#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Jun 15, 2009

Hikmah berpoligami

ARKIB : 14/06/2009
Utusan Malaysia


Assalamualaikum Putri dan pembaca budiman,

Saya suka mengikuti ruangan ini kerana ia dapat membantu saya menangani konflik jiwa yang sukar untuk saya menghadapinya sendirian.

Untuk pengetahuan Putri saya juga sebelum ini seperti masyarakat umum sering menganggap orang ketiga adalah orang keji yang menghancurkan rumahtangga dan kebahagiaan orang lain.

Tapi takdir Allah telah menguji hidup saya dan baru saya faham bahawa tiap hukum Tuhan hendaklah kita reda walaupun sukar. Baru saya sedar betapa kita tidak adil kepada orang ketiga kerana lemahnya iman kita untuk menerima hukum Tuhan sepenuhnya.

Cuba para isteri renungkan mampukah kalian hidup tanpa suami di sisi. Anak-anak pula masih kecil dan perlukan perlindungan dan kasih sayang.

Sebaliknya pula suami puan-puan lebih merasai penderitaan mereka. Memang tak dinafikan ada yang ingin mengambil kesempatan tapi melalui pengalaman saya tak kurang juga yang memang betul-betul ingin bertanggung jawab. Kini baru saya faham rupanya lelaki tak rela melihat kaum wanita hidup bersendirian sebaliknya kaum wanita sendiri lebih rela melihat kaum sejenisnya merempat daripada berkongsi kasih.

Saya berterima kasih kepada suami-suami yang jujur dan mengambil berat kepada saya. Tapi saya tahu tuan-tuan sangat menyayangi keluarga tuan-tuan, maka simpanlah perasaan simpati itu jauh-jauh sehinggalah tuan-tuan dapat mendidik isteri tuan-tuan memahami dan menerima hukum tuhan yang satu ini iaitu poligami. Jika tidak kita semua akan menanggung dosa kerana saling bertelagah dan membenci dan hukum Tuhan tidak lagi ditaati.

Bahagia atau tidaknya kita adalah sejauh mana kita menerima dan reda dengan apa yang Tuhan takdirkan kepada kita.

Permaisuri Dahan, KL.

Permaisuri Dahan,
Terima kasih atas pandangan saudari yang mungkin ada kebenarannya. Tidak dinafikan suatu peristiwa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Yang penting, kemampuan dan persediaan kita mengharungi cabaran tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan