#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Jumaat, Jun 19, 2009

2 beradik sepakat belasah kakak ipar

Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hemtro.com.my

KUANTAN: Dua beradik perempuan dikatakan sanggup bertindak kejam `ala mafia’ dengan membelasah kakak ipar mereka hingga lembik menggunakan sebatang kayu dalam kejadian di Felda Bukit Sagu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun yang sedang mengemas rumah dihampiri dua beradik berusia 24 dan 31 tahun itu sebelum menuduh mangsa suka menunjukkan isyarat lucah.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak bekerja menafikan tuduhan itu sebelum cuba beredar ke dapur tetapi disekat seorang daripada suspek.

Difahamkan, seorang daripada dua beradik itu naik angin lalu menumbuk muka dan menampar pipi mangsa menyebabkan wanita itu tersungkur.

Tidak cukup dengan itu, seorang lagi suspek menyepak beberapa kali sebelum mengambil sebatang kayu dan memukul belakang badan mangsa hingga kayu itu patah.

Lebih mengejutkan mereka mengugut mangsa akan memukul sampai mati jika enggan mengakui tuduhan berkenaan sebelum mangsa berjaya lari menyelamatkan diri.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, kira-kira jam 12 tengah hari, kelmarin.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.Menurutnya, mangsa lebam muka dan luka di belakang badan sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan pesakit luar.

Katanya, siasatan awal mendapati, kejadian itu dipercayai berpunca apabila mangsa didakwa suka menunjukkan isyarat lucah tetapi mangsa menafinya.

Beliau berkata, susulan aduan mangsa, sepasukan anggota dari Cawangan Jenayah IPD Kuantan menahan dua beradik terbabit di rumah mereka, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

“Polis masih meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan