#Pray4MH370# 8/3/2014 – xxxx

Isnin, Ogos 03, 2009

Apabila isteri tanggung suami


ARKIB : 02/08/2009
Utusan Malaysia


Saya seorang isteri yang dinikahi selama tujuh tahun. Masalah yang hendak saya luahkan patutkah saya tinggalkan suami saya yang selalu paksa saya mencari pendapatan sampingan. Sedangkan dia tak buat apa-apa langsung.

Dia banyak hutang kad kredit yang banyak tapi tak pandai nak mengatur duit. Dulu memang dia membayar duit rumah tetapi sekarang barang-barang basah saya yang kena sediakan.

Dia selalu mengungkapkan kata-kata kesat, cacian dan hinaan. Saya sekarang menjadi pelupa kerana selalu dimarahi.

Alhamdulillah, sekarang saya berkerja di sebuah syarikat besar tetapi gaji kecil. Saya selalu mengadu dengan adik-beradik dan mereka suruh saya tinggalkan dia.

Tetapi saya kasihankan anak saya yang berumur lima tahun.

Suami sebenarnya bekerja tetapi sentiasa tiada duit. Tidak tahu kenapa. Saya bertanya sama ada dia ada orang lain, jawabnya tiada.

*Rose, Batu Pahat, Johor


Rose,
Benar kata orang, berat mata melihat, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah keadaan apabila seorang wanita terbeban dengan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan suami.

Pernahkah Rose bertanya kepada suami, apa yang sedang dihadapinya selain mencurigainya mempunyai hubungan dengan lelaki lain?

Rose, hati lelaki juga lembut, dekatinya dengan kelembutan. Pada ketika ini, Rose masih belum mengetahui punca masalah yang dihadapi suami dan kenapa dia bersikap demikian dengan Rose.
Jika dia mempunyai masalah kewangan, bantulah dia menguruskan perbelanjaan. Putri yakin Rose lebih mengerti apa lebih diperlukan suami. Sama ada dia inginkan perhatian Rose dan bukan tuduhan.

Isteri merupakan pemberi sokongan suami kerana berkahwin bererti kesediaan hati menerima kekurangan pasangan masing-masing. Keputusan di tangan Rose sama ada hendak meneruskan perkahwinan tersebut atau tidak. Perkahwinan didirikan untuk menikmati keindahan cinta bukan derita. Jika Rose mengambil keputusan untuk berpisah, janganlah simpan dendam kemudian hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan