#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Jumaat, Jun 19, 2009

‘Tergamak hati mak...’

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: “Jika dapat berjumpa dengan ibu, soalan pertama saya, mengapa dia sanggup meninggalkan saya biarpun ketika itu baru berusia 14 hari,” kata seorang remaja, Firdaus Mustafa, 17, yang mahu bertemu ibu kandungnya.

Menurutnya, dia tidak seperti remaja lain kerana hingga kini tidak berpeluang mengenali ibu bapa kandung kerana difahamkan ibunya menghilangkan diri selepas menyerahkannya kepada keluarga angkat.

Katanya, walaupun tindakan wanita itu masih menjadi tanda tanya dan mengelirukan, dia tidak sabar untuk bertemu kembali dengan ibu kandungnya yang difahamkan berbangsa Iban.“Saya hanya mengetahui perkara sebenar daripada keluarga angkat termasuk mengenai identiti ibu kandung selepas bapa angkat meninggal dunia tahun lalu.

“Saya sedih dan terkejut apabila mengetahui kebenaran itu daripada ibu angkat, Mahanee Kadir, 62.

“Namun, keluarga angkat tidak pernah menjadi penghalang atau membantah hasrat untuk mengesan ibu kandung yang terpisah sejak 17 tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, dia yakin ibu kandungnya terpaksa menyerahkannya dalam keadaan terdesak dan ditambah pula keluarga wanita itu difahamkan tinggal berjauhan di Sarawak.

Katanya, dia tidak pernah tersalah anggap terhadap wanita itu yang dikenali sebagai Anna Gundang dan sanggup memaafkan wanita itu atas perbuatannya.

“Saya bertuah dan bersyukur kerana keluarga angkat mencurahkan kasih sayang dan merahsiakan perkara itu hingga saya mencecah alam remaja kerana bimbang ia mengguris perasaan,” katanya yang datang ke Pejabat Harian Metro (HM), semalam.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Anna diminta menghubungi keluarga berkenaan di talian 018-7649980.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan