow dan Cat's Claw, sila e-mel ke ppharm@pahangpharmacy.com.my atau hubungi talian Stay-well to Live-well 03-61407605 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang).


Derita akibat suami berzina

ARKIB : 26/07/2009 Utusan Malaysia

DALAM kesibukan masing-masing, saya mengambil kesempatan berjumpa dengan Puan Nora di tempat yang dijanjikan, lantas membawanya ke Seremban, kebetulan untuk bertemu kawan. Kerana perjalanannya tidaklah begitu jauh, kami singgah di sebuah restoran untuk berbual panjang.

''Saya hairan dengan kelakuan sesetengah wanita, mereka langsung tak takut dosa dengan membuat maksiat dengan suami orang, sedangkan dia sendiri sudah bersuami dan berkeluarga,'' cerita Nora.

''Sudah lama saya tahu hubungan suami saya Farid dengan Zehan melalui cerita kawan-kawan, dan melalui SMS yang Farid terima. Tetapi bila ditanya, Farid tak mengaku. Sebaliknya mendakwa Zehan yang sering mengganggunya. Hubungan mereka sudah jadi cerita sepejabat. Akhirnya rahsia terbongkar, bila saya tahu dia tuduh Zehan yang menggodanya..

''Memikirkan Zehan yang suka menggoda Farid, satu hari saya pergi bersemuka dengan Zehan di gerai dia menjalankan perniagaan. Dia menafikan. Tapi bila Farid balik rumah saya pula kena marah. Farid mengamuk mendakwa saya pergi serang Zehan. Malah dia menggugut akan memukul saya kalau saya jumpa Zehan lagi. Peliknya kalau dia tak kenal Zehan kenapa marahkan saya jumpa Zehan.

''Sebenarnya ini bukan kali pertama Farid buat hubungan dengan isteri orang dan gadis-gadis, sudah banyak kali, tetapi semuanya saya sabar kerana memikirkan anak-anak masih kecil dan saya bimbang pelajaran mereka terganggu kalau kami bercerai. Oleh itu mengalah.

''Perangai buruknya bila dah bercinta, duit memanjang tak ada, kitalah tempat dia meminta bila 'sesak'. Bila tak dapat dia mengamuk dan akan berakhir dengan tabiat suka memukul. Sejak kecil anak-anak saya sudah biasa melihat saya kena pukul. Alasan Farid, saya jahat dan bodoh sebab itu kena pukul.

''Sejak peristiwa saya bersemuka dengan Zehan, hidup saya semakin terganggu, Zehan menghantar banyak SMS bukan sahaja kepada Farid, dengan pujuk rayu dan meminta simpatinya, malah lebih kerap kepada saya.

''Tetapi ayatnya bukan mohon maaf atas kesalahan yang dilakukannya, sebaliknya dia memaki hamun saya di samping mendakwa dia akan bertindak supaya saya bercerai dengan Farid dan dia akan berkahwin dengan Farid.

''Demi anak-anak supaya saya tak bercerai, saya cari jalan hendak bertemu suami Zehan. Dengan bantuan kawan yang bersimpati saya berjaya menjejaki suami Zehan, Zul, sambil menceritakan apa yang berlaku di luar pengetahuannya.

''Malangnya Zul menafikan, tidak percaya apa yang saya ceritakan. Tetapi berjanji akan bertanya dengan Zehan. Oleh kerana saya sering dapat SMS maki hamun daripada Zehan, saya hantarkan kepada Zul biar dia tahu. Tetapi Zul mendapat cerita salah dari Zehan.

''Akibatnya, saya pula menjadi musuh Zul. Satu hari ketika saya ke kedai saya telah dipukul dari belakang oleh Zul. Kerana ketakutan, saya lari ke sebuah butik kecantikan berdekatan. Zul ikut masuk dan terus memukul saya. Bila saya bertanya, katanya saya jahat menganggu rumahtangganya. Saya melaporkan kejadian itu kepada polis. Bila saya mengadu hal ini kepada Farid, saya pula kena marah.

''Peristiwa itu masih dalam siasatan, sungguh saya tak sangka Zul berani memukul saya, sedangkan kebenarannya dia yang telah dipermainkan oleh isterinya yang membuat hubungan dengan suami orang. Malangnya Zul tak percaya.

''Satu hari saya dapat panggilan telefon daripada seorang wanita bersama ibu dan suaminya yang saya tidak kenali, mereka menasihatkan saya supaya segera berubat, kerana katanya kalau tidak rumah tangga saya akan hancur dan suami saya terus jadi bodoh seperti Zul suami Zehan. Saya terkejut dan bertanya lebih lanjut.

''Dalam perjumpaan dengan saya wanita ini menunjukkan gambar-gambar Zehan bersama keluarganya. Katanya gambar-gambar dirakamkan ketika mereka menjadi kawan baik. Mereka bersahabat lebih 20 tahun lamanya. Dia juga mengaku mereka anak beranak disuruh oleh Zehan mengganggu saya di telefon satu ketika dahulu.

''Katanya kini mereka sedar atas kesalahan yang dilakukan, kerana rumahtangganya juga hampir musnah. Setelah berubat kini baru dia insaf dan meminta maaf daripada saya.
''Daripada wanita ini saya mendapat alamat rumah ibu Zehan. Katanya saya patut cuba pergi meminta bantuan, mungkin ibunya boleh menasihatkan Zehan.

''Beberapa bulan kemudian saya pergi ke rumah ibu Zehan, tujuan saya supaya ibunya yang lebih matang itu boleh menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengganggu rumahtangga kami. Malangnya, belum sempat saya bercerita, ibu Zehan menghalau saya dengan sebatang paip plastik yang diketuk ke lantai dan ke dinding sekuat hati supaya saya tidak menghampirinya.

''Esoknya Zehan bawa ibunya buat laporan polis menuduh saya serang ibunya. Kepada ibunya saya katakan bahawa Zehan mengacau suami saya. Zehan pula dengan bangganya mengaku di depan ibu yang dipimpinnya, bahawa dia bukan sahaja mengacau tetapi dia memang selalu berzina dengan suami saya. Pengakuannya itu didengar oleh ibu dan adik lelakinya.

''Rentetan peristiwa itu hubungan saya dengan Farid jadi tak tenteram, dia tuduh saya menghasut anak-anak kami yang telah dewasa dan telah bekerja dan menuntut di universiti membencinya. Katanya, semakin hari anak-anak jadi kurang ajar tak mahu bercakap dengannya.

''Setelah diceraikan barulah saya sedar tidak ada gunanya dipertahankan perkahwinan ini, kerana selepas peristiwa itu barulah saya tahu banyak keburukan Farid,'' katanya.

Menurut Nora, jiwanya semakin tenang dan tenteram. Kata anak-anaknya, ayah mahu bercerai kerana tak lama dia akan bersara, akan dapat banyak duit, dan dia merasa dia cukup mewah dan tidak mahu hidupnya diganggu. Kepada kaum wanita semua ambillah iktibar. Sebaiknya kayakan diri sendiri.