#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Jun 15, 2009

Wanita mudah ditipu

Oleh Maiamalina Mohamed Amin
maiamalina@hmetro.com.my

GOMBAK: “Wanita menjadi sasarannya kerana senang untuk dipengaruhi dan ditipu selain mereka yang selalu beli barang,” kata Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Zainun Saleh mengenai ramai wanita menjadi mangsa sindiket penipuan.

Menurutnya, aktiviti gores dan menang atau sindiket tipu orang ramai menerusi cabutan bertuah kerap mensasarkan wanita sebagai mangsa kerana peranannya sebagai pengurus rumah tangga termasuk pembeli barangan harian.

“Mana ada lelaki yang kerap beli barang dapur melainkan orang perempuan, mereka juga suri rumah tangga jadi memudahkan kelompok gores dan menang ini mencari sasaran, senang untuk dipengaruhi.

“Atas alasan itu, kami adakan seminar yang menyedarkan wanita mengenai hak kepenggunaan, malah mereka juga diterangkan mengenai Akta Jualan Langsung 1993 yang menekankan kegiatan gores dan menang ini.

“Kita tidak mahu wanita mudah menjadi mangsa, sebaliknya mahu mereka sedar bahawa bentuk penipuan begini sukar dikekang dan lebih utama mereka tidak terpengaruh dengan mulut manis ejen gores dan menang,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan majlis penutup, Seminar Kesedaran Kepenggunaan anjuran Gerakan Pengguna dan Komuniti Bestari Daerah Gombak di Kompleks Seri Siantan, di sini semalam.

Zainun berkata, tahun lalu pihaknya berjaya mengesan tiga kes membabitkan kegiatan penipuan gores dan menang, manakala tiada sebarang tangkapan dibuat pada tahun ini sekali gus petanda operasi pencegahannya berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan