#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Jumaat, Jun 19, 2009

Titisan air mata

Harian Metro

MELAKA: Seorang lelaki menangis teresak-esak selepas dicekup bersama seorang wanita dipercayai pelacur warga emas di sebuah hotel bajet haram di Jalan Munshi Abdullah, dekat sini, kelmarin.

Warga Indonesia berusia 30-an yang bekerja sebagai buruh itu ditahan kira-kira jam 4.30 petang oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) bersama wanita bukan Islam berusia 52 tahun di sebuah bilik di hotel berkenaan.

Akibat berkurung bersama wanita itu, dia turut kesal tidak sudah sambil menitiskan air mata dan merayu supaya dilepaskan kerana malu jika perbuatannya itu diketahui anaknya yang menuntut di sekolah agama.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata dalam pemeriksaan di hotel itu, pihaknya menunggu hampir lima minit sebelum bilik itu dibuka oleh wanita lengkap berpakaian.

Katanya, pemeriksaan lanjut menemui lelaki itu yang turut lengkap berpakaian di dalam bilik berkenaan.

“Selepas memperkenalkan diri daripada Jaim dan memberitahu lelaki itu akan ditahan kerana melakukan kesalahan berkhalwat, dia terus menangis kerana menyedari perbuatannya bakal diketahui anaknya.

“Siasatan terhadap lelaki berkenaan mendapati dia datang ke hotel itu hanya untuk mendapatkan khidmat mengurut kerana sudah penat bekerja dan memberi alasan tidak mengetahui ada tukang urut lelaki di negeri ini.

“Lelaki itu terus menitiskan air mata sehingga dibawa balik ke Pejabat Bahagian Penguat kuasaan Jaim untuk siasatan lanjut,” katanya di sini, semalam.

Sepasukan lapan anggota penguat kuasa Jaim mengadakan pemeriksaan di tiga hotel bajet dengan dua di Jalan Munshi Abdullah dan sebuah di Jalan Kee Ann, kerana dipercayai menjalankan kegiatan pelacuran.

Rahimin berkata, siasatan lanjut terhadap lelaki yang sudah dua tahun bekerja di negara ini mendakwa dia tidak mengetahui perbuatan yang dilakukannya itu salah.

Katanya, bapa kepada tiga anak itu turut mendakwa pertama kali datang ke tempat berkenaan dan memberitahu dia mahu bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu.

“Lelaki berkenaan sudah dihadapkan ke Mahkamah Syariah pada pagi ini (semalam) dan dijatuhi hukuman denda RM2,500 mengikut Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana berkurung dengan bukan muhrim,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan