#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Sabtu, November 14, 2009

Isteri lesap bawa anak

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Hampir sebulan berkelana mencari isteri dan empat anaknya, seorang lelaki berusia 44 tahun sudah kehabisan ikhtiar apabila semua mereka gagal dijumpai, apatah lagi mengenang Aidiladha yang semakin dekat.

Dia yang bekerja sebagai pemandu lori terpaksa mengambil cuti tanpa had dan tidak bergaji kerana mahu mencari insan tersayang termasuk kembara dengan menunggang motosikal dari Lembah Klang hingga ke Pahang dan Perak.

Bagaimanapun, Yahaya Lebai Chik, berkata sehingga kini masih belum menemui sebarang tanda mahupun jejak isteri, Norhayati Mohamad, 44, dan empat anak mereka masing-masing berusia antara lima hingga 10 tahun.

Katanya, Norhayati dan anak mereka didapati hilang sebaik dia pulang dari kerja pada 3 Oktober lalu dengan usaha menjejakinya dijalankan di semua kawasan berdekatan rumah termasuk menghubungi kaum keluarga isteri di Pahang.

“Habis saya pusing kediaman kami di Kampung Rantau Panjang, Klang dan semua kawasan sekitar, namun tidak menemui mereka malah turut menghubungi ahli keluarga Norhayati di Pahang mahupun keluarga saya di Pulang Pinang, namun tiada siapa mengetahui di mana mereka.

“Tidak cukup dengan itu, saya cari mereka sendiri dengan hanya menunggang motosikal ke tempat yang mungkin mereka tuju, tapi tetap tiada dan saya buntu sekarang, tunggu maklumat polis saja kalau ada petunjuk.

“Apa yang saya bimbangkan ialah keselamatan anak saya kerana isteri mempunyai masalah mental dan sukar dikawal terutama apabila ‘sakitnya’ datang. Dia boleh bertindak ganas serta membiarkan anaknya,” katanya ketika di Balai Berita Bangsar, di sini, baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai penyakit isterinya yang juga seorang guru, Yahaya berkata, Norhayati boleh bertindak bahaya sehingga bergaduh dengan jiran sekeliling menyebabkan anak sulung mereka, Mohamad Azman sering menjadi mangsa keadaan.

Berikutan sikapnya itu, dia menegur isterinya kerana sering menimbulkan kemarahan jiran, sehari sebelum kehilangan mereka namun tidak diendahkan Norhayati yang kini tidak mampu menjalankan tugas sebagai pengajar dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan