
halina@bharian.com.my
MEMILIKI sepasang kaki licin tanpa bulu roma mampu menambah keyakinan diri. Fakta ini tidak dapat dinafikan kerana sememangnya kebanyakan gadis tidak mungkin keluar rumah dengan menggayakan skirt mahupun seluar kapri yang mendedahkan kaki yang penuh bulu roma!
Justeru, banyak kaedah diperkenalkan untuk membuang bulu roma kaki sama ada menggunakan cara paling menyakitkan hinggalah kepada cara moden yang memberikan kesan menakjubkan dalam sekelip mata. Bagaimanapun, pengguna perlu bijak memilih kaedah bersesuaian dan lebih penting tidak memberikan kesan pada kulit.
Demi kecantikan: Kini ada pelbagai kaedah membuang bulu roma lebih mudah berbanding cara konvensional yang menyakitkan
TIDAK dapat dipastikan sejak bila wanita mula membuang bulu roma kaki, tetapi apa yang diketahui sebelum terdapat pelbagai kaedah moden hari ini, wanita terpaksa mencabut bulu roma kaki mahupun di bawah lengan sehelai demi sehelai. Walaupun amat menyakitkan, demi memiliki kaki cantik keperitan itu sanggup diatasi.
Bagi memenuhi keperluan wanita hari ini yang sentiasa sibuk, kaedah menggunakan depilatoris atau meluruhkan bulu roma diperkenalkan beberapa jenama selain lilin (waxing) dan gula dalam bentuk waxing, laser, elektrolisis dan sebagainya.
Kaedah depilatoris iaitu menggunakan krim untuk menanggalkan bulu roma tidak semestinya sesuai untuk semua terutama yang mempunyai kulit sensitif dan terdedah kepada risiko radang serius. Kandungan kimia seperti kalsium hidroksid dan sodium atau kalsium thioglycolate amat kuat dan berkemungkinan boleh menyebabkan kulit terbakar.
Justeru, amat penting untuk mengujinya terlebih dulu pada tangan bagi mengesan sebarang tindak balas alahan kulit. Depilatoris sama seperti bercukur, meluruhkan bulu roma pada permukaan kulit. Ia akan tumbuh semula beberapa hari selepas itu.
Terdapat teknik menggunakannya secara berkesan (sila lihat info) dan selamat untuk kulit. Pembantu Pengurus Jenama Veet, Jesscia Chan, berkata statistik global menunjukkan hampir 60 peratus wanita lebih gemar menggunakan pencukur untuk menanggalkan bulu roma kaki dan bawah lengan walaupun ia agak merbahaya, berbanding depilatoris yang hanya mencatatkan 40 peratus penggemar.
Tidak menafikan pencukur lebih mudah digunakan, Jessica berkata, ada risiko yang perlu difikirkan kembali oleh wanita. Mata pisau cukur yang tajam membolehkan ia menghiris kulit kaki yang menyebabkan berlaku pendarahan, malah tahap kebersihan juga boleh dipertikaikan dan berisiko mengalami jangkitan.
“Kesan cukuran juga boleh menyebabkan kulit gatal apabila bulu roma baru tumbuh. Ia juga kelihatan lebih kasar dan tumbuh semula dalam tempoh dua hari. Ini bermakna anda terpaksa bercukur dua hingga tiga kali sehari.
Katanya, wanita hari ini tampil lebih yakin tanpa bulu roma pada kaki mahupun bawah lengan. Kaki licin menjadikan mereka lebih feminin dan berasa bebas. Bagaimanapun, katanya, tidak ramai menyedari mengenai kewujudan produk selamat dan berkesan khususnya di kalangan gadis muda.
Dikenali sebagai Semburan Krim Penanggal Bulu Roma Veet, ia menjanjikan kaedah mudah untuk memiliki kulit tanpa bulu roma yang lembut dan selicin sutera dalam masa tiga minit. Diperkaya dengan kompleks pelembap, ia melembutkan folikel dan menanggalkan bulu roma pada permukaan kulit dan menjadikan lebih lembut apabila tumbuh semula.
Tiga pilihan baru ini boleh didapati di kebanyakan farmasi dan runcit pada harga RM17.20 dengan saiz 150 g setiap satu. Veet dikeluarkan oleh Reckitt Benckiser dengan rangkaian produk seperti Veet Hair Removal Cream yang mengandungi dua kali pelembap, Veet In Shower Hair Removal Cream dengan ramuan penjagaan kulit tambahan dan Veet Wax Strips dengan formula unik untuk menanggalkan bulu roma pendek.
“Saya sendiri tidak begitu banyak bulu roma pada kaki, tetapi masih memilih menggunakan depilatoris untuk mendapatkan kaki licin. Masa dulu memang tidak kisah sangat pakai skirt dengan bulu roma pada kaki, tetapi keadaan berubah apabila menjejakkan kaki ke universiti,” katanya.
Temannya, Amy Tan Yan Ee mula menyedari mengenai kepentingan menanggalkan bulu roma pada kaki sejak berada di tingkatan empat lagi. Ia berlaku apabila beberapa rakan lelaki menegur bulu roma kakinya yang agak lebat.
“Sebelum ini saya tidak pernah pakai skirt. Bukan sebab malu ada bulu roma lebat, tetapi ketika itu saya agak tomboi sikit. Sekarang saya rasa lebih yakin menggayakan skirt tanpa bulu roma pada kaki dan kaki pun kelihatan licin,” katanya.
Temannya, Amy Tan Yan Ee mula menyedari mengenai kepentingan menanggalkan bulu roma pada kaki sejak berada di tingkatan empat lagi. Ia berlaku apabila beberapa rakan lelaki menegur bulu roma kakinya yang agak lebat.
“Sebelum ini saya tidak pernah pakai skirt. Bukan sebab malu ada bulu roma lebat, tetapi ketika itu saya agak tomboi sikit. Sekarang saya rasa lebih yakin menggayakan skirt tanpa bulu roma pada kaki dan kaki pun kelihatan licin,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan